www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-05-30

#OKJomFit Kuala Kangsar 2016


#OKJomFit Kuala Kangsar 2016 | Aktiviti terakhir sebelum menyambut Bulan Ramadan tahun 2016 ini. Alhamdulillah, cik en berjaya habiskan larian yang cik en pernah ceritakan di Fit Malaysia | FM Run Perak 2016. So meh cik en nak kongsi suasana sepanjang program ini berlangsung. Kemeriahan dan kesesakan orang ramai. Bukan saja orang tempatan Kuala Kangsar, tapi seluruh Malaysia bahkan ada orang luar Malaysia yag menyertai. Ada beberapa ketegori iaitu 5KM - OPEN, 10KM - MEN OPEN dan 10KM - WOMEN OPEN dan berbasikal pun ada. 30KM. 

Perjalanan dari tempat tinggal cik en ke tapak OKJomFit ini tidak sampai 5 minit. Perlu berkumpul pada jam 7.30 pagi. Tiada pendaftaran pagi itu, sebabnya cik en dah ambil nombor sehari sebelum itu, Itupun mewakilkan abah cik en sebab cik en masih belum sampai ke Kuala Kangsar. Dan cik en beli baju Fit Malaysia untuk kenang kenangan walaupun akhirnya baju tersebut diberi kepada orang lain kerana jarang.


Sampai sahaja di tapak OKJomFit, omak kau la boleh kata, memang ramai dengan manusia. Ada yang bawa basikal dan ada yang bawa kaki (hahah,sebab berlari). Jom cik en kongsi sikit suasana pagi itu




Ramaikan manusia. Mereka lepaskan dulu yang berbasikal, kemudia Perempuan dan Lelaki 10KM dan akhir sekali 5KM ini. Jadi semestinya peserta 5KM paling ramai. Perjalanan 5 KM yang dijadualkan akan menempuh jalan raya dan kampung. Tapi cik en hanya sempat snap di bahagian jalan raya saja. 


Cik en habiskan larian lebih kurang 1 jam juga la, sebabnya jalan yang ditetapkan ada naik, turun, sempit dan dihalang kenderaan lain. Apa apa pun, cik en habiskan juga dan mendapat medal ini


Cantik kan? Hihi, dapat je terus sarungkan terus ke leher. Hahaha. Takkan mau simpan, sarungkan dan selfie!





Yang itu, Kak Zulia dan suaminya, Jimanz. Walaupun kami ini berjanji masuk OK Jom Fit ini, tapi mereka sampai dulu dan janji akan tunggu di pintu sampai. Kak Zulia awal lebih kurang 15 minit juga. Suaminya ambil cara 10KM dan sampai sampai, memang suami dia ada. Sempatlah selfie dengan maskot dibawah ini.


Masa kami selfie, KJ dan orang terhormat ada diatas pentas untuk ucapan dan senamerobik. Lebih kurang 10.30 pagi, cik en dan yang lain lain bersurai. Habis juga larian 5KM walaupun cik en hanya biasa berjogging 2KM saja. Tepuk tangan untuk diri sendiri! Pelepek Pelepek! Good Job Cik EN! Siapa lagi nak puji kan? selain diri sendiri. Hahahah.

2016-05-29

Pesta Durian Tapi Tiada Durian

Durian sitiawan
Pesta Durian Tapi Tiada Durian | Kecoh juga The Durian Festival ini tiada durian yang mencukupi. Dijanjikan dengan makan hingga kenyang dan perlu membayar RM 10 sekepala tapi kuantiti durian tidak mencukupi. Kesian juga pada yang jauh jauh datang tapi balik hampa sebab durian habis dan perlu menunggu stok durian ke petang. Disebabkan kawasan ini berhampiran denga tempat cik en, cik en berharap selepas ini, jika durian hanya ada satu hilux sahaja, tak perlu war warkan ianya festival ye.. Dan kuasa media ini untuk promosi tidak hanya di kawasan sekitar tapi seluruh Malaysia.

2016-05-28

Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri Perak 2016 / 1437H


Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Negeri Perak 2016 / 1437H | Alhamdullilah, sampai jua Ramadan 2016 / 1437H. Disebabkan cik en tinggal di perak, cik en hendak tumpukan pada Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi seluruh Negeri Perak. Negeri Perak terbahagi kepada 7 zon. 

ZON 1 : TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM


ZON 2 : IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT, KUALA KANGSAR



ZON 3 : PENGKALAN HULU, GERIK, LENGGONG



ZON 4 : TEMENGOR DAN BELUM



ZON 5 : TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SERI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR



ZON 6 : SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR



ZON 7 : BUKIT LARUT




Jadi apa lagi, download dan print terus lekat di pintu peti ais untuk rujukan.
sumber

2016-05-27

10 Tips Mudah Untuk Tidak Tinggalkan Sahur


10 Tips Mudah Untuk Tidak Tinggalkan Sahur | Setiap kali bulan puasa, semestinya semangat bersahur akan berkobar kobar seminggu awal, masuk minggu seterusnya, mulalah semangat bersahur berkurang. Lagi lagi bujang kan? Sama la dengan cik en, dan selalu skip bersahur sedangkan bersahur adalah amalan sunat yang mudah dilakukan walaupun segelas air masak. Kali ini cik en kongsikan cara mudah untuk sediakan juadah tanpa ada adegan hangus atau tak sempat memasak disebabkan lambat terkejut sahur. 

  1. Jika masih bujang, boleh sediakan stok makanan segera yang berkhasiat di dapur. Contoh oat, Instant Milo/Horlick/Nescafe dan kurma
  2. Beli thermos dan letakkan air panas sebelum tido, senang untuk bancuh oat segera atau Instant Drink. Tidaklah tertidur balik sementara tunggu air masak kan? 
  3. Jangan bancuh oat atau Instant Drink dengan 100% air panas, letakkan air biasa juga untuk mengelakkan kepanasan dan perlu tunggu untuk sejuk. Takut tertidur balik. hihihi..
  4. Untuk yang wajib makan makanan berkarbohidrat seperti nasi,mee atau sebagainya, bolehlah masakkan nasi dan lauk pauk sebelum tidur atau siap siap goreng mee sebelum tidur.Boleh simpan dalam peti ais atau biarkan dalam kuali dan tutupkan saja dengan penutup Jangan terlalu awal, takut nanti basi. Sebelum makan, panaskan semula.
  5. Jika tidak suka menu panas semula, boleh sediakan stok telur dan sardin banyak banyak. Sebabnya goreng telur dan sardin adalah satu makanan yang senang di masak.
  6. Kisar bahan tumis seperti cili kisar, bawang putih, bawang merah. Nanti nak masak, lebih mudah.
  7. Boleh sediakan stok makanan sejuk beku (tidak digalakkan makan)
  8. Bangun tidur terus mandi, inilah cara segarkan mata dan badan. S
  9. Bangun 30 minit sebelum habis bersahur. Sahur terbaik adalah 15 minit sebelum masuk Imsak
  10. Jika masih tidak boleh, bolehlah bersahur tengah malam sebelum tidur dan bangun sebelum masuk Imsak dengan minum air sahaja.

Diharap tips ini boleh memberi idea atau membantu sesiapa yang selalu terlepas bersahur. Sedangkan bersahur ini adalah membezakan antara penganut agama lain dengan agama Islam. Dan untuk pengetahuan pembaca cik en, waktu sahur adalah waktu mustajab untuk berdoa tau. 

2016-05-26

10 Amalan Sunat Di Bulan Puasa


10 Amalan Sunat Di Bulan Puasa | Bulan Ramadan tidak lama lagi. Bulan mulia ini, ramai yang berlumba lumba membuat amal jariah dan perkara sunat. Untuk tahun ini, jom kita tanamkan azam membuat amalan sunat untuk menambah pahala. Jom cik en kongsikan beberapa amalan sunat yang boleh kita lakukan sepanjang bulan puasa ini.


  1. Melambatkan sahur tapi tidak terlalu lambat
  2. Bersahurlah walaupuns seteguk air
  3. Menyegerakan berbuka
  4. Bermuka dengan rutob (kurma basah) dengan angka ganjil, kalau tiada boleh dnegan kurma kering atau bend amanis yang tidak disentuh api(dimasak atau dipanaskan)
  5. Bersolat Terawih
  6. Membaca ayat AL-Quran walaupun sepotog (Boleh habiskan satu Al-Quran sepanjang bulan puasa dan juga lupa memhami maksudnya sekali)
  7. Memperbanyakkan solat sunat seperti solat Dhuha
  8. Memperbanyakkan sedekah tanpa ada perasaan riak atau menunjuk nunjuk
  9. Menjaga tutur bicara
  10. Jauhkan diri dari sifat membazir
Dan sebenarnya banyak lagi amalam sunat yang boleh dibuat. Ini sebahagian untuk menjadi garis panduan kepada semua pembaca blog nurfuzie.com

2016-05-25

Apabila Kerbau Ber"Gimnastik"


Apabila Kerbau Ber"Gimnastik" | Pernah tengok kerbau ber"gimnastik"? Mungkin sebagai pembantu veterinar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar selalu tengok semasa membuat program kesihatan ternakan. Malah bukan sahaja kerbau, lembu pun pandai tau bergimrama sebegini. Sebelum ini cik en pernah keluarkan entri mengenai vaksin terhdapa kerbau di entry bertajuk Vaksinasi HS Untuk Kerbau. Disitu cik en ada menerangkan mengenai Program Kesihatan Ternakan seperti mengambil sampel serum darah ternakan dan vaksinasi. Cuma di dalam entri tersebut, cik en tidak terangkan suasana dan keadaan bekerja. Jadi entri ini cik en akan terangkan dan sertakan video yang selalunya tak sempat cik en rakam. 

Pejabat Veterinar Daerah akan menjalankan rutin tahunan untuk memastikan ternakan di daerah keadaan sihat dan divaksin sepenuhnya. Untuk kali ini, cik en setkan temujanji dengan ladang kelapa sawit. Didalam ladang itu, pihak ladang menggunakan khidmat kerbau untuk menarik buah yang dikutip daripada pokok yang lebih sukar dimasuki untuk lori besar masuk. Setiap kerbau akan dijaga oleh seorang pekerja ladang dan pekerja tersebut perlu menjaga kebajikan haiwan tersebut. 


Kali ini, program ini hanya 2 orang staf veterinar daerah iaitu cik en dan rakan cik en, En Rizal. En Rizal akan mengambil sampel darah manakala cik en akan memberi suntikan vaksin dan rekod. Ini sebabnya ramai staf veterinar daerah ada kursus dan bengkel. Disebabkan kami dah setkan temujanji, kami berdua sahaja yang turun ke ladang. Itu pun sudah mencukupi kerana pekerja ladang sendiri yang ramai untuk membantu mengikat kerbau. 


Selalunya kerbau jenis buruh ini tidak sama seperti kerbau dibela untuk daging. Jadi tiada kandang atau celong atau pasung yang tetap. Yang ada jenis portable atau mudah alih. Dan juga kerbau ini bukannya berkumpul satu tempat tau! Kerbau ini berterabur di seluruh ladang ini. Jadi pihak ladang akan kumpulkan beberapa kawasan atau divisyen berhampiran di satu tempat. Jadi boleh mengurangkan tempat. Daripada 10 tempat jika dikumpulkan berperingkat, jadi 2 atau 3 tempat sahaja. Jadi tidaklah kami perlu bergerak setiap masa. 



Untuk ladang ini, ada 56 ekor kerbau yang dibahagi kepada 2 tempat sahaja. Kami sampai ke tempat pertama dalam pukul 10 pagi. Dan seperti biasa, masing masing mengambil giliran untuk dimasukkan ke dalam celong. Suasa meriah juga kerana kebanyakkan tuan kerbau ini bukan orang Malaysia. Jadi pelbagai bahasa keluar. Ada rupa seperti Toi AF dan Hero Duda Terlajak Laris tau! Hahaha..



Mesti ada yang tertunggu, mana aksi kerbau ber"Gimnastik" kan? Ha, masa ini, cik en hanya rakam untuk kegunaan pejabat sahaja tapi tak sangka masa ini kerbau mengeluarkan bakat terpendam mereka. Selalunya tak sempat rakam tapi kali ini cik en rakam. Boleh tengok video dibawah ini


Ini suasana biasa bagi kami, cuma sesiapa yang baru pertama kali lihat mungkin akan sebut wow! Sebenarnya banyak faktor kenapa kes diatas terjadi. Faktor celong yang tidak kukuh, celong yang tidka mengikut spesifikasi yang betul dan yang penting cara mengekang atau mengikat kerbau. Cara ikatan kerbau dan cara ikatan lembu berbeza. Kerbau perlu diberi perhatian pada tanduk jadi kena ikat tanduk dan pengambilan sampel darah selalu dibahagian leher jadi perlu diikat dengan kemas, kalau tidak, kena tanduk la orang yang mengampel sampel darah. 

Kami selesai tempat pertama dalam pukul 1 tengah hari. Pergi ke tempat kedua kami habis dalam pukul 5 petang. Masa ini bergantung pada keadaan kerbau. Kalau beri kerjasama sekejap je. kalau macam kes video diatas seekor boleh makan masa 30 minit. So sampai kat sini dulu cerita mengenai aktiviti cik en hari ini. Insyallah esok cik en akan jalani latihan badminton untuk mewakili jabatan veterinar negeri di Program Kecemerlangan Diri yang akan di buat di UITM Shah Alam lepas raya ini. Assalamualaikum semua. Rehat dulu..

Doa Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Doa Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan | Bulan Ramadan tidak lama lagi, mungkin ada yang lupa niat berpuasa sebabnya setahun meninggalkannya. Jadi mari kita memperbetulkan dan mengingati semula doa niat berpuasa di bulan ramadan

sumber dari mysumber.my
Alhamdulillah, diharap memberi manfaat kepada semua. Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2016 dari cik en dan blog nurfuzie.com

2016-05-24

Cara Potong Kuku Kucing


Cara Potong Kuku Kucing | Kali ini cik en nak kongsikan cara memotong kuku kucing yang betul. Jika kucing yang dibela jenis duduk di dalam sangkar 24 jam, sepatutnya kita perlu memotong kuku kucing. Ini baik untuk kita kendalikan semasa mandi atau grooming mengelakkan kecedaran kepada kita atau kucing itu sendiri. 


Sebelum memotong, pastikan menggunakan penyepit kuku yang diatas sahaja, jangan guna gunting atau alat yang lain. Gunting boleh dibeli di kedai haiwan dan banyak jenis yang bersesuaian dengan kucing atau anjing. 


Rujuk gambar diatas dan harap dapat membayangkan keadaan kuku kucing, Jangan terlalu rapat sebabnya terdapat daging bawah kuku yang boleh menyebabkan pendarahan. Masih tidak jelas? Rujuk gambar di bawah ini



Jika tak berani untuk memotong atau kucing sememangnya jenis yang bebas dan susah untuk memotong kuku, tak perlulah risau sebabnya mereka akan mencari kayu atau pokok untuk trim kuku mereka sendiri. Ada juga dijual di petshop alat untuk kucing mencakar atau boleh letakkan kayu di dalam sangkar mereka. 


Tapi cik en tidak sokong sekali penggunaan sarung kuku kucing macam diatas ini. Banyak keburukan dari kebaikan. Cuba bayangkan kalau kucing yang pakai sarung kuku diserang oleh kucing lain semasa kita tiada di rumah, semestinya kucing kita akan kalah malah boleh dapat luka yang teruk sebab kucing itu, tak boleh melawan atau mempertahankan diri. Begitu juga kalau kucing kita hendak memanjat atau terjatuh, kuku mereka yang boleh mencengkam tidak dapat digunakan. Disebabkan kita sayangkan sofa, kucing kita menjadi mangsa. Jadi belajar untuk memotong kuku kucing atau biarkan mereka trim kuku mereka sendiri.

Review Blog Faimarstory


Review Blog Faimarstory | Berlatakarkan vintage dan pinkish ini menjadikan blog milik Marini nampak klasik di mata cik en. Mencari juga about me yang lebih lengkap tapi cik en tidak jumpa cuma maklumat ringkas Marini di sebelah kanan blog. Marini yang berumur 19 tahun merupakan pelajar KPTM Kuantan dalam Diploma Perakauan. Meletakkan nama blog Farmar Blog dan mengemari menonton filem seram dan kartun, hantu games, lovenovelholic dan suka nyum nyum makan. Macam sama je dengan cik en kecuali tengok movie dan membaca novel cinta. 

Novel ini bermula pada tahun 6 Ogos 2013 dan sederhana aktif sebabnya sepanjang blog Faimarstory diwujudkan, hanya terdapat 73 buah entri sahaja. Jom kita terjah Blog Faimarstory yang menggunakan tagline "Ketika Allah Inginkan Dua Hati Bertemu, Dia Akan Mengerakkan Kedua Duanya Dan Tidak Hanya Salah Satu" di SINI

FIT MALAYSIA | FM RUN PERAK 2016


FIT MALAYSIA | FM RUN PERAK 2016 | Alhamdulilah, cik en pertama kali bakal menyertai larian yang dianjurkan oleh Fit Malaysia. Kebetulan di buat di daerah kelahiran cik en , Kuala Kangsar. Mulanya cik en sendiri tidak tahu, tapi rakan cik en yang join Hiking Gunung Irau , Kak Zulia inform yang ada larian di Kuala Kangsar, cik en rasa tertarik. Dan cik en peru daftar online. Bila disemak, FOC, Free Of Charge atau Percuma. Apa lagi terus cik en daftarkan diri untuk ketogeri 5KM. Sebelum ini di buat di Pulau Pinang dan selepas Kuala Kangsar akan dibuat Di Batu Pahat Johor. Untuk di Kuala Kangsar, ini butirannya

Venue
Dataran Pavillion 33000 Kuala Kangsar Perak

Begin
Sun, 29 May 2016 07:30 AM

End
Sun, 29 May 2016 12:00 PM

Closing
Wed, 25 May 2016 11:30 PM

Attendee
1,198

Category
RM0.00 - 5KM - OPEN
RM0.00 - 10KM - MEN OPEN
RM0.00 - 10KM - WOMEN OPEN
Untuk tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk laman web Rainbow Jersey Events. Kalau events ini dekat dengan kawasan korang, bolehlah sertai. Lagipun boleh beramah mesra sambil keluarkan peluh..

2016-05-23

8 Haiwan Yang Dimakan Hidup Hidup


8 Haiwan Yang Dimakan Hidup Hidup  | Ada haiwan yang dimakan hidup hidup untuk menikmati kesegaran dan ada untuk kesihatan. Cik en kongsikan 8 haiwan yang dimakan dalam keadaan hidup yang popular dimakan di seluruh dunia. Di Malaysia, ada juga yang makan secara hidup tapi untuk orang Islam dan Melayu, rasanya tak ada yang sanggup makan haiwan di bawah ini dalam keadaan hidup dan ada yang haram dimakan. Jom kita tengok haiwan apa dimakan secara hidup. 
  • Kelawar ( Fruit Bat Soup)

  • Katak (Frog Shashimi)

  • Udang Lompat (Jumping Shrimp)



  • Semut Api (Chilled Ants)
  • Cacing (Worm Cheese)

  • Sotong (Squirming Octopus)

  • Ikan (Breathing Fish)

  • Landak Laut (Sea Urchin)

Dan sepanjang entry ini ditaip cik en dah beberapa kali muntah. Mungkin cik en membayangkan cik en yang makan. Haha. Jadi sesiapa yang tengah makan, sila abaikan entri ini ye.( Haha..pesanan terlewat sebenarnya ini. hahaha
sumber

2016-05-21

Bahasa Veterinar VS Bahasa Melayu


Bahasa Veterinar VS Bahasa Melayu Cik en nak kongsikan sedikit bahasa veterinar atau dipanggil Veterinary Terms yang biasa digunakan oleh cik en.

  • Bovine - Lembu
  • Caprine - Kambing
  • Ovine - Bebiri
  • Porcine - Babi
  • Feline - Kucing
  • Canine - Anjing
  • Avian - Unggas (Itik, Ayam, Burung dan Puyuh)
  • Equine - Kuda
Lepas ini bolehlah gunakan ayat "Feline aku dah beranak la".. Haha. Nampak cool kan? sebab tu kalau dalam penyakit penyakit, ada sebahagian Vet Term ini digunakan untuk nama penyakit. Contoh

  • Feline Leukemia Virus (FLV) - kucing 
  • Canine Distemper Virus - anjing
  • Avian Influenza - Unggas
Veterinary Term ini wajib di ketahui oleh semua yang terlibat dalam bidang ini. Sebabnya kebanyakan sumber rujukan di dalam manual veterinary atau merck veterinary manual menggunakan vet term di atas ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads