www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2016-01-31

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

TAMAT

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak perlu hendak copy banner atau downlond ye, hanya copy coding di bawah dan paste di bahagian HTML entry yang bertajuk
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink 


settle? Publish dan komen url entri penyertaan anda di ruangan komen entri Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink ini sahaja ye. Diharap semuanya jujur dalam follow segala syarat ye.

2016-01-29

Resepi Nasi Lemuni Kuala Kangsar


Resepi Nasi Lemuni Kuala Kangsar | Nasi Lemak Lemuni atau Nasi Lemuni amat popular di sebelah utara Malaysia. Makanan yang berkhasiat kerana mempunyai ulam Lemuni. Ulam ulaman merupakan awet muda bagi tubuh badan kita. Ini resepi nya

Bahan Bahan
Pucuk Lemuni 
Beras yang telah dicuci
Santan (Pati + air)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Serai 
Daun Pandan
Halba
Garam secukup rasa

Cara - Cara

  1. Kisar Pucuk Lemuni dengan air. Toskan dan ambik air lemuni sahaja
  2. Bawang Merah, Bawang putih, Halia dan halba dipotong halus atau kisarkan di masukkan kedalam periuk bersama beras
  3. Masukkan air lemuni, Santan, Serai, dan daun pandan dan garam secukup rasa, 
  4. Tunggu sehingga nasi masak
  5. Boleh hidangkan dengan ayam merah, atau seperti awas awas nasi lemak.
Kuantiti air bergantung kepada kebiasaan yang memasak. ada yang suka nasi lembik ada yang nasi sedang sedang lembikya

World Of Wonders (WOW) Tahun Melawat Perak 2017


World Of Wonders (WOW) Tahun Melawat Perak 2017 | Tahun 2017 menyaksikan perak sebagai tuan rumah. Walaupun baru Januari 2016, pelbagai usaha dilakukan untuk mempromosikan Perak. WOW atau World Of Wonder menjadi tagline untuk Tahun Melawat Perak 2017.

Apakah yang dimaksudkan dengan WOW?

WOW adalah tema pelancongan yang bermaksud 'World of Wonders' dengan menyenaraikan 10 ikon pelancongan Perak dengan 6 kluster berbeza mengikut kekuatan, keunikan dan keistimewaan produk pelancongan tersebut di seluruh Negeri Perak.

10 ikon tersebut adalah : 
  1. Gua Tempurung 
  2. Ipoh
  3. Pulau Pangkor 
  4. Kuala Kangsar
  5. Royal Belum
  6. Pulau Orang Utan, Taiping
  7. Zoo Taiping & Night Safari
  8. Matang Mangrove, Taiping 
  9. Felda Hotspring Sg Klah
  10. Lenggong
Tourism Perak mewar warkan untuk bersama-sama meng'hastag' #wow #worldofwonders ke mana sahaja lokasi, aktiviti, tempat makan atau apa sahaja yang korang semua pergi di sekitar Perak. Gambar menarik akan dipilih menjadi latar belakang utama facebook Tourism Perak. Oleh itu, follow Tourism Perak di IG - tourismperak !

Jadi jika korang datang ke Perak, dan ada tangkap gambar kenangan yang cun atau makanan yang menjadi lambang Negeri Perak, jom sama sama hastag #wow #worldofwonders. Cik en nampaknya kena jalan jalan di kuala kangsar untuk dapatkan gambar yang cantik cantik untuk membantu mempromosikan Negeri Perak umumnya dan Kuala Kangsar khasnya. Anak Jati Kuala Kangsar la katakan. 

2016-01-28

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Januari 2016)

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Januari 2016) | Untuk Januari 2016 ini, cik en keluarkan lebih awal sebelum 31 Januari. Apa pun cik en masih tidak boleh nak kekalkan graf yang baik seperti Disember 2015. Cuma Bagi Alexa Traffic Ranks ada peningkatan dari Global dan Malaysia.



November 2015
Global Rank : 703,349
Rank In Malaysia : 4,482

Disember 2015
Global Rank : 638,346
Rank In Malaysia : 5,771

Januari 2016 (28 Januari)
Global Rank : 477,055
Rank In Malaysia :4,155

Semangat 2016 ini ingin mengekalkan dan peningkatan prestasi blog membuahkan hasil dari segi ranking alexa.

Cara Sejukkan Diri Di Musim Panas


Cara Sejukkan Diri Di Musim Panas | Musim Panas di Malaysia dijangka akan berlanjutan sehingga Mac 2016. Jadi perbanyakkan minum air dan kurangkan aktiviti dibawah terik matahari. Yang ini salah satu untuk sejukkan diri di musim panas.

Apa apa keraplah minum air masak dan mandi ye kawan kawan.

DIY Rumah Kucing


DIY Rumah Kucing | Rumah kucing ini cik en buat semasa peah (kucing kesayangan cik en) hendak beranak. Menggunakan konsep "kenapa kucing obses dengan kotak", cik en menggunakan kreatif yang ada untuk jadikan rumah sementara untuk anak anak peah dan bagi keselasaan peah untuk brestfeeding. 

2016-01-27

Jadual Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) 2016


Jadual Cabutan SSP 2016 | Sijil Simpanan Premium atau SSP Bank Simpanan Nasional boleh dimenang lebih kurang purata 26,000 pemenang setiap bulan. Untuk makluman semua, terdapat 143 kali cabutan setahun. Cabutan juga secara mingguan, bulanan dan tahunan serta cabutan tempatan di setiap negeri. 

Cabutan Bulanan Januari 2016
  1. Hadiah Pertama : BMW 520i  x 1
  2. Hadiah Ke-2  : SSP RM5,000 x 10
  3. Hadiah Ke-3 : SSP RM500 x 50
  4. Hadiah Ke-4 : SSP RM100 x 500
Cabutan Tempatan Januari 2016
  1. Hadiah Pertama : PERODUA AXIA (GIGZ Std) x 13
  2. Hadiah Ke-2  : SSP RM500 (20 x 13 Negeri) x 260
  3. Hadiah Ke-3 : SSP RM50 (500 x 13 Negeri) x 6,500
Dibawah adalah kalendar dan Jadual Cabutan SSP untuk tahun 2016



Klik Sini

Segmen irrayyan | Sejarah Blog Nurfuzie.Com


Segmen irrayyan | Sejarah Blog Nurfuzie.Com | Blog ini dicipta pada Januari 2010 dan bermula mengeluarkan entri pertama pada 19 Januari 2010. Kalau tidak silap, pada masa ini cik en mula bekerja sebagai kerana am operasi di salah satu syarikat swasta. Oleh kerana excited dapat komputer, cik en membuat blog untuk berkarya . Sebenanrnya sebelum dari itu cik en pernah membuat blog pada 2007 lagi cuma masa itu cik en sudah lupa password. www.nurfuzie.com mula ditukarkan dari www.nurfuzie.blogspot.com pada 10 Februari 2012 jam 1 petang. 



Pada mulanya ianya hanya berkisarkan 100% peribadi , Setelah bekerja sebagai pembantu veterinar pada Januari 2011, dan selalu menjadi rujukan untuk rawatan dan akhirnya mendapat idea untuk bercerita mengenai aktiviti veterinar, rawatan dan tips berkaitan haiwan terutama kucing. segala perkongsian kebanyakkan pengalaman di ladang ternakan dan klinik veterinar. Selain itu, ada juga diselit entri berkisar Lifestyle, Personal, Kesihatan, Veterinar, Wanita, Informasi, SEO, Tutorial, Tips, Advertorial dan Hiburan Masa kini

Sejak kebelakangan ini terdapat ramai pencinta kucing, anjing dan penternak peternak muda bagi ternakan ruminan. Tidak banyak blog yang berbahasa melayu, berkongsi tips, masalah dan rawatan mengenai veterinar. Jika ada pun, mungkin bukan seorang yang bekerja di dalam bidang veterinar atau menggunakan bahasa vet yang mungkin kurang difahami oleh pembaca. Jadi cik en gunakan apa yang cik en dapat, pengalaman dan ilmu untuk memberi kesedaran dan info veterinar dan menerangkan menggunakan bahasa mudah tapi masih sama maksud dengan bahasa vet. ada juga yang mengeluh mengenai kos rawatan veterinar yang sedia maklum agak tinggi. jadi dengan tips dan info yang cik en beri dapat mencegah haiwan daripada sakit atau merebak menjadi lebih teruk (rawatan awal).

Ini serba sedikit sejarah blog cik en. Ada sebahagian yang cik en ambik dari ayat yang cik en hantar untuk Berita Harian 

2016-01-26

Kucing Obesiti Di Klinik Cik EN


Kucing Obesiti Di Klinik Cik EN | Semua mengimpikan kucing yang gemuk, gebu dan manja. Ada sesetengah pelanggan cik en akan merungut "kenapa kucing saya kurus? kucing orang lain gemok gemok". Banyak sebenarnya faktor kenapa sesetengah kucing gemuk dan obesiti tapi kebanyakkan kerana telah dimandulkan. Ada juga kucing yang tidak dimandulkan mempunyai berat lebih dari 6 kg. Faktor pemakanan dan menjaga jadual ubat cacing memainkan peranan utama kenapa kucing boleh gemuk. Untuk kali ini, cik en tidak akan terangkan pemakanan atau diet yang terbaik untuk kucing cuma hendak kongsikan kucing yang obesiti yang selalu datang ke klinik cik en. Kucing dibawah ini adalah kucing betina kepunyaan pelanggan cina. 



Kucing ini dimiliki oleh pak cik dan makcik Melayu dan cik en terima kunjungan kucing ini hampir 3 tahun lepas.




Gemuk kan? berat kucing kucing ini 6 kilogram ke atas, Mereka datang selalunya untuk rutin vaksin dan ubat cacing.

Kimchi Ubat Barah?


Kimchi Ubat Barah? | Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae(Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."

Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain. Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.

Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.

Di Korea dikenal peti ais khusus untuk kimchi. Sebahagian besar orang Korea membuat kimchi dalam jumlah yang banyak ketika penuaian sawi putih ketika musim sejuksehingga memerlukan peti ais khas untuk menyimpan kimchi selama setahun.Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.

Untuk resepi boleh rujuk SINI

2016-01-24

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 30


Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 30 | Anugerah Juara Lagu berentap di peringkat final pada 24 Januari 2016 dengan 12 lagu. 12 lagu yang layak ke final adalah Sampai Mati (Hazama), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff ft Justin), Potret (Akim & The Majistret), Malam Ini KIta Punya ( Bunkface), Knock Knock (Elizabeth Tan), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Not For Seal (Stacy ft Altimet), Biarkan (Drama Band), Hanya Namamu (Caliph Busker), Angin Kencang (Noh Salleh), Mana Mungkin (Black), Tak Pernah Menyerah ( Dayang Nurfaizah). 

Pemenangnya Anugerah Juara Lagu ke 30 adalah

Tempat Pertama : Potret (Akim & The Majistret)
Tempat Kedua : Assalamualaikum (Faizal Tahir)
Tempat Ketiga : Hanya Namamu (Caliph Busker)
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah
Persembahan Terbaik : Potret (Akim & The Majistret)

Tahniah untuk semua pemenang

2016-01-21

Kucing Di PTS Yang Masih Hidup


Kucing Di PTS Yang Masih Hidup | PTS adalah "put to sleep" atau bahasa mudahnya matikan. Kucing yang bernama Parkinson ini telah disyaki mendapat sporotrichosis  lebih kurang 2 tahun dahulu. Jadi perbincangan antara staf klinik dan tuan Parkinson telah memutuskan untuk PTS kan parkinson diatas faktor keselamatan kucing kucing yang lain. Prosedur PTS telah dijalankan dan untuk pengetahuan umum, tiada sebarang penyeksaan terhadap kucing kerana ianya buat tepat dijantung dan akan mati On The Spot. Tapi untuk kes Parkinson, tuan Parkinson ingin bawak balik dan tanamkan sendiri. Apabila balik, Parkinson masih bernyawa dan mereka membatalkan untuk menanam dan membiarkan semalaman. Keesokkan harinya Parkinson jadi cergas dan menjalani kehidupan yang normal sehingga saat cik en menulis entri ini. Parkinson semakin gemuk dan comel. Ini merupakab kes ke 2 yang cik en dengar di klinik cik en mengenai kes PTS tapi hidup dan sembuh sepenuhnya dari kes sporo. 


Kes seperti Parkinson ini mungkin ada 1 dalam sejuta. Tapi bagi cik en sepanjang menjadi Pembantu veterinar, ini merupakan kucing ke 2 yang selamat. Mungkin ada faktor lain, tapi apa yang cik en percaya KEKUASAAN ALLAH. DIA yang menghidupkan dan dia juga yang mampu MEMATIKAN. Ada rawatan untuk sporo ini dan boleh lihat entri Rawatan Kes Sporo Kucing.

2016-01-20

Pinjaman Pengajian Tinggi Perak 2016 Dibuka Sekarang!


Pinjaman Pengajian Tinggi Perak 2016 Dibuka Sekarang | Berita Baik bagi sesiapa  yang ingin melanjutkan kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. Pinjaman Pengajian Tinggi Perak telah membuka permohonan bermula 3 Januari 2016 sehingga 31 Mac 2016.

Syarat Syarat
  1. Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak. 
  2. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun. 
  3. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun. 
  4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. (Sila lihat senarai IPT yang ditaja) 
  5. Belum menerima pinjaman dari mana-mana pihak. 
  6. Salinan dokumen mestilah diperakui sah. 
  7. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta lewat diterima dari tarikh tutup permohonan akan terbatal dengan sendirinya. 
  8. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya
Institusi yang ditaja

1 AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN
2 ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE AND TECHNOLOGY
3 FLAMINGO INTERNATIONAL COLLEGE
4 INFRASTRUCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR
5 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA
6 INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA
7 INSTITUT PENGANGKUTAN MALAYSIA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 8 INSTITUT SENI PIA
9 INSTITUT TEKNOLOGI PERAK
10 KOLEJ ANTARABANGSA TAJ
11 KOLEJ POLY-TECH MARA
12 KOLEJ PREMIER YAYASAN PERAK
13 KOLEJ TAFE 14 KOLEJ TUANKU ABDUL RAHMAN (KTAR)
15 KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN
16 KOLEJ UGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN (TIDAK DIPAKAI)
17 KOLEJ UNIVERSITI INSFRASTRUKTUR KUALA LUMPUR
18 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
19 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
20 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH
21 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH
22 KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN MALAYSIA (TIDAK DIPAKAI)
23 KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 24 MAHSA 25 MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY 26 MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY
27 MASTERSKILL COLLEGE UNIVERSITY
28 MELAKA MANIPAL MEDICAL COLLEGE
29 MOSCOW MEDICAL UNIVERSITY
30 MULTIMEDIA UNIVERSITY
31 POLITEKNIK SEBERANG PERAI
32 POLITEKNIK BALIK PULAU
33 POLITEKNIK BALIK PULAU (TIDAK DIPAKAI)
34 POLITEKNIK DUNGUN
35 POLITEKNIK JOHOR BAHRU
36 POLITEKNIK KOTA BHARU
37 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
38 POLITEKNIK KULIM
39 POLITEKNIK MELAKA
40 POLITEKNIK MERLIMAU
41 POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR
42 POLITEKNIK MUADZAM SHAH
43 POLITEKNIK NILAI NEGERI SEMBILAN
44 POLITEKNIK PERLIS
45 POLITEKNIK PORT DICKSON
46 POLITEKNIK SABAH
47 POLITEKNIK SABAK BERNAM SELANGOR
48 POLITEKNIK SHAH ALAM
49 POLITEKNIK SULTAN ABD HALIM MUADZAM SHAH
50 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH BEHRANG (TIDAK DIPAKAI)
51 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH, BEHRANG
52 POLITEKNIK SULTAN HJ. AHMAD SHAH
53 POLITEKNIK TANJONG MALIM (TIDAK DIPAKAI)
54 POLITEKNIK UNGKU OMAR
55 QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK
56 ROYAL COLLEGE OF MEDICINE, PERAK
57 SAVEETA UNIVERSITI
58 SUNWAY UNIVERSITI COLLEGE
59 SUNWAY UNIVERSITY COLLEGE (TIDAK DIPAKAI)
60 THE OTOMOTIF COLLEGE
61 UNIVERSITI AL-AZHAR
62 UNIVERSITI AL-BAYT
63 UNIVERSITI BRAWIJAYA
64 UNIVERSITI DARUL IMAN
65 UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
66 UNIVERSITI JORDAN
67 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
68 UNIVERSITI LUAR NEGERI (TIDAK DIPAKAI)
69 UNIVERSITI MALAYA
70 UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
71 UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
72 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
73 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
74 UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
75 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
76 UNIVERSITI METROPOLITAN ASIA
77 UNIVERSITI OF MU`TAH
78 UNIVERSITI OF SHEFFIELD, UK
79 UNIVERSITI OF YAMOUK
80 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
81 UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
82 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
83 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG
84 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TERENGGANU
85 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
86 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KELANTAN
87 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, NIBONG TEBAL
88 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PERAK
89 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG
90 UNIVERSITI SELANGOR
91 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
92 UNIVERSITI SUMATERA UTARA
93 UNIVERSITI TANTA MESIR
94 UNIVERSITI TANTA MESIR (TIDAK DIPAKAI)
95 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
96 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KEDAH
97 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, K.L
98 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, PAHANG
99 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI
100 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA , JOHOR
101 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA , KELANTAN
102 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA , PAHANG
103 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA , PERLIS
104 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA , TERENGGANU
105 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA ,KUALA PILAH.
106 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KEDAH
107 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, MELAKA
108 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PERAK
109 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, PULAU PINANG
110 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SABAH
111 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SARAWAK
112 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SEREMBAN
113 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM
114 UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
115 UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
116 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
117 UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN
118 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
119 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, PAHANG
120 UNIVERSITY MASOURA, MESIR
121 YARMOUK (TIDAK DIPAKAI)

Dokumen yang diperlukan
  1. Borang permohonan atas talian yang dicetak (lengkap diperakui dan disahkan) beserta gambar berukuran pasport. 
  2. Dokumen sokongan yang telah disahkan seperti : 
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa 
    • Salinan Sijil Lahir pemohon, ibu dan bapa 
    • Salinan Sijil Kerakyatan (jika ada) 
    • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT 
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan 
    • Salinan Sijil SPM/MCE dan salinan Sijil-sijil yang setaraf 
    • Salinan Sijil STPM/HSC dan salinan Sijil-sijil yang setaraf (jika ada) 
    • Salinan Sijil Politeknik/Matrikulasi/Asasi Sains (jika ada) 
    • Salinan Diploma/Sarjana Muda/Sarjana (jika ada) 
    • Salinan Penyata Gaji terkini ibu dan bapa 
    • Surat pengesahan telah bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun daripada Penghulu Mukim (bagi pemohon dan ibu atau bapa yang lahir/beralamat di luar Perak) 
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan 
    • Salinan Slip Bank pemohon sebanyak 2 salinan 
** Setiap salinan dokumen perlulah diperakui sah oleh Penghulu, Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) atau Pesuruhjaya Sumpah, Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas.

Boleh daftar secara online di SINI

Cara Mengetahui Beg Wanita Berjenama Original atau Palsu


Cara Bezakan Beg Wanita Original atau Palsu | Fake Or Real For Branded Product. Untuk pencinta atau pengemar mengumpul atau memiliki barangan berjenama seperi LV, Coach, dan sebagainya, korang wajib mengetahui ciri ciri asli yang dikeluarkan oleh barangan berjenama ini untuk mengelak dari ditipu. Bagi cik en ini, cik en sendiri bukannya kaki shopping jadi hanya boleh menambah pengetahuan sahaja. Tidak sangka, berapa lubang jahit pun boleh bezakan yang mana Original atau Palsu. 






















Selamat Ulang Tahun Eintan Nurfuzie 2016


Selamat Ulang Tahun Eintan Nurfuzie 2016 | 16 Januari 2016 yang lepas, genaplah 29 tahun cik en hidup di muka bumi ini. Alhamdullilah diberi peluang untuk bernafas, pastinya dan juga melalui suka dan duka. Kali ini tidak lah sehebat sambutan tahun lepas yang mana 3 kali disambut dan 3 kali makan kek. Hadiah pun sama, bersederhana tahun ini.

Eintan Nurfuzie (bukan nama sebenar) telah dilahirkan pada 16 Januari 1987 di Hospital Daerah Kuala Kangsar. Puteri sulung bagi En Zul dan Puan Saribah. Bersekolah  lebih dari 10 buah sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi. 

  1. tadika kemas kubang pekan kuala kangsar 
  2. s.k bintong perlis 
  3. s.k tambun ipoh 
  4. s.k menora kuala kangsar 
  5. s.k krubong melaka 
  6. smk tinggi perempuan melaka 
  7. smk tun haji abdul malek melaka 
  8. smk malim melaka 
  9. smk kota tinggi johor 
  10. smk alor janggus, kedah 
  11. smk raja perempuan kelsom kuala kangsar 
  12. kolej unikop batu caves (Diiploma Sains) 
  13. Politeknik ungku omar

Selepas menganggur selama 6 bulan, terus bekerja di :
  1. Kerani Syarikat Kuari
  2. Managemant Trainee 7 Eleven
  3. Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SP)
  4. Pembantu Veterinar
Dan tahun yang ke 29 ini, status masih lagi bujang. Jika ada rezeki tahun ini, mungkin akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Mungkin okey. Jika diizinkan. Ini serba sedikit insan yang bernama Eintan Nurfuzie. 


Hadiah diatas adalah advance present dari BFF, Nuoi Tomey. Dia beri sehari awal. Thank you dear!

Yang ini pula diberioleh seseorang. Mekasih U. I hargai sangat apa yang U bagi kat I. Nanti bagi lagi besar na..


Lunch Birthday Girl

 Dinner Nasi Mandi Kambing dari housemate, miss Su..

Terima kasih juga yang ucapkan di Facebook, Whatsup, Wechat dan apa jua aplikasi.Dan atas kesemua pemberian dan diharap tahun yang dianggap sweet twenty ini akan lebih maju dalam pelbagai aspek dan ada perubahan yang lebih baik. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads