www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-09-30

Sitiawan - KLIA - Kota Kinabalu | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Pengalaman Pertama Menaiki Kapal Terbang | Masih ingat entri Persediaan Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency sebelum ini? Cik en ambil masa juga untuk menaip untuk entri berkaitan travel ke Sabah ini. Sebabnya banyak gambar yang perlu cik en selected dan watermark kannya, So akan ada siri siri selepas ini akan terlewat sedikit. Ok, tanpa nak habiskan masa korang baca benda yang tak ada point ini, jom kita teruskan pengalaman cik en yang pertama kali di KLIA dan menaiki flight

Jam 12.30 tengah malam 20 September 2016, cik en dah keluar rumah dan bas cik en akan sampai pukul 1 pagi, jadi ada masa untuk lepak sekejap di kedai mamak bersebelahan dengan Star Shuttle di Sitiawan ini. Bas sampai jam 1.00 pagi dan cik en pun memulakan perjalanan yang panjang. Kalau diikutkan perjalanan bas ini dari Lumut-Sitiawan-Teluk Intan-KLIA-KLIA2. So sepanjang perjalanan, cik en tidur tak sedar diri. Sampailah di satu terminal lebih kurang pukul 5 pagi, Cik en tak pasti terminal apa. Sebabnya tak pernah sampai ke terminal tersebut. So cik en agak Terminal TBS kot. Hahhaha, sedangkan tahu yang bas ini direct ke KLIA. Cik en releks la.. sampai la rasa mcam dengar KLIA. cepat cepat cik en tanya orang sebelah dan guees what?? Yes, Inilah KLIA. Fuh.. cepat cepat la cik en dan adik turun kalau tak ke KLIA2 la kami. Tak malu la cik en cakap, cik en tak pernah sampai ke KLIA lagi lagi tempat basnya. Nasib baik dan cik en nak story, bermula dari saat cik en turun dari bas, semuanya asing dan cik en tak pernah lalui. Kalau KLIA sendiri pun, cik en tak tahu, apatah lagi nak kek bahagian berlepas. Kami adik beradik berpusing mencari bahagian berlepas. Ada peta di KLIA tapi mungkin baru bangun tidur buat cik en blur sedikit. 

Tapi kami sampai juga bahagian berlepas dann.. satu lagi, macam mana cik en nak check in dan nk letak beg besar kami ini?? Dah sudah.. dok perati je orang sekeliling. Dah buntu sangat, terus ke kaunter Malindo dan dia bagi guide untuk terus check in barang. Alhamdulillah.. semuanya selesai. Dan kami terus cari makan sebab lapar dan kami makan la di Old Town KLIA. Kos makan RM26.00


Selepas makan, kami ke anjung tinjau semata mata nak tengok kawasan parking untuk kapal terbang. Hahahha. Nampak jakun kan? tapi cik en still control ayu dan confident yang tinggi. Gaya kena ada okey! Hahahha.


Dalam pukul 8 pagi, KLIA dah mula hujan. Dok fikir juga, kalau hujan, flight delay ke? Yela kan.. cuaca tak ok. Rupanya tak ada yang delay. Dalam 20 minit, hujan pun berhenti.

Jam 8.30 pagi cik en dah check in dan stanby di kawasan kaunter Malindo. Dan tunggu sampai pukul 9.00 pagi tiba tiba flight delay 30 minit. Pukul 9.30 pagi kami dah duduk dalam flight. Wa! teruja sungguh. Start tengok movie yang ada. Sebenarnya cik en nak alih perhatian sebabnya nerveous naik flight. Cik en takut dengan ketinggian. Dan cik en cabar diri duduk di tepi tingkap. Kena lawan ketakutan itu. Masa flight start untuk fly, rasa laju macam naik ferrari tu (walaupun lebih laju) dan perlahan lahan naik ke udara. Mata yang tengah tengok movie curi curi juga pandang luar. Hampir 30 minit nak bagi kuat semangat dan akhirnya berjaya. Langgar awan pun bergoyang jadi kepala ini dah berfikir macam macam. Hahha. Bila di ingat kelakar gila. 









Perjalanan ambil masa 2 jam 30 minit. Sempat la layan kartun dan cik en terasa sesak nafas juga bila di atas awan. Tak pasti kenapa mungkin tekanan udara buat cik en rasa tak selesa. Mungkin ada yang baca entri ini akan beri penjelasan kenapa cik en terasa sesak nafas bila di atas awan. 





Kami sampai di Kota Kinabalu dalam jam 12.30 tengah hari. Turun saja terus cik en ke bahagian pendaftaran untuk pelancong semenanjung, Sampai di kaunter berikan kad pengenalan dan tiket flight. Dan pihak imegrasen akan beri satu pas yang boleh bertahan selema 30 hari. Kecik saja dan simpan baik baik sebab nanti nak balik semenanjung kena pulangkan balik. 

Selesai ambil bagasi cik en bergegas berjumpa dengan Kak Azizi yang merupakan rakan kongsi Faizul untuk ambil kereta. Kak Azizi memang ramah sangat dan banyak benda di sembang terutama kawasan makan dan kawasan kawasan best di KK. Disamping itu, dia bagi guide line harga barangan kering di KK. Dalam 30 minit juga berborak di tepi jalan dan kak Azizi berpesan, jika ada masalah, hubungi dia. Sebelum bergerak, cik en check dulu kereta, pastikan tiada kemik, tekanan tayar yang cukup dan sebagainya. So bermulalah aktiviti aktiviti kami di KK untuk hari pertama.. Tapiii.. bukan di entri ini.. Kena tunggu next entri yeh!

Perbelanjaan Hari Pertama di KLIA

Sarapan Pagi Di Old Town : RM 26.00

Jumlah : RM26.00

2016-09-29

Kisah Kucing Disimbah Cat


Kisah Kucing Disimbah Cat | Pagi tadi cik en de kongsi gambar di atas. Ramai yang bertanya kenapa. So ambil masa sedikit untuk cik en cerita sebabnya hari ini ada lawatan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Dr. Shahrul datang ke daerah cik en. Saja melawat anak buah dan kebetulan beliau sampai masa waktu lunch. So tak sempat nak menaip. 

Sebenarnya kes ini 2 hari lepas, cuma baru kesempatan nk publish hari ini. Kucing ini dibawa oleh pelanggan lelaki dan dia menceritakan yang kucing ini baru 2 minggu dibela sebabnya owner asal dia berpindah. Tapi kucing ni memang manja dengan owner baru ini cuma sehari sebelum itu, ia tak balik rumah. Esoknya baru dia balik dan owner baru ini terkejut keadaan kucing yang hilang bulu dan dipenuhi cat. Gambar diatas adalah gambar awal masa kucing datang ke klinik.

Bila di perhati, ianya macam cat minyak. Mungkin tertumpah atau disimbah sebabnya hampir 80% bulu dia bewarna hitam dan tercabut. Sampai saja, cik en buat pemeriksaan fizikal. Luka tiada tapi ada bengkak di bahagian peha kaki belakang. So lepas je tak ada apa masalah yang lain, cik en terus buang bulu dan terpaksa menarik bulu kucing tu. 



Mengiau juga bila kami buat operasi membuang bulu ini. Ada bahagian yang boleh digunting bulunya dan ada yang terpaksa dicabut. Kalau dicukur pun tak boleh. Hampir 1 jam juga kami mengoperasikan dan hasilnya seperti di bawah ini




Selesai cik en berikan sedikit rawatan untuk bengkak dan luka luka kecil. Sebelum balik, cik en sempat berpesan untuk belikan baju untuk kucing ini sebabnya takut sejuk. Iyelah kan musim hujan ini. Kesian dia nanti kesejukan. Diharap kucing ini akan sihat kembali dan bulunya akan tumbuh lebih cantik dari sebelum ini. 

2016-09-28

Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency


Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Sabah Negeri Di bawah Bayu merupakan satu tempat yang menjadi idaman cik en sejak dulu lagi. Semuanya bermula cik en tengok satu tempat menarik di kawasan Kundasang. Cuba teka? Kawasan ini banyak lembu susu. Sesuai dengan perkerjaan cik en yang selalu ke ladang ternakan. Ada yang dah teka? Dan semestinya jawapan korang itu betul kerana tempat yang banyak lembu di Kundasang adalah Desa Cattle Farm. Tempat yang 2 tahun cik en idam kan nak pergi. Tak sangka, ada orang sponsar tiket flight. Hahaha

Mulanya, dia hanya cakap cakap dan cik en ini jenis orang yang tidak mudah berharap kecuali benda dah ada depan mata. Satu hari dia minta tarikh untuk ke Sabah, so dalam keadaan acuh tak acuh (sebabnya anggap dia hanya bergurau) cik memilih bulan 20 September 2016. Kemudian dia tanya lagi, berapa hari kalau dah ke sana? Hurmmm.. cik en cakap nak 4 hari 3 malam. Confident juga walaupun rasa mustahil boleh travel lama lama di tempat yang tak pernah pergi. Tak sampai 10 minit, dia print kan booking tiket flight.

Tergamam juga bila dah kertas booking depan mata. Dok tenyoh tenyoh mata takut bermimpi dan nampaknya bukan lagi mimpi.Kalau tak silap cik en, dia tempah bulan April 2016 so cik en ada 5 bulan untuk merancang perjalanan semasa di sana. Cik en pergi dengan adik cik en berdua sahaja tanpa terfikir nak ambil travel agency atau travel guide di sana. 

Dan untuk pengetahuan korang, ini merupakan travel trip cik en pertama keluar daripada semenanjung Malaysia. Pertama kali juga naik flight dan pertama juga travel ala ala backpacker. Di semenanjung, hampir ke semua negeri cik en dah pergi, so sampai masa la keluar dari keselesaan berada di semenanjung. 

Sepanjang 5 bulan, cik en akan survey tempat menarik di sekitar sabah dan banyak juga blog blog yang cik en kumpul kan dan buat sedikit nota. Cik en akan kumpulkan tempat menarik sekali asing mengikut kawasan seperti Kota Kinabalu, Tamparulli, Kundasang dan Ranau. 



Abaikan kalau ada berlaku kesalahan tempat sebabnya masa ini, masih belum boleh bayangkan perjalanan di sana. Selesai listkan cik en mula start buat google maps dan rancang perjalanan dan masa yang diperlukan. 


Selesai buat peta sendiri cik en mula merancang kemana dulu yang cik en perlu pergi. Jadi diawal perancangan, cik en merancang untuk terus ke kundasang sesudah sampai ke Airport tapi adik angkat cik en iaitu Iera yang memang menetap di sana nasihat untuk stay di Kota Kinabalu pada hari pertama untuk cik en betul betul ok daripada jet lag ( tapi sebenarnya tak ada pun) sebelum drive jauh. So di bagi cadangan macam di bawah ini. 


So cik en tukar jadual dan cik en draf semula perjalanan cik en. So cik en listkan untuk aktiviti hari pertama sehingga ke empat macam bawah ini




Hahaha. Dah macam nota dalam kelas kan? So korang rasa cik en ikut tak apa yang cik en rancang ini? kalau nak tahu, kenalah baca entri entri selepas ini. Hahaha. Kelaut juga sebenarnya perancangan ini tapi kebanyakan tempat yang di senaraikan kami berjaya sampai. 

Selesai saja mengenai perjalanan, Semestinya cik en kena survey kereta sewa dan hotel hotel. Untuk kereta sewa, cik en intak tolong Iera carikan dan dia ada bagi 2 owner kereta dan cik en memilih kereta sewa sabah dari Faizul (019-4817846) dengan nilai RM360 untuk bermula jam 12.30 tengah hari 20 September sehingga 12.30 tengah hari 23 September. Kalau ikutkan satu hari 24 jam Faizul cas RM140 sehari dan dapat diskaun RM120 sehari. Tapi ada yang cas rm100 sehari tau. Yang itu korang boleh hubungi Niswan ( 010-9405767). Kenapa cik en memilih Faizul sedangkan harga dia lebih mahal? Sebabnya Niswan lambat reply dan cik en dah deal dengan Faizul. Dan cik en cakap, cik en nak kereta baru dan tip top tiada masalah sepanjang perjalanan. So ok kereta yang cik en dapat tu? yang itu pun, kena tunggu entri seterusnya. Nak cerita semuanya panjang lebar entri cik en ini.

Selesai kereta sewa, cik en dah muka godek Booking.com, Traveloka.com dan Trivago. Lastnya cik en guna Booking,com untuk hotel di Kota Kinabalu dan Traveloka.com di Kundasang. Di KK, cik en memilih Promenade Service Aprtment dengan harga RM91.30. Bilik studio dengan dapur kecil. Untuk malam kedua di Kundasang cik en memilih J residence dengan harga RM85.14. Untuk hari ketiga, cik en akan buat booking last minute sebabnya cik en nak cari tempat yang dekat dengan shopping tanpa perlu drive, Hanya jalan kaki sahaja. 

Oh ya,, lupa lagi satu part, cik en di Sitiawan dan cik en perlu ke KLIA. Dan cik en tak suka menyusahkan orang untuk hantar dan ambik, jadi cik en menggunakan bas Star Shuttle untuk pergi balik. Itu cik en walk in sendiri di kaunter Star Shuttle di Sitiawan. 

So, persiapan cik en dah settle dan cik en hanya menunggu hari ke Sabah. Jadi untuk persedian awal ini cik en nak listkan budjet cik en. Ini bukan save budjet sebabnya tiket flight dan sewa kereta korang boleh dapat lagi murah.

Perbelanjaan Persediaan Awal Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency 

Tiket Star Shuttle (pergi/balik) : RM 85.00 (RM48 pergi/ RM37 balik)
Tiket Flight (pergi/balik) : RM 307.40
Kereta Sewa (Saga FLX auto) : RM360.00
Promenade Service Aprtment : RM 91.30
J residence Kundasang : RM85.14

Jumlah : RM 928.84

Segala persiapan ini cik en buat berperingkat. Gaji satu bulan untuk selesaikan tiket bas, bulan depannya kereta sewa, lepas itu hotel. So tak terasa sangat gedebuk keluar duit dekat RM1000 itu. Hahahha. Okey, lepas ini cik en akan keluarkan entri travel ini secara harian. So akan lebih banyak cik en akan kongsi mengenai satu satu tempat itu. 

Lagu Pen Pineapple Apple Pen Jadi Viral



Lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen Jadi Viral Seluruh Dunia | Dari semalam cik en baca di facebook mengenai lagu ini. Jadi cik en search dan nak dengar apa bestnya lagu ini. Lagu berdurasi 51 saat ini menjadi viral di beberapa buah negara negara. Rasanya Malaysia masih belum lagi viral masa cik en buat entry ini. So kalau sesiapa yang nak dengar lagu ini boleh la play youtube di bawah ini




Lirik  Lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen

PPAP
I have a pen, I have an Apple
Ahh...
Apple Pen
I have a pen, I have an Pineapple
Ah...
Pineapple Pen

Apple Pen Pineapple Pen
ahh..
Pen Pineapple Apple Pen Pineapple pen!
Pen Pineapple Apple Pen Pineapple pen!

Sesekali pandang macam Dato M.Daud Kilau. 2 kali pandang macam Ucop Wilca. Anyway cik en dah buat ringtone di smarphone cik en. Suka rentak lagu yang rancak. Hahha.. 


Tempat Menarik Di Sekitar Tamparulli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau


Tempat Menarik Di Sekitar Tamparulli, Pekan Nabalu, Kundasang dan Ranau | Percutian cik en ke Sabah baru baru ini memang best sangat. Kebanyakkan tempat tempat yang menarik cik en google dan cik en ringkaskan tempat tempat yang menarik sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau. Perjalanan dari Kota Kinabalu - Tamparulli - Pekan Nabalu - Kundasang - Ranau. 

Tamparulli

Rumah Terbalik
Chantek Borneo


Jambatan Tamparulli

Pekan Nabalu



Ranau

Ladang Teh Sabah


Fish Spa Sg. Moroli



Poring Hot Spring


Didalam Poring Hot Spring ini ada beberapa lagi kawasan yang korang wajib jelajah iaitu

  • Conopy Walk
  • Butterfly Farm
  • Raflesia Garden
  • Enthnobotanical 
  • Kipungit Waterfall
  • Orchid Garden
  • Bamboo Garden

Kinabalu Park

Botanical Garden

 

View Kinabalu Mount

Kundasang 

Dairy Cattle Farm


Pekan Kundasang - Pasar sayuran, buahan buahan, barangan jajan


Ada sebahagian gambar yang tak ada watermark merupakan gambar di carian google ye. Dan entri ini hanya ringkasan mengenai tempat menarik sepanjang perjalanan. Kalau nak lebih tahu mengenai harga tiket, perjalanan dan pengalaman cik en sepanjang perjalanan kena tunggu untuk entri seterusnya ye. 

2016-09-27

Cek Lawa Pemutih Ketiak dan Deodoran Sangat Berkesan


Cek Lawa Pemutih Ketiak dan Deodorant Sekaligus | Muka cantik, putih melepak bila berdating. Selepas kahwin, laki dok perli aku ketiak hitam berkarat. Apa guna muka je cantik. Nampak sangat aku ini pengotor. Naik geram dan malu rasanya dengan laki aku tu. Tapi dalam geram aku, aku akui yang ketiak aku hitam dan berkarat la. Malu juga aku, bila keluar, aku jumpa perempuan pakai singlet, ketiak dorang putih bersih je. Tapi bila aku angkat tangan dan belek ketiak aku, hitam, kusam je. Bukannya aku tak jaga, aku dah cuba sabun beras dan macam macam deodoran, tapi macam tu la. Tak berubah. Mungkin juga aku ini jenis bertudung, so aku buat tak kisah semua tu, bukannya ada yang tengok laki sendiri je tengok. Tapi laki la kita perlu jaga kan? Kang dia cari yang ketiak putih naya pulak aku. 

Kisah diatas sembang sembang dari kawan kawan yang dah berkahwin, walaupun masih belum berkahwin, bila dengar kisah camtu buat cik en rasa segan pulak nanti. Takkan masa nak kahwin, baru cik en nak start. Mestilah dari sekarang. Dalam duk mencari produk yang sesuai dengan kulit cik en yang sentitif ini, cik en terbaca la satu produk ini Cek Lawa Pemutih Ketiak dan Deodoran. Nampak kelakar namanya kan? tapi sebab itulah cik en tertarik dan try untuk memakainya

Akhirnya 2 minggu lepas, produk tu sampai pada cik en, alo alo, comel je produk ini. 



Sampai sampai je, cik en terus nak cium bau Cek Lawa dulu, sebabnya bau tu penting kalau cik en memilih deodaran. Bila buka, pergh! Bau dia harum sungguh! Bahan bahan dorang guna aqua, ekstrak Teh Hijau, Timun, Estrak Lemon, Aloe Vera dan pewangi yang dibenarkan. Patut la wangi. Tengok ada pamplet, terus cik en baca sebabnya nak tau la apa kelebihan krim Cek Lawa ini kan? Meh sini cik en nak share kat korang. 

  • 100% ekstrak herba semulajadi
  • Kaya dengan vitamin C dan mineral 
  • Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  • Menanggalkan sel kulit mati ( kulit mati la jahat, dia buat ketiak kita hitam berdaki)
  • Menjadikan kulit cerah dengan tona yang sekata
  • Merangsang kolagen untuk jadikan kulit ketiak kita sihat dan lembut
  • Melembabkan kulit
  • Bau yang wangi

Masa itu, cik en tak sabar nak guna, habis kerja, cik en bersemangat nak mandi awal sedangkan cik en ni suka delay mandi ke malam. Lepas je mandi, cik en kena pastikan ketiak dilap dengan kain bersih hingga kering. lepas itu, calit Cek Lawa ini, sapu dan ratakan keseluruh ketiak tu. Lepas itu cik en biarkan kering tanpa bilas. Bagi dia meresap gitu.. Kan tadi dah cerita Cek lawa kaya dengan vitamin C dan mineral so kalau di bilas hilanglah semua tu sebelum sempat diserap ke dalam kulit.


Minggu ini genap 2 minggu cik en memakai Cek Lawa ini. Minggu lepas cik en travel ke Sabah dan cik en memakainya setiap hari dan nak tengok, adakah Cek Lawa ini mampu memberi kesegaran dan confident sepanjang hari memandangkan cik en akan berjalan jauh kesana sini dan berpeluh yang banyak. And guess what, sememangnya tiada bau yang tidak diingini walaupun di bawah panas terik. Boleh bertahan dari pagi sehingga malam bau dia. Dalam masa merawat kekusaman, ketiak kita akan sentiasa wangi walaupun aktif. Mana nak cari kan? Dan juga korang boleh cuba di celah celah yang kehitaman seperti kelangkang. Berkesan juga tau!

Nampak dah cerah ketiak cik en. Bukti?? Isk, takkan la cik en nak bagi tunjuk, aurat hokey.. Bakal suami je yang boleh tengok. Tapi memang berkesan produk ini. Bukan nak tipu la. Korang boleh cuba sendiri produk ini. Nak sembang korang tak percaya kan, dah pakai, nilaikan sendiri. 

Korang nak beli? ops.. cik en tak jual ye.. Cik en cuma ceritakan testimoni jujur cik en saja sebabnya cik en sendiri guna dan dah terbukti pun, korang boleh dapatkan Cek Lawa Pemutih Ketiak dan Deodoran ini dengan menghubungi agen di bawah ini ye...


Atau lebih mudah contact no telefon 013-4700215 (muhammad syazwan)

Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu Sabah


Tempat Menarik Di Sekitar Kota Kinabalu Sabah | Kota Kinabalu syurga makanan laut, mutiara dan barangan kering dan cik en nak kongsi sedikit beberapa tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu yang boleh korang lawati kalau ke Sabah nanti. 

Pasar Filipino


Signal Hill



Pantai Tanjung Lipat Likas



Aquarium Marine Museum UMS



Todak Waterfront


Sunset View


City Mosque


Lok Kawi Wildlife Park ( Putatan)




Entri ini hanyalah ringkasan mengenai tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu. Ada gambar yang tiada watermark adalah hasil carian google. Untuk entri lengkap cik en akan keluarkan untuk next entri okey!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads