www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2017-07-31

Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat

Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat | Walaupun 2 hari lepas, cik en dapat tahu entri cik en di blog ini dicopy paste untuk mendapatkan keuntungan menjual produk si pengcopy paste itu dan disebabkan itu cik en rasa down sangat sampai nak stop keluarkan sebarang entri mengenai kucing lagi. Tapi disebabkan niat cik en ikhlas tanpa ada dapat sebarang keuntungan cik en cuba untuk kuatkan semnagat untuk kongsi lagi artikel baru. Kali ini cik en nak kongsi Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat. Ini untuk panduan mereka yang nampak pelik tengok kucing berperangai pelik. Harap tak ada la lagi akan copy paste entri ini untuk kepentingan sendiri ye..

Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat
Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat

Mengawan atau dalam bahasa kami di veterinar adalah biang ini merupakan perkara yang akan berlaku pada kucing dah sampai akil baligh. Ingat manusia saja ke yang ada akil baligh ini? Haiwan pun ada. Dan bezanya haiwan ini tak boleh dikawal perasaan dan nafsu mereka berbanding dengan manusia. Sebab itu kalau ada kes rogol, orang akan gelar nafsu binatang. Kerana nafsu binatang ini tidak mengira masa dan tempat. 

Sebelum itu cik en nak kongsi pengalaman cik en umur berapa kucing ini boleh mengawan. Jantan selalunya 1 tahun keatas tapi bergantung kepada persekitaran mereka. Kalau kucing itu korang bela seekor saja di rumah, mungkin mencapai umur 1 tahun tapi kalau banyak, kemungkinan lebih awal. Kalau betina boleh seawal 4 bulan tau. Itu bergantung kepada persekitaran juga. Tapi untuk proses pemandulan, kucing boleh di mandul seawal 4 - 6 bulan. Di klinik cik en ini, kami ambil umur 6 bulan ke atas. 


Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat


Berbunyi/Meow dengan kuat dan berpanjangan.
Kalau tengok kucing korang asyik meow je dari pagi sampai ke petang bawa pula ke malam sampaikan suara pun dah tak ada. Itu tanda kucing korang tengah biang. Kalau tak dikurung, confirm kucing korang dah hilang mencari pasangan jika tiada pasangan korang berikan. Kalau kucing sakit atau lumpuh (macam kucing cik en) mereka pun akan berusaha untuk mengawan sampai melukakan badan sendiri.

Gelisah dan kurang selera makan
Masa ini korang akan tengok kucing korang mula kurang makan sehingga kurus. Gelisah sehingga bulu gugur dan condition badan kucing akan down. Masa ini korang bagi makanan paling sedap atau kegemaran mereka pun, mereka takkan peduli

Tetiba jadi manja
Yang ini korang boleh nampak kucing korang mula menyondol nyondol punggung kat korang. Selain itu, kucing korang akan ambik perhatian korang dengan pelbagai cara. Antaranya kucing korang akan berguling guling (cara ini juga dia memikat pasangan dan selalunya kucing betina yang buat begini) dengan korang. Korang pun ingatla kucing korang nak bermain main rupanya kucing korang dah mula biang. 

Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat
Tanda Tanda Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat


Lagi satu korang boleh cuba garu garu dibahagian atas belakang berhampiran dengan ekor. Kalau punggungnya naik tanda tanda on heat la tu..

Mula buat posing "come hither"
Bila ketiga - tiga tanda diatas korang dah nampak, korang akan tengok kucing korang terutama betina akan mula berkelakuan mengangkat-angkat punggung, ekor kesisi dan kaki menginjak nginjak. Itu dah tanda mereka dah boleh di"kahwin"kan. Kalau tiada pasangan, mereka akan lari rumah untuk cari pasangan. Hahahhaa. Saat ini kalau di kahwinkan confirm korang akan jadi mama papa atau atok opah. Hahahaha. Selalunya on heat ini ambil masa 4 hingga 6 hari. Selepas itu, kucing akan akan berubah laku dengan agresif dengan mana mana kucing. 


Boleh Ke Kurung Kucing Nak Mengawan, Biang Atau On Heat

Sebenarnya ianya tak memberi kesan apa apa tapi disebabkan tanda tanda gelisah, stress, kurang selera makan akan buat kucing korang lemah. Seumpama risau setiap hari akan memberi effect pada kesihatan kucing. Anyway cik en nak story sikit seekor kucing berbaka Maine Coon jantan yang dah berumur 4 tahun tapi tak boleh berkahwin kerana tiada baka yang sama dengan dia. Kucing itu sangat kurus walaupun selera makan ada. Oleh sebab di Manjung ini owner yang bela kucing berbaka Maine Coon ini tak banyak, itulah menyebabkan kucing ini tidak di kahwinkan. Datang je ke klinik cik en yang mana masa itu cik en bertugas, cik en cuba kenen (jodohkan) dengan kucing seorang pakcik yang mana berbaka sama dan kebetulan betina. Alhamdullilah, katanya dah menjadi pun cuma cik en tak dapat nak tahu perkembangan seterusnya sebabnya owner pun tak datang dah ke klinik. 

Ada juga kes jadi "mati merangan". Bahasa orang kampung sebenarnya ayat itu. Kiranya macam mati dalam keadaan menyeksakan (tak dapat kahwin). Ianya bergantung kepada kucing, owner dan persekitaran. Tapi bagi cik en, kalau rasa tak mahu anak kucing atau tak mahu kucing jantan lari rumah korang boleh gunakan pendekatan pemandulan. Untuk pemandulan korang boleh baca di entri Kenapa Perlu Memandulkan Kucing . Dan cik en tak galakkan penggunaan ubat perancang untuk jangka panjang. Kenapa? Boleh baca entri Ubat Perancang Untuk Kucing . 

Sekadar perkongsian, kalau kucing betina korang on heat ini, salur darah akan besar dan kalau nak buat pemandulan (spaying) memang agak mencabar. Iyelah takut pendarahan atau bleeding kan. Mencabar bagi doktor dan vet bertugas untuk handle kes bleeding ini. Tapi jangan risau, ianya tidak memberi risiko yang tinggi. 

Ok la, kalau ada apa pertanyaan boleh tanya cik en ye! Jumpa next entri. 

2017-07-30

Artikel Blog Di Copy Paste

Artikel Blog Di Copy Paste | Sedikit kecewa apabila blog di copy paste oleh orang tak bertanggungjawab. Hasil penulisan kita di copy paste sewenang wenangnya. Demi untuk mengaut keuntungan penjualan produk review mereka. Lagi kecewa bila blog mereka berada di ranking pertama google. Dengan copy paste itu mereka buat duit. Mungkin ramai lagi blogger di luar sana ada masalah Artikel Blog Di Copy Paste. 


Rasa sedih sangat walaupun ada yang kreditkan ke blog cik en dan ada juga copy paste bulat bulat tanpa kredit. Dengan itu cik en buat keputusan untuk disablekan right click dan copy paste di blog cik en. Tapi kalau dah kaki penyamun hak orang mereka akan gunakan apa juga cara untuk copy paste. Apa apa pun, hasil copy paste tanpa izin itu cik en harap ianya menjadi hasil rezeki yang "halal" buat pengopy ye. Setakat gambar itu cik en boleh la maafkan tapi kalau sebiji biji ayat dan typo macamana ye? 

Cik en rasa dah give up nak berblog kalau macamni. Sampai hati korang copy paste. :(

2017-07-25

Rupa Garam Jantan

Rupa Garam Jantan | Misi mencari garam jantan di dalam 1 kg garam kasar petang tadi sebenarnya wujud tau. Dan bukanlah cik en buat lawak petang ke atau apa ke. Mesti korang nak tanye kenapa pula cik en kena mencari garam jantan tu? Kalau sesiapa yang ada terbaca status facebook cik en kaki panas tapi badan sejuk/normal beberapa hari lepas mungkin boleh dapat gambaran mengenai kaitan cik en dengan garam jantan ini. Dan juga cik en akan story rupa garam jantan ini. 

Rupa Garam Jantan
Garam Jantan

Rupa Garam Jantan


Yang mana tak tahu tu, cik en story balik okey, sebenarnya kaki cik en dari tumit ke hujung kaki rasa sangat panas. Tapi badan cik en rasa sejuk atau normal. Setiap malam cik en akan rendam kaki cik en dalam baldi sampai tertidur. Bila rasa tak tahan sangat ( sebab 3 minggu ) cik en mengadu di facebook. (jarang cik en nak mengadu hal hal sebegini) dan ada beberapa rakan cik en suh berubat kampung sebab ada kata angin panas dalam badan. Disebabkan dah cuba makan panadol, air rhino, air cap badak tapi still panas lagi, cik en buat keputusan untuk bertanya pada yang lebih arif. So orang itu yang di panggil Pak Daman minta cik en carikan garam jantan,limau dan jarum peniti. Limau cik en leh cari kat pasar, jarum boleh cari di kedai tapi mana nak dapatkan garam jantan eh? Pak Daman beritahu beli garam kasar dalam 1 kg. Dan carilah garam jantan dalam itu. Sebabnya dalam 1kg garam kasar akan ada garam jantan ini. Mesti korang nak tahu macamna rupa garam jantan tu kan? Ini ha dia..

Rupa Garam Jantan
Rupa Garam Jantan

Garam jantan ini rupanya panjang panjang. Dan dalam 1 kg ini cik en dapat dalam 10 ketul garam yang rupanya panjang panjang sebegini. So terjawab la macamna nak cari garam jantan ini. Petang tadi settle dah semua berubat untuk cik en. Dan cik en rupanya dah ter"accident" dengan makhluk tak nampak. Bak kata Pak Daman, mereka pun merempit juga. Mungkin terbabas dan terlanggar kita. "mereka" pun seboleh bolehnya tak mahu pun ber"langgar" dengan kita. Tiba tiba cik en ingat kata kata ustazah cik en dulu, makhluk halus ini sebenarnya lagi ramai dari manusia yang ada, cuma kita ini ditutup hijab mata untuk tengok mereka. Kalau nampak, kiri kanan korang mesti ada mereka jalankan rutin harian yang sama dengan kita. Cik en tak mahu story sangat kisah ini sebabnya cik en sendiri tak diberitahu detail sebabnya keadaan cik en agak kurang sihat ini. So cik en cuma nak story rupa garam jantan ini je. Jumpe next entry cik en di www.nurfuzie.com ye! XOXO 

2017-07-24

Bertangas Pada Wanita Bujang

Bertangas Pada Wanita Bujang | Apa itu bertangas? Adakah ianya terhad kepada wanita baru lepas bersalin sahaja? Lelaki boleh bertanggas ke? Kaum lain selain kaum Melayu boleh bertangas ke? Apa kebaikan bertangas? Katanya bertanggas boleh pulihkan dara, betul ke? Bila yang boleh dibuat bertanggas? Berapa lama? Herba apa yang digunakan untuk bertangas? Cik en cuba kumpul maklumat maklumat ini untuk simpanan sendiri dan kalau ianya berguna bolehlah menjadi rujukan pembaca cik en juga. Dan yang penting bolehkah Bertangas Pada Wanita Bujang

Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas adalah adat turun temurun nenek moyang kita untuk menjaga kawasan intim dan rahim wanita selain mengeluarkan peluh untuk buang toksik dalam badan, penyembuhan luka bersalin, kemutan faraj dan rahim, mengelakkan kelesuan badan dan bau badan. Bertangas ini bukan saja untuk ibu baru lepas bersalin tapi untuk anak dara juga yang ada masalah keputihan dan kegatalan di kawasan V ini. Selain dari perempuan, lelaki juga boleh bertanggas tapi bukanlah nak buat kemutan (ahhahaha) tapi kepada mengeluarkan peluh untuk buang toksik dalam badan. Dan adakah ianya boleh pulihkan dara pula ianya masih belum ada kajian spesifik.

Bertangas ini terbahagi kepada 2 iaitu kering dan basah. Kalau bertangas kering atau bertangas herba ini. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan bersama herba herba terpilih. Dilakukan selepas hari ke 30 selepas bersalin dan dilakukan selam 10 hari berturut-turut. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh dibuat hari ke-6 selepas habis haid dan dibuat 3 hingga 7 hari. Bertangas basah pula mungkin biasa korang tengok di spa spa tapi dah diubah suai mengikut kesesuaian. Menggunakan rempah ratus yang direbus dan bagi yang lepas bersalin boleh mulakan selepas 40 hari sehingga 100 hari selepas tangas kering. Bagi yang bujang atau tidak bersalin boleh mula selepas darah haid kering. Dikatakan ianya dapat kelembapan kulit.

Cara menyediakan tangas basah

Bertangas Pada Wanita Bujang
Bertangas Pada Wanita Bujang


Rebuskan herba herba seperti buah manjakani untuk mengetatkan rahim, asam keping, daun sirih untuk penyembuhan luka, daun kunyit, halia merah, daun mengkudu, buah pala untuk buang bau yang tak best serta sedikit garam dan bermacam-macam lagi sumber asli yang kebanyakannya ada saja di dapur korang itu. Campur sedikit dengan air untuk mengurangkan kepanasan, kang melecur pula kan? Dan korang masuk bilik air dan tutup tingkap dan pintu untuk wapkan bilik air tersebut. Ambik kerusi lagi bagus kerusi yang ada lubang di tempat duduk dan duduk. Lepas itu gunakan kain batik untuk selubung badan korang. So macam alat mandi wap kanvas yang ada di spa spa kan? Prosesnya dalam 20 hingga 30 minit saja. Boleh buang 2 kali seminggu atau seminggu sekali.

Walaupun ada yang anggap tangas ini old school tapi ianya bagus untuk kesihatan dalaman kita. So kalau korang ada kelapangan mungkin boleh cuba buat sekerap yang boleh. Macam cik en ni, cik en dalam sebulan sekali mesti buat spa. Mesti kata cik en "banyaknya duit cik selalu spa" Tapi sebenarnya cik en gunakan bajet kurang dari RM100. Nak tahu? Korang boleh baca entri Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 

So kalau korang ada pengalaman bertangas ini, apa kata kongsi di bahagian komen entri ini. Mungkin boleh cik en dapat info info baru.

Info tangas berkaitan : http://miera301.blogspot.my/2014/02/penutup-pantang.html
gambar : google 

2017-07-21

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub | Amalan scrub muka cik en dah amalkan semenjak masuk kerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar lagi. Sebabnya cik en banyak keluar ke lapangan untuk buat rawatan dan program ternakan. So terdedah la dengan kotor dan panas. Dari situ kulit cik en nampak kusam dan berbelak. Disebabkan itu, cik en akan gunakan scrub muka seminggu sekali untuk membuang kekotoran di muka dengan lebih dalam. Sebelum ini cik en menggunakan produk lain dan kebetulan dah habis cik en cuba untuk menggunakan brand baru. So rutin cik en shoppng di Watson 2 minggu sekali buat cik en survey satu brand St. Ives. Lama juga cik en cari info info di internet ini dan kebanyakan puas hati dengan produk ini. So saja la cik en nak buat Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini. 

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub
Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub 

Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub 


Scrub ini korang jangan pakai hari hari pula ye. Sebabnya scrub ini akan mengeringkan kulit korang. Iyelah, sifat dia buat kekotoran kat muka. So habis semua di removekan. Cukup seminggu sekali je tau. Dulu zaman belajar, duit tak banyak cik en selalu buat scrub DIY dengan menggunakan pencuci muka Safi (yang itu paling murah yang ada) dengan campuran beras yang dah ditumbuk halus. Tapi bila dan bekerja ini, cik en tak sempat nak menumbuk numbuk. Hahaha So beli yang dah siap. Lagipun akan ada beberapa tambahan yang baik untuk kulit muka. 

Untuk brand St. Ives ini cik en suka sebab menggunakan 100% bahan natural untuk mengelupaskan kulit kita secara dalam untuk menghaluskan kulit muka kita. Selain itu St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini tak ada sulfate dan Paraben. Cik en sememangnya mengelakkan produk yang mempunyai SLS atau sodium laureth sulfate sebabnya ianya akan memberi kesan kanser untuk jangka masa panjang. Atau korang boleh baca entri Pencuci Intim Wanita Yang Merbahaya . 

So back balik pada St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini, cik en dah guna sebulan lebih dan pakai lebih dari 5 kali. So sepanjang gunakan ianya the best la. Black dan White Head pon hilang, kulit jadi lembut, warna kulit mula sekata. Dan selepas gunakan St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub ini korang boleh letak masker atau letakkan Bio Essense 24K Bio Gold Water je. Pap Pap dan kulit kembali segar selepas kusam kena cahaya matahari secara terus. 

So tak salah korang nak cuba. Dan korang boleh beli di Watson dengan harga bawah RM 30.00. Atau pun boleh je beli di Lazada di St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub 170g .

2017-07-19

Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing

Vaksin Rabies Untuk Anjing Dan Kucing | Di Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak mewajibkan pada anjing atau kucing mendapatkan suntikan Rabies. Lain la di negara yang pernah darurat untuk kes rabies seperti di India. Jika korang ke India dan membela kucing atau anjing, korang perlu mendapatkan pelbagai jenis vaksin termasuklah vaksin Rabies. Vaksin Rabies ini berbentuk tunggal. Maksudnya 1 botol vaksin hanya ada vaksin Rabies, Berbanding dengan vaksin yang lain yang boleh combine 4, 6 atau 9 vaksin dalam 1 suntikan. Jujur cik en cakap, cik en tak buat suntikan vaksin rabies di klinik tapi dari pengalaman customer yang pernah vaksin rabies di luar negara atau klinik swasta buat cik en ada research sedikit info pasal vaksin ini. 



Pemberian vaksin rabies berbeza dari satu negara dengan negara yang lain. Ada yang vaksin diberi pada anjing berumur seawal 12 minggu hingga 20 minggu . Dan booster (ulangan) setahun setahun atau 3 tahun sekali mengikut undang undang negara masing masing. Tapi di Malaysia, penyakit rabies tidaklah banyak dan terpencil so anjing akan mula vaksin kali pertama pada umur 3 bulan dan 4 bulan dengan vaksin Canine Distmper-Adenovirus Type 2-Paraininfluenza-Parvovirus Vaccine. Bulan ke 5 barulah vaksin Rabies disuntik. 


Jika anjing atau kucing korang yang nak bawa masuk ke Malaysia dari negara yang tidak bebas Rabies lain pula, ada prosedur yang ditetapkan oleh DVS termasuklah jadual pemberian vaksin Rabies. Prosedurnya seperti di bawah ini

  1. Tiada tanda klinikal rabies dalam masa 48 jam sebelum penghantaran; DAN 
  2. Mempunyai tanda pengenalan yang kekal seperti mikrocip dan nombornya mesti lah tecatat dan sama seperti di dalam Sijil Kesihatan Veterinarnya; 
  3. Telah diberikan suntikan vaksin rabies: 
    • Suntikan pertama vaksin rabies telah diberikan ketika kucing atau anjing itu berusia sekurang-kurangnya 3 bulan, 
    • (Suntikan pertama) Vaksinasi dilakukan tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran; 
    • (Suntikan Booster) Vaksinasi telah dilakukan tidak melebihi 1 tahun dari tarikh penghantaran;
  4. Telah dilakukan ujian antibodi dengan keputusan positif (paras Equivalent tidak kurang 0.5IU/ml), keputusan ini diterima pakai tidak kurang 3 bulan dan tidak lebih 1 tahun dari tarikh penghantaran; ATAU 
  5. Sekiranya syarat-syarat b, c dan d tidak dipatuhi maka kucing dan anjing yang ingin dibawa masuk perlu dikuarantinkan selama 6 bulan.

Sama juga Vaksin Rabies Pada Kucing. Pemberian yang sama seperti anjing juga cuma tidak semua klinik veterinar mempunyai stok vaksin rabies untuk kucing. Kalau di Perak, klinik yang pernah di cik en tanya adalah Klinik Veterinar di Ipoh, berhampiran dengan Hospital Fatimah. Cik en lupa nama klinik itu. Untuk kes di Kuala Sepetang, kesemua kucing dan anjing bertuan sahaja di sekitar 10km radius dari kawasan wabak akan diberi vaksin oleh DVS.

So kalau korang nak tahu tanda tanda fizikal bagi anjing yang positif rabies bolehlah baca entri cik en sebelum ini atau klik Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu. Sekali lagi cik en kongsi apa itu rabies dengan gambarajah dari Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah


Sumber info dan gambar dari 
APTVM Penyakit Rabies DVS Malaysia
Kementerian Kesihatan
Google

2017-07-17

Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu

Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu | Entri ini cik en taip kerana salah satu daerah negeri cik en di Perak dah diistiharkan kawasan outbrick sebagai kawasan Rabies. Kawasan Kuala Sepetang dibawah kuasa daerah Larut Matang Taiping dan Selama (LMS) diistiharkan selepas seekor anjing yang mengigit 2 kanak kanak iaitu anak saudara dan anak tuan punya anjing mati selepas beberapa mengigit mangsa. Oleh kerana itu, pihak veterinar telah menghantar kepala anjing ke Makmal Veterinar Ipoh dan disahkan positif pada 15 Julai 2017. Mengikut kenyatan media Jabatan veterinar anjing tersebut kemungkinan mendapat rabies daripada 'rabid dog' yang dibawa di dalam bot oleh warga asing dari negara negara jiran.


Tanda - Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies Yang Korang Perlu Tahu


Untuk Kes Rabies ini ada 2 fasa untuk kita nilaikan tahap rabies pada anjing. Dan juga ada juga rabies pada kucing juga. Cuma di Malaysia kes kes terpencil adalah pada anjing saja. Sebelum itu kita kenali apa itu Rabies di entri ini Rabies, Penyakit Anjing Gila


Tanda Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies di Fasa Pertama

  1. Fever
  2. Shyness
  3. Irritability
  4. Restlessness
  5. Apprehension
  6. Aggression
  7. Licking, biting or chewing at the area of ​​the infectious bite
  8. Unusually docile behavior in an active animal
  9. Biting or snapping

Tanda Tanda Fizikal Anjing Positif Rabies di Fasa Kedua

  1. Heightened sensitivity to light, touch or sound
  2. Jaw hangs open
  3. Loss of control over the throat
  4. Foaming at the mouth
  5. Disorientation or lack of coordination
  6. Loss of appetite
  7. Weakness
  8. Fear of water
  9. Trembling
  10. Dilated pupils
  11. Seizures
  12. Difficulty swallowing
  13. Heavy breathing
  14. Choking sounds or motions
  15. Eating unusual items
  16. Hiding in dark places
  17. Paralysis of the hind legs or staggering

Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan garis panduan kepada rakyat Malaysia terutama kepada sesiapa yang pernah di gigit anjing secara tiba tiba. Korang boleh rujuk entri Apa Perlu Dibuat Apabila Digigit Oleh Anjing . Insyallah next entri nanti, cik en cuba untuk beri sedikit penerangan mengenai vaksin rabies ini. Dibawah adalah kenyataan media Kejadian Rabies di Daerah Taiping Perak pada 16 Julai 2017 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar 









Sumber gambar dan info dari Google, Page Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Petful

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar serta Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar serta Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan | Memandangkan cik en ini duduk di Sitiawan Perak cik en nak kongsi sikit tempat korang boleh beli pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan ketam dan kedai roti canai melayu sedap giler di Sitiawan. Siapa lagi nak perkenalkan kan? Mungkin ada yang dah tahu, tapi cik en kongsi pada sesiapa yang nak tahu Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar serta Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan. Oh ya, sebelum itu nak story sikit la, Sitiawan ini adalah salah satu mukim dalam daerah Manjung Negeri Perak. 

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar dan Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan
Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar dan Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan

Firstly, cik en nak story Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar. Kalau ikutkan banyak lagi tempat di sekitar Manjung menjual ikan dan seafood segar seperti di Kampung Penchalang, Pantai Remis dan Segari. Cuma di dalam mukim Sitiawan ini, disinilah Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar menjadi pilihan penduduk di kawasan Sitiawan. Dan masa nelayan balik dari laut tak menentu kadang kadang pukul 8 pagi, 10 pagi, tengah hari dan petang. 

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar
Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar

Kampung Sitiawan
Kampung Sitiawan

Tempat Jual Ikan dan Seafood Segar di Sitiawan ini sebelah saja dengan Kedai Roti Canai Pak Tam Kg Sitiawan.

Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan
Kedai Roti Canai Pak Tam Kampung Sitiawan

Roti Canai Pak Tam Kg Sitiawan ini cik en nak ceta memang sedap bebenor roti canai dia. Lembut sangat roti dia. Kalau korang makan roti kosong dia pun mesti double korang tambah. Kuah kari dia simple je tapi cukup melengkapkan rasa. Disebabkan cik en ini jenis makan dulu baru teringat nak snap gambar, so cik en mampu kongsi gambar ini je

roti canai sedap di sitiawan
roti canai sedap di sitiawan

Korang tengok je roti dia pun dah nampak selera sebabnya nampak kurang berminyak dan rangup kan? So kalau korang ada datang ke Sitiawan, selain beli ikan segar bolehlah menjamu selera di Roti Canai Pak Tam Kg Sitiawan ini di waktu pagi untuk sarapan. 


So kalau korang ada datang ke Sitiawan ini, korang boleh kedua dua tempat ini dan ada lagi satu ada seorang makcik ini jual pulut udang di kawasan ini. Pulut Udang dia sedap juga. Berlemak sungguh sampaikan laku sebelum pukul 10 pagi. Macam biasa cik en makan dulu baru teringat nak snap gambar. Bila nak beli balik, pulut udangnya dah habis. Menangis manja la cik en dengan makcik ini. Hihihi. So mana tempat ini, oleh rujuk maps bawah ini



Mungkin korang pernah tengok nama mukim ini dalam ejaan Setiawan dan Sitiawan? Cik en pernah keluarkan entri berkaitan dan nama mana yang betul sebenarnya. So korang boleh baca di entri Setiawan atau Sitiawan

2017-07-13

Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak

Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak | Semalam mak cik en dan mck simah ada datang melawat cik en di Manjung. Itu pun selepas mereka join wah (mak saudara ) cik en mengutip kepah di kawasan Kampung Telaga Nenas Ayer Tawar yang mana dalam daerah Manjung juga. Sebabkan alang alang sampai di Manjung, cik en bawa la mereka berdua berjalan jalan di sekitar Teluk Batik, Marina Islands dan Lumut. Masuk saja Marina Islands cik en teringat ada satu restoran baru (tidak la baru sangat maybe dalam setahun dua ini) yang sekali dengan Marina Island Fishing Pond . Restoran itu namanya Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak

Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak
Restoran BAKO BAKO Marina Island Lumut Perak

Lama dah cik en tak makan di luar bersama keluarga, so cik en belanja la malam semalam. Ruginya sebab adik dan abah cik en tak ada. So melepaskan mereka berdua merasa cik en belanja. Hahaha. So malam itu, cik en teringin nak makan ikan siakap. So kami memilih makan nasi putih bersama tomyam campur, siakap masak 3 rasa, telur dadar dan sayur kailan ikan masin. Untungnya ikan siakap ini baru ditangkap selepas kami memesan makanan ini. 


Sambil makan itu, kami tengoklah kaki pancing memancing. Lama juga la tengok mereka memancing dan tiba tiba ada salah seorang kaki pancing dapat ikan kerapu hitam (kemungkinan la sebab dari jauh kami teka). Beeesaarr mungkin dalam 15kg macam itu. Seronok pula tengok dan mak cik en yang sememangnya bukan kaki pancing bertanya la lanjut. Berapa cas masuk dan ikan itu boleh bawa balik ke? Cik en dan makcik simah terangkan ikan perlu dipulangkan kalau di tempat lain. Cuma di tempat memancing ini tak pastilah. Mak cik en terus cakap, rugi la... Memancing bukannya kejap.. lama. Bosan je nampaknya. Hahahha. Biasalah kami bukan keluarga kaki pancing so terasa macam membuang masa memancing. Hakikatnya ianya syurga bagi kaki pancing. 

Selesai makan dan bayar cik en pun tanyalah berapa kos dan macamana peraturan disini. Adik cashier tu cakap kat sini ada pakej pakejnya. 3 jam RM100. Ikan boleh dibawa balik atau kalau nak dijual balik pun boleh mengikut berat ikan. Dan ada jackport yang mana kalau ada pemancing dapat naikkan/berjaya menangkat ikan kerapu hitam yang melebihi 30kg akan dapat hadiah RM500. Tapi ikan itu tak boleh dibawa balik. So ikut luck la pemancing yang datang ke sini. 

Marina Island Fishing Pond
Marina Island Fishing Pond

Marina Island Fishing Pond
Marina Island Fishing Pond

So mana yang kaki pancing luar sana nak cuba memancing bila sampai di Lumut atau Teluk Batik ini, bolehlah datang kesini untuk mencuba. Bila dapat ikan, boleh terus Restoran BAKO BAKO ini masak dan makan terus. Bagus juga kan? Dapat ikan fresh gitew. Sesiapa berminat disini cik en kongsi tempat ini


Koordinat : 4.208272, 100.599315
Tempat : Marina Island Fishing Pond (berhampiran dengan Rockbund Fishing Chalet
No telefon : +60 16-447 4605

Berhampiran tempat ini ada satu resort dan hotel yang cik en pernah review sebelum ini. Korang boleh baca di Marina Island Pangkor Resort And Hotel . So mana yang nak honeymoon atau holiday bersama keluarga boleh la cuba baca review cik en yang itu ye. 


2017-07-10

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia | Sebagai seorang pesakit Anxiety dan Depression yang tidak begitu kronik dan kritikal, cik en akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk reduce atau kurangkan masalah ini. Hanya antara kami saja yang memahami betapa susahnya nak lawan diri sendiri untuk survive. Disebabkan cik en masih dalam keadaan tidak teruk, cik en dapat tahu dari kawan kawan mengenai supplemen Passion Flower. Dan cik en dah seminggu mengamalkan Passion Flower ini. So cik en nak kongsilah sedikit Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia untuk jangka masa pendek ini. 

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia
Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Pengalaman Mengamalkan Passion Flower Untuk Anxiety, Stress dan Insomnia

Cik en cuba dapatkan suplemen ini dari farmasi berhampiran tapi nampaknya di Manjung ini, susah nak dapatkannya. Kena order tapi cik en dah tunggu 3 bulan tapi farmasi tak beri feedback apa sampai sekarang. Cik en cuba cari secara online di Lazada dengan taip nama Passion Flower . Dan dalam banyak banyak pilihan yang ada cik en memilih Passion Flower dari Caring Pharmacy . Nama pun pharmacy kan? so trusted la walaupun kebanyakkan di Lazada adalah trusted seller. Selain itu korang boleh juga order Passion Flower dari U Pharma Estore. Kedua dua ini harganya lebih murah la dari yang lain lain. Untuk 1st time ini cik en beli satu untuk percubaan, jika ianya ok, maybe selepas ini order yg combine. Lebih murah dan jimat. 

Passion Flower atau namanya Passiflora Incarnata Folium ini berbentuk kapsul dengan menggunakan 100% bahan semulajadi dan kapsulnya dari gelatin bovine (lembu). Ini bahasa veterinar, kalau porcine pula ianya dari gelatin babi. So korang boleh la check supleman yang korang beli, adakah dari bovine atau porcine. Passion Flower ini adalah Bunga buah Markisa. 


Apa fungsi Passion Flower ini?


  1. A remedy for insomnia and disturbed sleep ( Cara tradisional untuk pesakit yang tak boleh tidur malam atau terganggu (cth : travel luar negara)
  2. May reduce anxiety, panic, stress and irritability (Dapat kurangkan anxiety, panik, tekanan dll)
  3. Promotes soothing, calming and relaxing effects ( dapatkan perasaan tenang diri)
  4. Relieves muscle cramps ( otot yang kejang)

Cara pengambilan Passion Flower yang dicadangkan 

2 atau 3 kapsul 2 kali sehari selepas makan

Amaran bagi pengamal Passion Flower ini tidak boleh memandu atau bekerja dalam operating heavy equipment atau tekanan darah rendah dan mengandung.

Back balik pada pengalaman cik en mengamalkan Pasion Flower dalam masa seminggu ini ada baik nya dan buruknya. Baiknya cik en kembali ceria dan bersemangat walaupun baru makan 2 kapsul suplemen je. Dan buruknya cik en alergik pada Passion Flower ini. Lidah cik en gatal teruk dan kehitaman. Cik en juga berasa panas sangat sebabnya dari pembacaan kawan cik en yang merupakan nurse di dalam Navy Lumut, Siti Mariam, pengambilan Passion Flower akan membakar/memanaskan pembuluh darah (lebih kurang la penceritaan dia). So kena la kerap minum air masak atau mineral dalam kuantiti yang banyak.



Selain itu akan ada side effect pening, berlaku kekeliruan, pergerakan otot yang tidak teratur, loya, muntah, mengantuk, dengupan jantung tidak normal dan denyutan nadi yang laju.

kekeliruan, tindakan otot yang tidak teratur dan koordinasi, kesedaran yang diubah, dan saluran darah yang meradang. Terdapat juga laporan mengenai loya, muntah, mengantuk, kadar denyutan pesat, dan irama jantung yang tidak normal dalam satu orang yang mengambilnya. Kalau korang ada nak buat sebarang pembedahan, 2 minggu sebelum kena stop tau sebabnya dengan ubat pelali atau euthasia dengan passion flower ini akan beri kesan pada otak.

So kalau korang ada yang dah ambil baru ambil passion flower ini dan ada kesan yang lain dari cik en dan fakta dalam entri ini boleh kongsikan dengan komen di entri ini untuk rujukan orang lain. Kalau sesiapa nak tahu kisah atau info anxiety boleh baca di Anxiety  .

Apa apa pun kita kena back balik pada Allah S.W.T. cuma bagi pesakit seperti kami ini, kami tak mampu berfikir waras dalam keadaan tertentu. Korang bagi la nasihat apa pun walaupun melibatkan agama, kami takkan dengar malah takut kami mejauhkan diri dari korang. So 1st step kena bagi kami releks dan normalkan balik otak senget dan hati libang libu kami dulu. Lepas itu barulah nak bagi ceramah apa pun ok, sebab masa itu otak kami dah sedia menerima teguran dan nasihat. 

2017-07-05

Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley

Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley | Kesibukan bekerja adalah faktor utama food delivery menjadi pilihan warga kota lebih lebih lagi yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Badan pula penat dengan kerja yang banyak dan kena tempuh jalan yang jem setiap hari. Kalau cik en sendiri pun cik en nak order makanan online dan sampai terus depan pintu rumah daripada memasak. Senang kan? Tapi pilihan yang ada sekarang ini terhad kepada western food saja? Tapi dengan Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley ini korang bukan saja korang boleh order western food tapi boleh juga order rice, noodle, snack, toast dan drink sekali. Dengan PappaDelivery korang mempunyai banyak pilihan untuk memilih makanan yang korang rasa nak makan pada masa itu. 

Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley
Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley 

Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley 


Makanan yang dihantar secara food felivery oleh Perkhidmatan PappaDelivery adalah makanan daripada PappaRich, so kalau korang order korang akan dapat makanan yang fresh dan delicious sama macam korang makan di PappaRich. So kenapa nak bersesak untuk beli barang memasak di supermarket dan habiskan masa di dapur kalau ada perkhimatan online food delivery sebegini?

Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley


Mana suami isteri yang sibuk bekerja itu, korang boleh spend masa lepak sementara menunggu food delivery ini sampai. Perkhidmatan PappaDelivery ini akan hantar dalam apa jua keadaan. Tak kisahlah kalau hujan atau panas. Bukan saja di rumah,  perkhidmatan PappaDelivery ini juga boleh hantar ke pejabat korang. Mungkin korang nak buat makan makan di pejabat dan PappaDelivery ini akan buat meal untuk berapa orang yang korang nak. Kira udah macam catering la kan? Just online dan setkan untuk berapa orang dan mereka akan hantar terus ke untuk korang.

Perkhidmatan PappaDelivery Food Delivery Terbaik Sekitar Klang Valley
PappaDelivery Food Velivery

Selain kelebihan mempunyai pilihan makanan yang banyak,fresh dan sedap, PappaRich tadalah restoren yang berstatus Halal dikeluarkan oleh JAKIM. So semua food delivery yang dihantar oleh PappaDelivery berstatus halal juga la.. Macam cik en beritahu awal awal tadi, korang boleh pilih 6 kategori untuk tengok menu apa yang ada. Just online dan pilih kategori korang nak makan dan pilih menu yang ada.  Contoh seperti dibawah ini. Cik en akan memilih rice dan terasa nak makan Nasi Lemak ayam dan ada sotong juga so cik en memilih Nasi Lemak with Curry Chicken + Sweet & Spicy Sotong (2 Pieces) untuk food delivery ini. 



Mudah kan? Tapi buat masa ini, PappaDelivery hanya merangkumi sekitar Klang Valley. Perkhidmatan Food Delivery oleh PappaDelivery sekarang ini merangkumi zon zon di bawah ini saja: 

  • Ampang
  • Jalan Ipoh/Sentul
  • Setapak
  • Sri Petaling/ Bukit Jalil
  • Kepong/Jinjang
  • Bangsar
  • Ara Damansara
  • Kota Damansara
  • Batu Caves
  • Gombak
  • Selayang
  • Damansara
  • Petaling Jaya
  • Bandar Utama
  • Sg. Buloh
  • Cheras

Untuk korang yang order melalui perkhidmatan PappaDelivery korang perlu order menu minimun RM15 (include GST) dan akan dicas RM5 untuk food delivery jika total makanan yang order dibawah RM30. Kalau lebih RM30 korang akan dapat free of charge untuk food delivery. 

Antara makanan yang boleh cik en kongsi dengan korang seperti dibawah ini:




Selain dari PappaRich, kalau korang nak order Papparich Coffee dan Cat & The Fiddle Cheesecake, korang boleh juga menggunakan perkhidmatan online PappaDelivery ini. Cat & The Fiddle Cheesecake boleh juga dihantar melalui perkhidmatan food delivery PappaDelivery dan Paparich Coffe melalui postage dan free delivery. 

So apa tunggu lagi, boleh try untuk gunakan perkhidmatan ini dengan melayari Food Delivery PappaDelivery melalui PC atau smartphone korang. PappaDelivery We Deliver Greet Food

Jumpa untuk next entri di www.nurfuzie.com 

2017-07-04

Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli

Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli | Peminat petai? Kalau iye memang kita boleh "sep" sikit tangan dengan cik en. Sebabnya cik en peminat no 1 petai. Hahaha. Kalau korang peminat no 1 petai juga semestinya korang akan ada rasa lain pada rasa petai yang dijual sekarang ini. Masa cik en beraya di rumah Pak Ndak cik en, Pak Ndak cik en buka satu rahsia (mungkin ada yang dah tahu) kenapa rasa petai sekarang tak se"umphh" dulu. Rahsia ini menjadi Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli. Jangan nak kecam sangat artikel ini. Sebabnya cik en hanya kongsi apa yang cik en tahu.

Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli
Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli


Taktik Menjual Petai Mengaburi Mata Pembeli


Sebenarnya cik en baru dapat tahu, yang petai yang ada sekarang ini tak gemuk gemuk matanya macam petai dulu. Petainya kecil dan terbantut. Mungkin kerana faktor cuaca dan keadaan persekitaran pokok petai tersebut. Disebabkan itu, ada penjual atau pengutip petai ini menggunakan teknik merendam petai untuk beberapa hari. Teknik ini akan buat petai menjadi gebu dan matanya akan jadi besar - besar. So masa ini kalau pembeli tengok, confirm beli walaupun 6 papan RM10. Tapi sayangnya kalau tak dijual dalam masa  2 3 hari, petai akan kecut dan kehitaman. Sama juga kalau kita beli, Baru 2 hari dah kecut hitam terus. Dulu, petai dah seminggu baru nak mula kecut. So beli banyak memang hari hari boleh makan. 

Sebagai hantu petai, cik en dah mula rasa lain rasa petai itu. Tak pedas dan berangin (susah nak tulis rasa petai sebenarnya). Rasa manis dia pun dah tak ada. Rasa macam makan ulam yang rasanya kosong je. Lepas itu cik en tak ada rasa cerry berry (cirit birit) selepas 12 jam makan. Sebabnya bagi cik en petai adalah detox dan pelawas perut cik en dari kecil lagi. Kalau makan confirm 12 jam lepas itu cik en akan memerut. So cik en kekal la jadi ramping selalu. Hahahah. Tapi dalam setahun ini cik en tak rasa detox tu berfungsi dengan baik. Mungkin kerana kandungan air yang tinggi (diserap)buat rasa dan kesan makan petai itu mula kurang. 

Eh, korang baru beli petai? Dah beli baru baca artikel ini? Jangan risau, apa kata korang kupas dan masukkan dalam bekas bertutup bersama air dan sedikit garam. Kalau rasa suka pedas, masukkan cabai sikit. Masukkan dalam peti ais. Dah jadi jeruk petai. Yang ini boleh simpan sampai 2 3 minggu dalam peti ais. Walaupun tak fresh macam makan petai baru tapi boleh la mampu lepaskan gian nak makan petai. 


Kat sini cik en nak kongsi menu yang boleh dibuat dengan Petai. Ikan Selar Goreng Sambal Cili Api Petai . Harapnya korang nak beli petai lepas ini kena tengok dulu petai itu ye. Kalau rasa sejuk dab baunya tak sekuat bau petai korang beli masa dulu dulu kemungkinan petai ini dah mengalami pengalaman lemas dalam air. Hahahhaha. Jangan marah semua. Jumpa next entri. 
sumber gambar dari google

2017-07-03

Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet

Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet | Pernah tak tengok kucing korang yang suka seretkan atau sagat punggung atau bontot mereka di lantai yang kasar atau karpet di rumah korang? Rasa rasa Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet ye? Walaupun cik en tak jaga klinik untuk 3 bulan ini, tapi ada yang bertanya Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet? Meh baca sampai habis artikel ini ye. 



Kenapa Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet


Sebenarnya ada 3 faktor yang menyebabkan Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet . Kita pergi satu satu ye. 

1. Cacing / tapeworms


Kalau nampak Kucing Korang Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet, kebanyakkan kerana cacing. So kena rujuk dan ingat balik, bila last korang bagi ubat cacing.  Atau korang boleh rujuk entri Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing untuk panduan. Kalau rasa dah lebih hadnya, wajiblah korang bawak ke vet atau belikan cacing. Ubat cacing ini ada jenis tablet dan syrup. Baca arahan pada label sebelum gunakannya. Sebabnya lain jenis ubat, lain cara pemberiannya 

2. Fecal Matter Stuck in Fur / Poo keras melekat pada bulu sekitar punggung 


Kes sebegini selalunya berlaku pada kucing yang mempunyai bulu tebal seperti Persian. So cik en selalu pesan pada owner yang mempunyai kucing berbulu tebal ini selalu groming di bahagian punggung kucing ini. Trim selalu dan kemaskan. Macam di bawah ini



Kemas kan? Tak ada la kotor sangat sebabnya ada kucing ini jenis pemalas nak menjilat ataupun obesiti sampai tak sampai nak jilat. Hahahhaha. So rajin rajin trim atau grooming kucing atau anjing korang. 

3. Anal Glands / Kelenjar punggung


Anal Glands / Kelenjar punggung adalah satu kelenjar kecil yang ada di tepi kiri kanan punggung. Senang cerita yang dalam bulatan atas ini. Antara faktor Kucing Seretkan Punggung Di Lantai Atau Karpet kerana ada bau kurang menyenangkan keluar atau rasa gatal gatal di kawasan tersebut. Kadang kadang tanpa sedar ada luka sehingga bernanah. Ini pun faktor dari kebersihan juga la. Gromming itu penting. Selalu check kawasan itu ye. 


Kalau korang rasa was was korang boleh refer veterinar yang berhampiran. Minta konsultan dari mereka untuk gromming kucing atau anjing korang. Jangan berkira la pasal duit ini sebabnya dah bela kucing ini kena bekorban dari segi wang ringgit dan masa. Jangan sampai jadi luka sebegini. Takut nanti ada ulat pulak. Udah nak kena buat cara rawatan luka 


So kalau korang nak apa apa pertanyaan lain mengenai masalah kucing korang, boleh aje tanya di mana mana media sosial cik en ye. Kalau lambat tu kiranya cik en tengah sibuk seikit. Insyallah cik en akan balas bila dah free. OK, jumpe next entri ye!
sumber gambar dari google

2017-07-01

Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju dan Kad Raya Eintan Nurfuzie 2017

Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju dan Kad Raya Eintan Nurfuzie 2017 | Sepatutnya cik en update awal Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju dan Kad Raya cik en tahun ini. Tapi kekangan masa buat cik en tak sempat nak keluarkan sebelum raya. Istimewanya tahun ini cik en teruja gila dapat Poskad Raya Animasi dari Pos Laju oleh kawan kawan blogger cik en. Jakun la sekajap sebabnya cik en suka animasi ini. 


Cik en teruja nak story pasal poskad animasi ini. Poskad Raya Animasi ini dikatakan ada 4 animasi berbeza tapi cik en dapat 3 dari 4 tu. Kira dah jadi koleksi la kan? So korang guna aplikasi AR Postcard yang boleh download dari Play Store atau Apple Store. Mesti korang yang nak tau sangat apa animasi tu kan? Ianya ada animasi kartun bergerak dan suara serta lagu. Cik en ada buat satu video yang mana korang boleh tengok di Koleksi Poskad Raya Animasi Pos Laju. Lani cik en nak tunjuk la kesemua koleksi poskad ini. 

Dari Lyana Ishak

Dari Haida Eyda

Dari Bonde Zaidalifah

Comel comel kan? Jadi budak budak la kejap main animasi ini. Terima kasih pada kawan kawan cik en. Memahami keterujaan cik en untuk dapatkan poskad animasi ini. Tapi cik en takkan lupakan pada kad raya yang kawan blogger cik en bagi ini. 

Dari Shida Radzuan
Dari Ex Partner Smule
Lyana Ishak bagi Poskad Animasi dan Kad Raya
Bagi cik en pula cik en buat juga kad raya untuk semua kawan kawan cik en tahun ini. Tapi ada sedikit perbezaan sebabnya tahun ini cik en tak buat sendiri tapi tempah pada Shida Radzuan. Sebabnya cik en sedikit sibuk dna ink printer tak ok lagi. So nak tengok kad raya cik en?


Comel tak? hahahah. Anyway bulat muka cik en. Terima kasih yang bagi alamat untuk cik en pos. Kali ini cik en hantar lebih kurang 52 keping kad raya di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Ntah sampai ntah tidak. Harap semuanya selamat sampai. Koleksi Kad Raya Eintan Nurfuzie 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads