Kenapa Kucing Berbau Busuk


Kenapa Kucing Berbau Busuk | Kerap kali pelanggan cik en bertanya, kucing saya baunya busuk doc. Nak mandikan doc kata kalau sakit tak boleh mandi. Abaikan penggunaan panggilan doc itu sebabnya walaupun diterang banyak kali cik en bukan doc, tapi mereka selesa dengan panggilan itu. Selain dari bau yang busuk, kucing yang berbulu putih akan menjadi kekuningan. Apakah faktor dan cara mengatasinya. Cik en ada juga bertanya pendapat rakan facebook cik en. Bukannya tak tahu cuma cik en nak bertanya cara yang dibuat oleh pencinta kucing di luar sana. 


Kebanyakan yang menjawab memang betul. Tapi meh cik en nak kongsi sikit apa yang cik en tau kenapa kucing berbau busuk ni. 

Faktor Kucing Berbau busuk
  1. Kucing jatuh dalam longkang. Hahaha. Kalau bergaduh atau dikejar kucing atau anjing lain selalunya mereka dah tak nampak ada longkang atau tak
  2. Lidah kucing ulser. Ini korang boleh nampak tanda awal, kucing mula kurang makan. Kalau nampak kucing mula kurang makan, cuba buka mulutnya dan lihat lidah atau gusi. Kalau lidah kucing melepuh, itu tanda ulser. Kalau gusi dia kemerah merahan itu tanda gigivitis. Jadi disebabkan lidahnya ulser tapi masih lagi grooming bulu mereka, itu yang sebabkan bulu menjadi kekuningan dan busuk. Macam manusia jugalah kan. kalau dah ulser, makan pun tak mahu. 
  3. Kucing tidak mahu makan sememangnya mulut mereka busuk 
  4. Kucing luka berulat. Kes ini cik en bau pun dah tau. Tak perlu tunggu untuk buat pemeriksaan. Nak story pun susah. Cuma yang berpengalaman yang boleh membezakan
  5. Kucing terkencing  . Mungkin terlalu takut atau terkejut. 
Cara kurangkan bau busuk kucing
  1. Mandikan jika kucing sihat
  2. Boleh cuci badan kucing gunakan air suam kalau kucing tidak sihat. Tapi pastikan kucing dikeringkan secepat yang mungkin
  3. Bersihkan kandang atau kurungan kucing
  4. Bersihkan pasir kucing
  5. Kalau mulut kucing ulser, boleh dapatkan glycerin yang dilute dengan air dan calit di bahagian ulser kucing
  6. Kalau kucing luka berulat, pastikan ulatnya di buang. Ulat akan buat daging membusuk. Boleh rujuk entry Cara Merawat Kucing Luka
  7. Kalau rasa masih belum baik, silalah bawa vet yang berhampiran ye.. 
Ini antara perkongsian yang cik en nak kongsi. Mungkin ada sesiapa yang nak menambah, boleh komen di bahagian komen ye. 
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Perkongsian yang bik walaupun AM tak ada kucing di rumah..
    Ada kucing yang melepak sehingga tinggal di sekitar rumah AM yang dah nak beranak esok kara..

    Cam mana nak uruskan anak2 kucing terbiar daripada di bawa ibu kucing ke dalam rumah nanti?

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Kucing saya ada masaalah di mulut. Di bahagia gusi tepi seakan daging pecah dan kelihatan warna kuning. Bila di tekan tak ada nanah yang keluar tapi bau sangat busuk. Dan sesekali bila saya tgok ada cecair yg keluar dari situ. Dan bau sangat busuk. Kucing masih makan dan aktif..saya nk tahu ap pe yakit ni. Dan bahagian tu sedikit membekak.ia merisaukan saya jika ia bole. Memudaratkan kesihatan kucing. Tambhan ada seeokor yg sedabg mengawan kena penyakit yg sama. Tapi usia mereka berbeza.

    ReplyDelete
  3. Salam sis kucing saya dua ekor ada masaalah di gusi. Seakan daging pecah di bahagian dalam dan berwarna kuning tapi bila saya tekan tiada nanah. Kadang ada cecair yg kemuar dan bau sangat busuk. Mulut kucing saya pun sangat busuk. Tapi mereka makan dan aktif. Cuma yg umur lingkugan 8 bulan sedang mengawan. Mohon jawapan te tang penyakit ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post