Sate Tuna Bakal Beri Pulangan Lumayan

Sate Tuna Bakal Beri Pulangan Lumayan  | Pernah dengar sate tuna? Pernah rasa? Anyway masa Agrofest dan Mini Maha di Lumut Perak seminggu yang lepas, cik en ada dengar ada mereka mempromosikan sate tuna ini. Dan malangnya cik en tak sempat nak merasa. Hahahah. Tapi rakan cik en yang sempat merasa kataka yang sate tuna memang sedap. Satu variasi baru selain daging, ayam, organ dalaman dll. Dan nampaknya Sate Tuna Bakal Beri Pulangan Lumayan pada usahawan sate tempatan. 


Dianggarkan ianya memberi lebih daripada RM 5,000 keuntungan kepada usahawan sate ini setiap bulan, Fuh, kalah gaji cik en camni. Hahhaha. Produk inovasi baharu Jabatan Perikanan Malaysia yang diperkenalkan semasa MAHA 2016 yang lalu, merupakan satu produk galakan promosi hasilan tuna, bersesuaian dengan industri penangkapan tuna yang sedang berkembang di Negara ini.


“Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan. Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran berkaitan tuna’
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
 

Bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna dibekalkan oleh Syarikat Usahawan Sate Tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan di KLIA2 akan menarik minat bukan sahaja warga tempatan tapi pelancong asing juga. Pengurus Besar Sate Station Sdn Bhd ialah Zulkarnain Abdullah yang mana hadir bersama Datuk Ismail Abu Hassan, Ketua Pengarah Perikanan semasa sidang media pelancaran sate tuna ini. Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik dalam menguntungkan kedua dua pihak. 


Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan akan terus giat berusaha melahirkan usahawan sate tuna ini untuk meluaskan pasaran dan menampung permintaan yang tinggi untuk masa akan datang. Oleh kerana itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) turut menyediakan kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN kepada para usahawan yang berminat dengan perniagaan ini. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pula menjangkakan dengan penggunan teknologi dan usaha penambahbaikan resepi bersesuaian dengan citarasa tempatan serta promosi berterusan, permintaan ke atas produk baru sate tuna ini boleh mencecah sehingga 50 ribu cucuk sebulan di seluruh Malaysia


Ternyata, peluang perniagaan baru sebegini perlu direbut oleh para pengusaha kerana pasarannya masih luas,” kata Ahmad Shabery.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi : 
Unit Komunikasi Korporat 
Jabatan Perikanan Malaysia 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 
No. Tel​: 03 – 8870 4234 
No. Faks​: 03 – 8881 0343 
Email​: ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memalam nie, rasa teringin la pulak

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar pasal sate tuna ni.. teringin pula nak cuba..

    hmm besarnya ikan tu :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post