www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-08-21

Review Let's Bengkung Gold By Nursajat

Review Let's Bengkung Gold By Nursajat | Tetiba niat nak menjadi ramping bak kerengga berkobar kobar bila termakan hasutan bila tengok banyak video dan gambar di instagram Nur Sajat. Marketing Nur Sajat memang menjadi bila cik en seorang yang cekal dan tahan godaan boleh terpengaruh untuk buat pre order Let's Bengkung Gold By Nursajat ini. Hahah. Oleh kerana ianya dah tular dan masih baru, ramai yang tanya cik en macamana produk ini? Selesa tak? Ok la, disebabkan cik en nak kongsi review peribadi cik en dengan Let's Bengkung Gold By Nursajat ini, maka terjadilah entri Review Let's Bengkung Gold By Nursajat ini dengan ulasan jujur dan boleh dipercayai.Hahhaa


Review Let's Bengkung Gold By Nursajat



Mulanya cik en nak order Lets Bengkung Kotak Pink dari rakan blogger cik en, Nurul Yui tapi disebabkan tak ada ready stok dan fikirkan tambah berapa puluh ringgir je untuk dapatkan Let's Bengkung Gold By Nursajat ini, cik en ambik keputusan untuk pre order Let's Bengkung Gold By Nursajat. Lagipun, yui sendiri rekemen ianya lebih berbaloi dari kotak pink. Sebelum cik en nak review lebih lanjut, cik en nak kongsi perbezaan Let's Bengkung Gold By Nursajat dan Let's Bengkung Kotak Pink By Nursajat. Perbezaan dia adalah tulang. Kalau kotak pink de 8 tulang manakala Let's Bengkung Gold By Nursajat ada 16 tulang. Bak kata nursajat, macam pakai 2 bengkung gitewww.. ahhahaha. Selain itu, Let's Bengkung Gold By Nursajat ini ada infrared so ada rasa hangat hangat manja gitew..


Ok la, mesti ada yang tak sabar sabar nak tau review jujur cik en pasal Let's Bengkung Gold By Nursajat ini kan? So cik en akan listkan dengan point.. Bagi memudahkan korang memahami.

  1. Bengkung nampak macam kecil tapi muat. Kes ini jadi kat cik en tadi, cik en dinasihatkan oleh yui untuk ambik saiz M sebabnya pinggang cik en 38 inci. Bila sampai, cik en cuba, kenapa kecik, nak tukar saiz la. Tapi sebab macam nak try juga, cik en pun pakai la. eh eh eh.. muatlah. Yui pun dah pesan memang muat. Seminggu lagi dah boleh tukar kancing no 2 pula
  2. Bila pakai ada hangat hangat sikit. Ini disebabkan ada infrared. Ianya bagus la kan untuk bakor lemak yang ada. Kalau pakai losyen panas lagi best rasanya ini.
  3. Kalau pakai, kena pakai betul betul ngam dengan pinggang, kalau tak rasa menucuk sikit. Cik en pun awalnya pakai senget sikit. So sakit dicucuk, bila dah adjust sangat selesa.
  4. Bila cik en duduk, membongkok kedepan, tepi dan belakang, cik en tak rasa macam keras, rasa lembut je. So selesa la nak buat aktiviti sukan. 
  5. Tidak melecetkan kulit korang juga
  6. Yang penting tidak berlipat atau bergulung walaupun korang melentikkan badan. hahaha
  7. Korang tak rasa senak atau susah nak bernafas maca bengkung lain. Rasa smooth je. 
  8. Kainnya berkualiti tinggi dan lembut. Selalu cik en ini akan rosakkan kain bengkung sebab kuku cik en tapi dengan Let's Bengkung Gold By Nursajat ini tak terkoyak pun kain dia.
  9. Kalau berpeluh, cik en tak rasa melekit buat masa ini. Mungkin kain jenis polymer.
  10. Ada 3 takat pencangkuk. So korang boleh kancingkan secara berperingkat. 
  11. Boleh pakai masa tidur, jogging atau buat aktiviti di gym. Rasanya nanti cik en nak start main badminton cik en nak try guna la. Sebab selesa.
  12. Kalau nak basuh, just rendam air sabum dan kering dalam rumah. Jangan kena cahaya matahari, nanti rosak pulak infrared itu. 





Rasanya itu la review jujur cik en. Mungkin ada tambahan lagi nanti kalau cik en dah pakai dekat seminggu. Apa apa pun, kalau korang nak order, terutama orang Perak , boleh order dengan yui sebabnya dia trusted seller yang famous kat perak. hahha. Korang boleh ke 

No Phone : 019 233 1810

Harga Let's Bengkung Gold By Nursajat
RM 110

Kembara Jom Jimat elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 

2017-08-17

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning | Enchanteur adalah satu jenama yang cik en percaya mempunyai peminatnya sendiri dan selalunya wangian yang mereka keluarkan tidak mengecewakan. Bertahun cik en menggunakan wangian mereka dan yang latest cik en admirer dan suka pakai adalah Celebrate Love. Sampaikan cik en repeat 2 kali membelinya. Ini mai lagi wangian terbaru ENCHANTEUR Stunning. So apa kata Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning pula. 


Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona Dengan ENCHANTEUR Stunning


“Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C 
Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.



ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.



Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.



ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

Selain itu korang boleh tengok entri Wangian Enchanteur Menghidupkan Detik Detik Romantis dan juga Misteri Kotak Pink Dari Echanteur untuk ketahui produk wangian yang lain dari Echanteur. Jumpa next entri ya!

2017-08-10

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar | Cik en memang sangat suka mandi air terjun berbanding pantai. Mungkin kerana pantai ini lebih open, panas dan jauh dari kampung cik en. Air terjun ini kalau cik en mandi confirm berendam lebih dari 5 jam tanpa naik ke darat. Jangan ditanya "tak sejuk ke" "tak kecut ke kulit tu" sebabnya cik en sendiri tak tahu kenapa cik en boleh tahan kesejukan berendam daripada kesejukan angin. Hari minggu sebelum ini cik en ada bawa kawan cik en, Siti Mariam untuk jalan jalan ke Kuala Kangsar dan tempat pertama cik en bawa adalah Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini la. Niat nak mandi tapi sebab nampak diatas gunung nampak langit gelap je, cik en cancel untuk mandi. 

Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar 

Mesti yang tertanya kenapa cik en nampak langit di atas gunung gelap cik en cancel mandi kan? Sebabnya kita tahu di atas gunung tu tengah hujan atau bakal hujan. Tak mau nanti "kepala air" datang kita tak sempat nak mengelak atau lari. Itu yang banyak kes lemas dibawa arus. Dan juga tengok kawasan pusar air. Kalau ada tak sesuai la untuk korang mandi manda. And last kalau korang pergi mandi air terjun musim hujan, berhati hati dengan kes Leptospirosis atau kencing tikus. Korang boleh baca artikel Jangan Mandi Air Terjun Jika Cuaca Sejuk


Back to Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini, dulu nak masuk free of charge je, sekrang berbayar la weh... Tapi cik en tak kisah asalll kebersihan dijaga sepenuhnya demi keselesaan pengunjung yang cerewat macam cik en. Hahhaha. Bayaran masuk adalah RM 2.00 untuk satu orang dan RM 2.00 untuk satu kenderaan. Untuk cik en kali ini kena bayar RM 6.00 untuk cik en, Mariam dan Mr Barney. Masuk je cik en terus tuju tempat favourite cik en tapi disebabkan cik en nak kongsi dengan korang semua cik en akan tunjuk dulu tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar dulu ye. Nanti baru cik en bawa ke tempat cik en tu.


Hutan Lipur Ulu Kenas ini dulu tak la secantik sekarang. Dulu tak ada replika dan pelan susur atur ini. Mungkin disebabkan kebersihan tak dijaga oleh pengunjung, pihak Jabatan Perhutanan take over dan renovate tempat ini jadi cantik. 


Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini betul betul dekat dengan Kem Bina Badan Negara Ulu Kenas. Cik en kursus melibatkan keselamatan pun dibuat disini tau. 


Tepi Kem Bina Badan ini ada tempat mandi manda yang sesuai untuk keluarga. Airnya cetek dan jernih dan tak banyak batu batu. Sesuai untuk lepaskan kanak kanak mandi bebas la.


Ditepi nya ada jambatan yang mana menuju ke chalet. Cik en cuba cari info pasal chalet tapi tak jumpa. Yang itu korang kena tanya Jabatan Perhutanan Perak atau terus ke Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar ini ye




Mesti ada yang bertanya tanya, kalau dah berbayar mesti ada tandas dan tempat jalan baju kan? Yup memang ada, cik en snap untuk korang ye.


Mesti ada yang tak sabar nak tau port cik en kat mana kan? Ha, tempatnya sebelum sampai tempat main Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar  ini. Tempat ini best sebab dalam dan ada port cantik untuk mandi manda. Meh nak belanja sikit tempatnya. Tempatnya ada jambatan tapi agak usang masa cik en datang.



Ini permandangan dari atas jambatan itu, Boleh la nak skodeng pasangan pasangan ber"mandi mada" kat hujung tu. Hahhahha




ini permandangan dari bawah pula



Port ini lebih sesuai untuk budak budak remaja je. Setiap kali la mai port ini, selalunya port ini kosong la. Dan cik en selalu berkelah ramai ramai dengan sepupu sepapan masa remaja dulu. Hahhaha. Sekarang dah dewasa. Hahahha. Kalau korang mai hari ahad sebelum datang Air Terjun Ulu Kenas Kuala Kangsar  ini korang boleh singgah Pasar Pagi Hari Minggu Kuala Kangsar. Boleh beli jajan nak makan masa mandi manda nanti

2017-08-09

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar | Kuala Kangsar adalah tempat kelahiran cik en dan ianya satu satu tempat yang tersemat di hati walaupun cik en ini berpindah randah berpuluh puluh kali. Walaupun kecil je daerahnya tapi kami berbangga sebab hidup aman makmur di bandar di Raja ini. Kat Kuala Kangsar ini orang melayu, cina, india, orang asli dan lain lain hidup aman damai. Lagi lagi senior senior ini. mereka sangat ramah antara satu sama lain sampaikan mereka bercakap langsung tak ada pelat bangsa masing masing. Ada satu tempat menarik kalau korang datang ke Kuala Kangsar pada hari Ahad iaitu Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar 


Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini ada jual pelbagai jenis barangan dari makanan, barangan basah, barangan kering, pakaian dan lain lain lagi. Ada yang jual ikan ikan segar dari Sungai Perak, ulam ulaman sampai cik en sendiri tak tahu ulam apa. Kalau yang jual baju dan juga baju dalam wanita, mereka sangat ramah sambil belek belek muat ke tidak. Hahahah. Beza kalau beli di pasaraya yang kita sengsorang je dalam memilih kan? Cik en nak kongsi sikit suasana di Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar

Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar
Gerai baju sangat banyak. Murah murah pulak tu


Barangan dapur dan plastik juga di jual

Barangan rare macam duit lama pun ada dijual

Terompah yang menjadi kasut pilihan orang dulu dulu

Sayur sayuran segar

Ikan segar dan selalunya di ambil dari Pantai Remis Perak

Pelbagai jenis ikan laut

Ikan Sungai juga

Makanan fovourite cik en CAKOI

Pasar Pagi ini berhampiran dengan medan cendul dan laksa

Belanja gamba owner blog. hihihihi
Disebabkan susah nak dapat parking berdekatan dengan Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini, cik en parking berhampiran Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar dan berjalan menaiki jambatan ke Pasar pagi itu. 

Taman Kanak Kanak Kuala Kangsar

Ambil masa 3 4 jam juga la kami pagi itu jalan jalan kat pasar pagi ini. Pasar Pagi Hari Minggu di Kuala Kangsar ini betul betul terletak di Pekan Kuala Kangsar berhampiran Lembah Kuala Kangsar dan dibuka Sabtu dan Ahad saja. Sabtu tu tak semeriah hari Ahad la. Ahad yang paling besar.Selain dari sini, korang boleh tengok tempat tempat menarik yang lain di Tempat Menarik Di Perak Utara. Ok la Insyallah untuk next entri cik en kongsi tempat menarik di Kuala Kangsar yang cik en pergi tempoh hari. XoXo

2017-08-08

Brace yourself when you are buying your first home

Brace yourself when you are buying your first home | It is time for you to step into adulthood. To start planning for your future and to start a family of your own soon. You start looking for property in Singapore or in Malaysia, depending on where you are stationed in. However, you are swarmed with the negative comments by people around you telling you various horror stories that you can ever imagine, e.g.: the debts that you got yourself into after getting your first property in Singapore, the tedious process of getting a property in Singapore and the commitments you get yourself into when you start buying a property in Singapore. Fret not, this article will share with you the common psychological effects of having your first own home in Singapore and that you should be bold and brave to take a step out of your comfort zone. Brace yourself when you are buying your first property in Singapore.

Brace yourself when you are buying your first home
Brace yourself when you are buying your first home

Brace yourself when you are buying your first home


The horror of getting into a debt with the bank for at least 2 decades of your life frightens you. You do not want to pay for mortgage loan half of your life. You worry about not having enough money for yourself after paying for mortgage loan for your first property in Singapore. However, you need to remind yourself that all these are just psychological effects of the thought of getting your first property in Singapore. To prepare yourself psychologically to get your first property in Singapore, there are a few psychological effects that you should brace yourself through. 

First and foremost, the first reaction that comes to you when a suggestion of getting your first property in Singapore hits you. You start refusing to acknowledge the debt that you will get yourself into after getting your first property in Singapore. You choose to live in denial. This seems normal to most people as it is a huge sum to deal with after all. However, do remember that you are allowed to use your CPF to make monthly payment for your property in Singapore and this might ease your anxiety and help lessen your burden. In addition, most down payment for your property in Singapore will be covered when you use your CPF to may payment. 

Not willing to have your CPF deducted to make monthly payment for your property in Singapore? Fret not. You can opt for HDB loan if you are purchasing an HDB flat. The benefit of having an HDB loan allows it to cover up to 90% of the HDB flat price. The remaining 10% will then come from your CPF. 10% of the remaining HDB flat price coming from your CPF definitely sounds much better than having to pay monthly for your HDB by using your CPF. Another thing to ease your mind is that there is a Home Protection Scheme (HPS) for your HDB flat. In case of any uneventful situations that you are dead, critically ill or disabled, the Home Protection Scheme (HPS) will cover the share of your mortgage loan up to the amount assured. As for private properties, the Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) does the same by covering the share of your mortgage loan that you assured. Bear in mind that these two schemes, however, do not apply to situations say, you are fired from your company. Hence, it is still advisable to have a saving plan in case of emergencies, preferably an amount that is enough to cover your mortgage loan for at least 6 months.

Next, after getting your first property in Singapore and getting yourself tied up with mortgage loan, you then decide that you no longer have the ability to make savings or to make other investments. You are left with lesser than $500 per month after paying for the mortgage loan. Therefore, your first property in Singapore becomes one of your retirement plans and your retirement asset. However, we would advise you to seek for a certified and trustworthy finanical planner about your decision of having only one asset or treating your first property in Singapore as your retirement plan. Truth is, even with lesser than $500 a month, the possibility of you making another investment is still high and you could make another extra few hundred dollars with it. So brace yourself in making another investment regardless of how much money you are left. 

Lastly, you start spending money on renovations that you once told yourself were stupid. You used to think spending $100 on a beautiful ceiling fan is stupid and the worst decision ever. But guess what? You start thinking that it is necessary. The aesthetic value makes you think the ceiling fan is worth it. You start to notice the difference between renting a house and buying a property yourself. You realize that all the furniture matters and it is necessary to splurge on all those things that you once thought were stupid and a waste of money. Therefore, to prevent yourself getting caught in the middle of wanting more but not having sufficient money for them, start saving in advance and plan your budget wisely. That will definitely save yourself a lot of time and renovation loan with high interest. And you will be thankful and glad that you started saving earlier. 

In a nutshell, buying your first property in Singapore is not so of a nightmare if you plan ahead and do you budget wisely. After all, getting your first property in Singapore is definitely going to worth your money, time and effort in the future. However, do your research and homework first before getting yourself your first home in Singapore. So brace yourself when it comes to buying your first home in Singapore. 

Maybe you like to read Why you should consider investing in Penang properties to. See you all nxt entry. 

2017-08-05

8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo

8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo | Chilindo satu satu web yang buat cik en gian dan terpengaruh. Cik en bukan kaki shopping pun tapi bila dah terjebak rasa macam susah kot nak tinggal. Semua kerja cik en tak menjadi. So ada yang tanya macam ni ko boleh menang intan? Cik en ini bukannya pandai sangat tapi dah boleh baca style bid ini kalau nak menang. Lagipun korang boleh dapat harga semurah RM1 untuk dapatkan barang barang dalam Chilindo ini. So kat sini cik en nak kongsi 8 Tips Menang Bid Dalam Chilindo


Tips Menang Bid Dalam Chilindo

  1. Yang penting adalah tahap kesabaran korang tinggi, semangat bid tu mesti berkobar kobar macam obor Sukan SEA dan tahan dari segi mental dan emosi. Hahahhaha
  2. Pilih barangan berbaloi dengan harga yang korang bid tu. Kena rajin survey kat shopping online lain terutama di Lazada dan 11Street. Sebabnya dari situ korang akan tau harga paling rendah yang ada di pasaran. Kalau harga monopod di Lazada RM10.00 so dalam Chilindo ini korang kena dapatkan bid lagi murah dari tu. 
  3. Andailah kata barang korang bid melebihi dari harga paling rendah yang ada di pasaran atau kalah bid, korang jangan kecewa, stay je kat barang itu sebab selagi ada stok, Chilindo akan repeat saja barangan itu untuk bid. 
  4. Bid pula di saat saat akhir tau. Cik en suka bid 10 saat terakhir. Huhuhu. 
  5. Pastikan internet korang laju berdesuppp.. sebab ia melibatkan bid online. Kalau line ciput cam kura kura mabuk memang kalah la korang. Hang terus page itu nanti. 
  6. Masa yang sesuai untuk bid ini semestinya masa orang tak ramai online. Bagi cik en masa yang paling sesuai adalah 
    • 7 pagi - 8 pagi (orang sibuk pergi kerja dan uruskan anak anak) 
    • 5 petang - 7 petang (orang sibuk balik kerja dan ambil anak anak) 
    • 2 pagi hingga 5 pagi (sebab orang dah tidur) 
  7. Pastikan tak ada gangguan masa bid ini macam orang call la, tengok movie ke sebabnya benda itu akan buat korang terleka. 
  8. Kalau korang nak jimat dari kos penghantaran, silalah bid beberapa barang lagi. Chilindo ini bukan macam Lazada yang lain lain kos penghantaranya. 

Sampai disini tips dari cik en. Mungkin korang yang dah ketagih Bid ada yang nak menambah tips tips lain bolehlah komen di entri ini ye.. Insyallah nanti cik en nak kongsi barang apa cik en terbid dan termenang yang dah sampai kat tangan cik en ye. Ok la. Jumpe next entri di www. nurfuzie.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads