www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-10-31

Ramai Yang Pilih Mengundi Make-Up Yang Ini


Ramai Yang Pilih Mengundi Make-Up Yang Ini | Pagi tadi cik en ada la compare 3 jenis makeup yang cik en pernah apply. So far tidak la makeup yang tebal cuma makeup yang simple seperti makeup base, eyeliner, blusher dan lipstick. Sesuai untuk dipakai setiap masa. Jadi cik en cuba bertanya kepada rakan sosial cik en di Instagram Personal dan Facebook Personal cik en. Tak sangka ianya mendapat responsen ( ala ala undian gitu) yang memberansangkan. So cik en akaan buat dalam bentuk percent okey. Responden sebanyak 45 orang dan masa undian bermula 1.00 petang hingga 9 malam. 

2 %
.
.
.
.
.
.


71 %
.
.
.
.
.
.


16 %
.
.
.
.
.
.


11 % 
.
.
.
.
.
.

 memilih lebih dari 1 jawapan.

Jadi ramai yang memilih no 2 yang mana makeup lebih Beauty Look. Yang ini cik en menggunakan Essence Pure Nude Make-Up code 10 pure beige, Blusher Daiso ,  Moisture Boost Lipcolor Balm Code 01 Latte Silkygirl,  Essence Waterproof multi-effect mascara, Masterliner Maybelline. Simple Make-up tapi sesuai untuk semua keadaan. 

2016-10-30

Lagu Gegar Vaganza 2016 Minggu Ke 4


Lagu Gegar Vaganza 2016 Minggu Ke 4 | Gegar vaganza 2016 menampilkan penyanyi Ameng, Azharina, Elly Mazlein, G-Mie (Screen), Intan Sharafina, Nora, Siti Sarah, Razis Ismail, Rem, Shidi (Data), Siti Sarah, Zarul dan Zur Eda telah masuk minggu ke 4. 

Tugasan mereka untuk minggu ke 3 adalah :

  1. Ameng - Nilai Cinta duet Siti Nordiana
  2. Azharina - Doa Buat Kekasih duet Haleeda 
  3. Elly Mazlein - Jangan Menangis Sayang duet Acong
  4. G-Mie (Screen) - Pada Syurga Di Wajahmu duet Nizam
  5. Intan Sharafina - Aku Yang Tersakiti duet Razis
  6. Nora - Terlanjur Cinta duet Ayai
  7. Razis Ismail - TERSINGKIR
  8. Rem - TERSINGKIR
  9. Shidi (Data) - Lamunan Terhenti duet Ezylnn
  10. Siti Sarah -  Bunga Angkasa duet Rahmad 
  11. Zarul - Lelaki Ini duet Faradhiya
  12. Zur Eda - Rindu Bayangan duet Mamat
  13. Nabil dan Jihan - Bukan Superstar
Penyingkiran
  1.  Razis Ismail (Minggu Ke 2)
  2. Rem ( Minggu Ke 3)
Terbalik Paling Menyegat (minggu 3) - Zarul

3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri


3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs Buat Kulit Sihat Dan Berseri | Kulit sihat tapi kusam dan tak berseri selalu jadi masalah kepada wanita yang bekerjaya di luar pejabat. Sinaran UV yang berlebihan buat kulit jadi pudar. Dan itulah masalah cik en. Muka bebas jerawat, bersih tapi gelap, kusam dan tak bermaya. Sedangkan kulit asal cik en sawo matang. Kebetulan dah mula berganjak umur 30 an ini. Banyak sel sel sihat dah mula hilang. Kalau semata mata menggunakan krim siang, foundation atau mekap, semua itu tak mampu merawat. Jadi korang perlukan serum yang terbaik untuk merawat kulit korang dari dalam. 

Cik en nak kongsi sikit penggunaan satu serum ini. Hampir 2 minggu cik en gunakan. Rasa kulit muka glowing dan bersih. Muka pun nampak seri. Meh nak tunjuk bukti dulu. Kalau tak korang tak percaya kan? 


Perbezaan muka atas dan bawah nampak ketara kan. Atas nampak kusam walaupun menggunakan sedikit bedak compact kan? Bawah nampak lebih berseri dan cerah walaupun memakai sedikit bedak compact sama seperti diatas


Gambar kiri memang tak memakai sebarang make-up sebab sakit gigi. Jadi mood memang tak ada untuk bersiap. Sebelah kanan pula masa team building kursus baru baru ini. Memang tak memakai sebarang makeup juga sebabnya aktiviti kecergasan. Gambar itu juga diambil petang selepas selesai team building. Mungkin ada yang tak nampak jelas kan? Meh cik en belanja lagi gambar terbaru lagi


Nampaknya 3D Gold Stemcell Serum by My Beauty Herbs buat kulit cik en sihat dan berseri walaupun baru 2 minggu penggunaanya. Kalau cik en amalkan sentiasa dan lebih lama semestinya kulit cik en akan lebih berseri seri kan? 


Mesti korang nak tahu, apa yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini sampai boleh buat kulit wajah gebu, muda dan berseri seri serta akan membuat perubahan konsisten dari hari ke hari. 3D Gold Stemcell Serum menggunakan 4 bahan utama :

  1. Pure Argania Stemcell - Fungsinya mengekalkan dan melindungi "stem cell" kulit, mengurangkan sampai 50% kedutan muka, Menganjalkan dan meperbaiki kulit, memberi revijunasi kepada kulit secara mendalam
  2. Hydrolyzed Wheat Protein - Berfungsi memberi nutrisi yang baik sambil melicinkan kulit, mengelakkan kulit terlalu kering dan berminyak.
  3. Lepitiu, Sativum Sprout Extract - Yang ini best sikit dan sesuai untuk yang berkulit putih. Mengilangkan pigmentasi dan menghalangkan pembentukan jeragat
  4. Dermcom - Membantu hasilkan kolagen dan elastisiti yang hilang pada kulit, Meningkatkan pertumbuhan semulajadi sel kulit, Menghasilkan kulit yang segar, ceria dan anjal. Meningkatkan rejuvinasi tekstur kulit dan mengetatkan liang liang pori. 
  5. Selain itu diperkaya dengan Sodium Hyaluronic, Arginine, Squalane, Olea Europaea(Olive) Fruit Oil, Aloe Barbadensis Extract, Vitamin C dan E, Malus Extract, Solar Vitis dan Gold Dusk. 
Fuh banyak kan bahan bahan yang ada dalam 3D Gold Stemcell Serum ini. Kira lengkap semua. dari treatment dalaman dan luaran. Sesuai untuk semua kulit. Selain apa yang cik en nyatakan di atas, 3D Gold Stemcell Serum ini juga boleh

  • Cara hilangkan parut hitam
  • Cara nak hilangkan jeragat
  • Kecutkan jerawat
  • Nak kulit flawless
  • Dapatkan kulit tona sekata
  • Kecilkan liang pori
  • Petua kulit flawless
  • Cara melembapkan kulit muka
  • Anjalkan kulit muka
  • Kawal minyak muka
  • Cerahkan kulit wajah
  • Tegangkan kulit muka yang menggeleber
  • Hilangkan gelap bawah mata
  • Melindungi kulit dari sinaran UV
  • Cara hilangkan garis halus dan kedutan muka
Banyakkan kegunaannya. Tekstur dia pun lembut dan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Bila apply ianya meresap terus tanpa perlu nak tunggu lama. Aturan pemakaiannya selepas apply toner, bolehlah apply serum dan seterusnya korang boleh pakai foundation atau bedak. Mudah sangat kan? Cik en pakai waktu pagi untuk ke kerja dan malam sebelum apply krim malam. Berminat? Ini detailnya

Harga 
RM 150 (SM) | RM 159 (SS)
Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai RM 69.90

Untuk Pembelian boleh hubungi 
+6011 28090446
Facebook : My Beauty Herbs HQ
Instagram : My Beauty Herbs HQ

Korang boleh juga rujuk sini untuk penerangan lebih lanjut mengenai 3D Gold Stemcell Serum ini

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS



Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs :  Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




2016-10-29

Rakyat Perak Akan Cuti Setiap Jumaat Pertama Bulan November


Rakyat Perak Akan Cuti Setiap Jumaat Pertama Bulan November | Rakyat Perak akan meraikan ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada hari jumaat, minggu pertama bulan November bermula tahun ini. Titah Sultan Nazrin ini dipertimbang dengan teliti dan dengan persetujuan Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 164 yang bersidang pada 20 November 2015 lagi. Jadi untuk tahun ini 2016, Perak akan meraikan pada 4 November. Alhamdulillah, semestinya ada sebab kenapa Sultan Perak menginginkan hari jumaat setiap bulan November sebagai hari meraikan hari keputeraan baginda. Sebagai rakyat Perak, cik en rasa bertuah di kurniakan Sultan yang mempunyai akhlak dan ilmu agama yang tinggi. 

2016-10-28

Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu


Pertama Kali Mencuba Lipstick Bewarna Ungu | Lipstick ungu?? Warna yang tak pernah cik en cuba semenjak dahulu lagi. Warna yang agak naughty ini sememangnya bukan warna pilihan cik en. Tapi kenapa cik en memilih warna ini sekarang ini? Semuanya kerana aplikasi Snow di Play Store yang mana ada pilihan aplikasi yang ini 


Nampak gothic kan? Hahaha. Macam terbekenan pula dengan lipstick begitu. Jadi petang itu cik en ke Watson Sitiawan dan cari warna seakan akan warna itu tapi tak ada. Ada satu lipstick dari Maybelline Colorshow Madly Magenta Creamy Matte Lipcolor code M402 yang menarik perhatian cik en . Harga RM 18.97 . Murah kan? Tetiba jadi obses dengan warna camni. Jenuh la.. hahahah.. Cuba kongsi warna warna lipstick yang korang pakai lani. Lengkap dengan code dan jenama. Boleh cik en mencari nanti. Kalau berkenan boleh lah beli. Hahahaha

2016-10-27

12 Tahun Menanggung Masalah Fungas Dan Semakin Hilang Dengan Spray 8


12 Tahun Menanggung Masalah Fungas Dan Ianya Semakin Hilang Dengan Semburan Spray 8  | 12 tahun bukan satu jangka masa yang pendek untuk menanggung masalah kulit lebih lebih lagi di bahagian yang terbuka seperti sebelah atas tapak kaki. Kalau nak mengayakan kasut bertumit tinggi ke party atau majlis makan, semestinya susah untuk cik en cari kasut yang bertutup sebabnya kebanyakkan kasut trend terkini lebih simple dengan tali atau terbuka. Kalau shopping sandal dan heels, cik en tak berani nak membeli sebarangan. Takut menampakkan bahagian fungas ini. Nak tahu keadaan fungas cik en yang cik en hidapi sejak berumur 17 tahun lagi? Tengok di bawah ini


Dulu tak la sebesar ini, kecil dan tidak nampak sangat. Kalau cik en makan seafood, ayam atau ikan yang gatal, semestinya sedap sangat cik en mengaru, sampaikan berdarah darah. Sekarang dah bekerja, macam macam ubat cik en guna, dari satu farmasi ke farmasi yang lain. Urmm.. guess what, sekejap je dan cik en ini jenis malas dan kerap lupa untuk letak ubat krim. Ubat makan seperti tablet dan kapsul pun tak dapat membantu cik en. 

Sampailah cik en mencuba Spray 8 dari Furley Bioextracts ini. Cik en displinkan diri untuk guna sekerap yang mungkin dalam jangka masa 2 minggu. Bau Spray 8 ini macam bau manggis dan sebenarnya Spray 8 ini menggunakan bahan utama dari ekstrak kulit manggis yang berfungsi anti radang atau anti-inflammatory. Patut la bau dia wangi semacam. Selain itu ada ekstrak daun semambu atau neem. Sememangnya neem sangat berkesan dalam analgestic, anti-bakteria dan anti fungas sendiri. Dan tengok tak perubahan kaki cik en walaupun cik en gunakan baru 2 minggu. Macam ini la..


Nampak tak? Fungas dah mula kering, mengecil dan nampak kemerahan. Kemerahan itu tanda kulit dan semakin sihat. Wow! Berjaya juga cik en menyelesaikan masalah fungas cik en ini. Susah sebenarnya kulit jenis sentitif dan kering. Dulu pernah jadi di jari tapi berubat kampung saja yang berjaya sembuh. Dan atok yang berubat cik en tu dan meninggal so masalah cik en ini lama la. Memang bagus la produk Spray 8 ini. Tak sangka cik en. Selain itu bahan lain dalam Spray 8 ini seperti berikut

Water (Aqua), DermaXanTM (Garcinia mangostana L. extract), botanical extract (Quercus infectoria, Azadirachta indica, Phyllanthus niruri & Chromolaena odorata), PEG-40 hydrogenated castor oil, vitamin E, 2- phenylethanol, caprylyl glycol, permitted fragrance. 

Spray 8 ini tak susah guna. Just sembur lebih kurang 15cm dari jarak kulit dan ianya akan kering sendiri dalam masa kurang 5 minit. Rasanya sejuk dan sangat selesa selepas menggunakannya. Spray 8 ini juga tak macam produk lain yang kena goncang. Just sembur je terus tanpa perlu di goncang. Sangat senang kan? Spray 8 ini juga sesuai dan sangat berkesan untuk semua jenis luka, melecur, gatal-gatal, ruam serta ianya sesuai dengan semua jenis kulit. Kulit cik en yang sentitif ini pun sesuai, tiada ruam atau masalah kulit yang lain. Dengan trademark "Spray Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas" memang kena la sangat.

Furley Bioextracts yang keluarkan Spray 8 ini cik en nak story sikit merupakan syarikat yang menggunakan buahan manggis sebagai bahan utama untuk produk mereka ini dengan satu tagline "Everyone is looking for safe, all natural product to support the health of their families and themselves - Kelvin Soo, Lab Manager Furley Bioextracts" . Mereka menggunakan bahan semulajadi yang mana kita tahu ianya sangat selamat untuk semua peringkat umur manusia. Syarikat ini juga merupakan Malaysian biotechnology and agriculture yang mengeluarkan produk makanan berfungsi (nutraseutikal), makanan tambahan dan kosmetik (kosmeseutikal) yang berkualiti tinggi. Syarikat ini juga dalah Bio Nexus ( special status awarded to qualified international and Malaysian biotechnology companies ) sejak tahun 2008 lagi dan Menang Most Innovative Award in Biotechnology and Agrotechnology by SME Corporation Malaysia pada tahun 2013

Bagus kan produk ini? Nak tahu harga Spray 8 ini? Korang mesti tak sangka. Sangat berbaloi dan mampu milik. Boleh pakai lama lagi. Ini harga Spray 8

RM50.00 (100ml spray bottle)
RM35.00 (50ml spray bottle) 


Kat mana boleh dapat? korang boleh cari di farmasi berhampiran atau buat pembelian atas talian (online) di http://store.furleybio.com/  . Cik en  recomended sangat sangat produk ini ye. Cik en pakai dan cik en kongsi yang mana bagus dan berkesan. 

2016-10-26

Wangian ENCHANTEUR Menghidupkan Detik - Detik Romantis


Wangian ENCHANTEUR Menghidupkan Detik - Detik Romantis | ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Cik en rasa bertuah sebabnya di pilih untuk mencuba ke tiga tiga jenis wangian ini. Dari dulu Enchanteur merupakan pilihan minyak wangi dan losyen cik en. Faktor mudah didapati dan mampu milik menjadi pilihan rakyat Malaysia


Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.

Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.


Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:

ENCHANTEUR PARIS Mon Amie

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.


ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 

Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour. 


ENCHANTEUR PARIS Adore 

Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.




Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.

Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY

2016-10-25

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu


#PrayForHSA | Terkejut juga cik en baca pagi tadi mengenai kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu. Banyak khabar angin yang ada yang meninggal dunia. Mangsa terdiri daripada pesakit di wad Kecemasan dan ICU dan kakitangan hospital. Dikatakan berlaku litar pintas sehingga terjadi kebakaran. Bomba mendapat panggilan pada jam lebih kurang 8.45 pagi. Apa apa pun kita doakan yang terbaik dan semuanya selamat. Jangan percaya sangat khabar angin. Tunggu kenyataan rasmi. Elakkan daripada menyebarkan berita tidak sahih. Alfatihah

2016-10-23

Lagu GegarVaganza 2016 Minggu Ke 3


Lagu Gegar Vaganza 2016 minggu ke 3 | Gegar vaganza 2016 menampilkan penyanyi Ameng, Azharina, Elly Mazlein, G-Mie (Screen), Intan Sharafina, Nora, Siti Sarah, Razis Ismail, Rem, Shidi (Data), Siti Sarah, Zarul dan Zur Eda telah masuk minggu ke 3. 

Tugasan mereka untuk minggu ke 3 bertemakan Ada Bran adalah : 
  1. Ameng - Lelaki Seperti Aku (Aliff Satar)
  2. Azharina - No Women No Cry (Bob Martin) 
  3. Elly Mazlein - Perawan atau Janda (Gita)
  4. G-Mie (Screen) - Seni Berzaman (Tok Ki)
  5. Intan Sharafina - Penantian (Blackrose)
  6. Nora - Sudahku Tahu (Projectar Band)
  7. Razis Ismail - TERSINGKIR
  8. Rem - Penawar Rindu (Orked)
  9. Shidi (Data) - Mengapa Dikenang Mengapa Di fikir (Herman Tino)
  10. Siti Sarah -  Joget Sayang Disayang ( Anita Sarawak)
  11. Zarul - Generasiku (OAG)
  12. Zur Eda - Karma (Cokelat)
  13. Nabil dan Jihan - Sha Nana ( Amy Mastura )
Penyingkiran
  1.  Razis Ismail (Minggu Ke 2)
Vokal Paling Menyegat - Azharina

Cara Beli Siaran Berbayar Di Njoi


Cara Beli Siaran Berbayar Di Njoi | Siapa pengguna Njoi? Njoi adalah satu siaran satelit percuma daripada ASTRO. Perbezaan ASTRO dan NJOI adalah siaran Astro berbayar tapi siaran Njoi percuma. Tapi siaran Njoi terhad seperti 
  1. CH 100
  2. CH 101 - TV 1
  3. CH 102 - TV 2
  4. CH 103 - TV 3
  5. CH 105 - Astro Prima
  6. CH 106 - Astro Oasis
  7. CH 107 - NTV7
  8. CH 114 - Al-Hijrah
  9. CH 118 - Go Shop
  10. CH 119 - TV9
  11. CH 135 - Maya HD
  12. CH 180 - I TV
  13. CH 201 - Astro Vaanival
  14. CH 203
  15. CH 300
  16. CH 301
  17. CH 302
  18. CH 304
  19. CH 318
  20. CH 321
  21. CH 325
  22. CH 334
  23. CH 501 - Astro Awani
  24. CH 502 - Tutor UPSR
  25. CH 601 - Tutor PT3
  26. CH 602 - Tutor SPM
  27. CH 603CH 708 - 8 TV
  28. CH 852 - Ch 871 - 20 siaran radio 
Dan yang lain lain perlu berbayar. Cik en tahun lepas layan Gegar Vaganza menggunakan siaran housemate cik en. Tapi dia dah pindah so tak boleh la cik en nak layan Gegar Vaganza di Astro Ria. Cik en dah 3 tahun menggunakan Njoi ini. Sememangnya masa di rumah terhad so cik en rasa berbaloi ambil Njoi. 

Disebabkan Gegar Vaganza 2016 ini, cik en terpaksa la beli siaran berbayar. Kali ini cik en nak macam mana nak beli siaran berbayar menggunakan Prabayar Njoi. Prabayar Njoi ada bernilai 
  1. RM10
  2. RM20
  3. RM30


Prabayar Njoi boleh didapati di 



Kalau korang beli di outlets, korang akan dapat macam kad prabayar telefon. So caranya 
  1. Goreskan dan dapatkan 16 digit pin code
  2. Taip 111 IC Number / Smartcard Number  16 Digit Pin Code dan SMS ke 33310.
  3. Nanti akan sampai mesej yang baucar anda berjaya diaktifkan dan akan beritahu berapa baki yang ada
  4. Selepas itu korang boleh ke CH 200 (tunggu sekejap sebabnya dia ambil masa untuk display) dan pilih channel yang nak di beli. 
  5. Bila click korang ikut step yang dikeluarkan
Kalau menggunakan banking online, korang perlu masukkan nombor telefon untuk dorang masukkan 16 digit pin code dan buat step macam di atas juga.

Nak tahu berapa harga siaran berbayar ini? Boleh tengok bawah ini









So diharapkan dengan panduan ini boleh bantu kawan kawan cik en yang menggunakan Njoi. Nak tahu ke berapa cik en bayar masa mula mula masuk Njoi. Kalau tak silap RM380 (harga 3 tahun lepas) termasuk piring njoi dan decoder semua. Kalau yang transfer lagi murah sikit. Kalau nak masuk Njoi ini boleh la rujuk NJOI Dealers Nationwide. Dan sekarang pun ada siaran percuma juga kan. Cuma cik en tak layak menerima. Hahha sebab dah check. 

update


2016-10-18

Nak Jadi Blogger? Sanggup Ke Korang....


Nak Jadi Blogger? Sanggup Ke Korang... | Entri kali ini entri santai sebabnya cik en masih dalam minggu kursus. Untuk minggu ini cik en ke Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Kualiti Pengawai Pemeriksaan Pensikilan myGAP Jabatan Perkhidmatan Veterinar kali ke 2 untuk tahun 2016. So bila dah kursus ini, agak terhad untuk cik en ber"karya" dalam blog. 

Tapi cik en bukannya nak bercerita mengenai kursus ini tapi dalam berkursus dapatlah beberapa orang private massanger cik en untuk jadi blogger. Mungkin nampak cik en asyik promosi produk dan ada la sesekali dapat undangan event dan review, so menarik minat mereka untuk jadi sebahagian daripada blogger. So nak cerita la sikit. Nak jadi blogger sangat senang. Korang create blog dan korang boleh gelar diri blogger tapi untuk jadi blogger yang berpengaruh susah sangat sebabnya korang perlu korbankan separuh daripada kehidupan korang yang sekarang ini dan ada yang 90 peratus untuk menjenamakan diri korang sendiri. Nak cerita wang ringgit memang banyak la seperti internet, domain, bil elektrik dan sebagainya, masa korang lagi lagi yang sebagai part time blogger, korang kena settlekan task walaupun masa itu masa korang rehat, korang kena rajin tonjolkan diri di media sosial lebih lebih lagi untuk tarik perhatian PR, korang kerna korbankan masa bercuti korang (kena update blog). 

So janganlah korang anggap apa yang kami ini dapat sekarang ini, hasil sebulan dua. Ada yang berblog dari 2009 lagi dan cik en sendiri bermula 2010. Itu pun selama 4 tahun, blog bersawang tanpa pembaca. Cuma setahun dua ini, dengan usaha melobi diri sendiri dapatlah masuk "paper" , dapat job berbayar, dapat produk percuma dan sebagainya. 

Jadi nasihat cik en, kalau nak jadi blogger, tak salah.. tapi betulkan niat balik. Jangan jadi blogger sebab nak dapatkan income semata mata. Yang jenis macamtu la yang merosakkan nama baik blogger. Sebab apa? sebab dorang buat entri fitnah dan panas untuk dapatkan trafik. Salah tu ye.... 

2016-10-17

Kucing Untuk Dijual Di Kawasan Perak


Kucing Untuk Dijual Di Kawasan Perak | Sesiapa yang berminat untuk membeli kucing berbaka maincoon campuran ( mix maincoon ) dan kucing parsi muka kemek ( Persian Flatface ) di kawasan Perak terutama sekitar Kuala Kangsar, Ipoh, Taiping dan Manjung dengan harga mampu milik bolehlah tengok kucing dibawah ini. 


Gambar diatas 
Code : PF Male
Breed : Persian Flatface non cert
Age : 8 bulan 
Jantina : Jantan


Gambar diatas 
Code : MM Male
Breed : Mix Maincoon
Age : 1 Tahun 3 bulan 
Jantina : Jantan


Gambar diatas 
Code : MM Female
Breed : Mix Maincoon
Age : 8 Bulan 
Jantina : Betina

Kucing diatas ini telah di beri ubat cacing dan vaksin. Harga dan rundingan boleh lah menghubungi : 

Whatsaap 011-11666030 (Ehan)

Boleh Letgo sampai jadi. Owner tinggal di Kuala Kangsar Perak

2016-10-16

Pengalaman Pertama Cabut Gigi Geraham


Pengalaman Pertama Cabut Gigi Geraham | Sesiapa yang ada pengalaman cabut gigi geraham semestinya boleh feel perasaan cik en pada masa ini. Sakitnya tak boleh cik en nak gambarkan macamana. Nama pun gigi geraham, gigi yang paling kuat dalam barisan gigi yang ada dalam mulut kita ini. Rasa menyesal cik en tak tampal gigi hari itu. Sebab sayangkan duit dan nak buat di klinik gigi kerajaan cik en tunda hampir setahun. 

Sebelum ini, kira kira setahun yang lepas, cik en ke klinik pergigian swasta D'Smile di Sitiawan Perak untuk cuci gigi. Sebabnya setiap kali memberus gigi, mesti ada darah. Jadi dengan nasihat kawan kawan cik en pun pergi la cuci. Memang tip top doktor gigi di klinik itu. Lembut dan menenangkan. Selesai, cik en perlu datang semula untuk menampal gigi sebabnya apabila kita buat cuci gigi, segala tampalan perlu dikeluarkan dahulu. Dalam beberapa hari perlu tampal semula. Tapi sebabkan sayangkan duit dan budget kurang, cik en tunda. Sampailah setahun. Cik en mula rasa sakit dibahagian geraham tu tapi abaikan dan rasa boleh baik. Lama lama, dibahagian leher cik en mula membengkak 



Cik en rasa dah mula ada jangkitan berpunca dari gigi yang crack itu. So nak la ke klinik kerajaan untuk tampal. Apabila diperiksa oleh doktor gigi, rupanya inilah cik en dapat. 


Ada nanah di bahagian kaki gigi. Teruk juga, Gigi dah crack sampai ke bawah. Nanah dah penuh dan WAJIB di cabut walaupun gigi masih elok lagi. Alahai.. demi kebaikan cik en memberanikan diri walaupun ini lah kali pertama ke klinik gigi untuk cabut gigi. 

Cik en diberi ubat bius dan dibiarkan sekejap. Dalam 15 minit, cik en dipanggil masuk dan cik en diberitahu, gigi akan di crack kan lebih untuk dicabut berasingan. Rasa la dia pecahkan gigi tu. Dan sampai proses untuk cabut. Arghhhh.. terasa kot! dan cik en diberi sedos lagi ubat bius dan barulah boleh dicabut. Itu pun masa tarik (goyang kanan kiri) tiba tiba dengar "krak". Aduh, gigi yang nak cabut tu terpatah dua. Nasiblah yang tertinggal agak panjang, boleh la tarik. Kalau tak kena surgery la wei!. 

Settle satu bahagian, satu bahagian lagi. Dan Alhamdulillah, berjaya. Tapi doktor beritahu, banyak tisu dah rosak. So cik en terbayang tisu hitam yang selalu cik en buang kalau kucing atau anjing luka teruk. Fuh teruknya! dan doktor pun guntinglah mana tisu yang rosak. Tisu rosak kalau dipotong pun tak sakit sebabnya dah jadi macam daging mati. Selesai semuanya Cik en masih tersenyum, iyelah sebab masih ada rasa ubat bius. Doktor bekalkan paracetamol dan gauze. Cik en balik dengan senyuman lagi

Tak sampai 2 jam, cik en dah mula rasa sakit yang teramat sangat. Kesan ubat bius dah habis. Ya Allah, rasa sakit tu sampaikan cik en menangis tak berhenti henti. Makan Paracetamol pun tak jalan. Hilang dah senyuman manis cik en ni. Lastnya cik en cari ketul ais dan tekap. Dan masa yang sama cik en makan la ubat Prednisolone yang ada di klinik cik en tu. Hihihi. Dan sampailah hari ini hari ketiga cik en masih rasa sakit dan pipi masih bengkak. Nak belanja sikit keadaan dalam mulut cik en ini. Ini cik en rakam sendiri sebab cik en tak puas hati selagi tak tengok. 


Yang hitam itu tisu rosak. Dan ianya akan hilang sendiri nanti. Cik en tak mau buang sendiri lagi sebab nak bagi bahagian itu cukup sihat supaya tidak berdarah lagi. Apa yang cik en rasa sakit tu sebab kesan cabutan gigi dan kesan injectian ubat bius. Seksa weh! Ini baru sakit gigi, macamana la kalau cik en mengandung dan melahirkan anak nanti. Adakah sakitnya camni. Tapi kalau bersalin at least ada anak kan? Yang ini kena buang gigi.. Hahaha

So sesiapa yang rajin terjah blog cik en, dah tahu kenapa lama sangat cik en tak ada story baru. Sebabnya sepanjang cik en sakit ini, cik en tak ada mood langsung. Even upload gambar di Instagram dan Facebook. Tapi sebabkan job, cik en gagahkan juga! Kerja tetap kerja kan? Makan pun dah kurang ini. Ada can nak kuruskan badan. Hahaha..Ok. Jumpa next entry. 

2016-10-12

Name Card Percuma dari Pixajoy


Name Card Percuma dari Pixajoy | Cantik kan design naif dari cik en di atas ini? Inilah name card atau kad nama kedua yang cik en buat untuk blog nurfuzie.com. Sebelum ini cik en tempah dengan blogger maisarah sebanyak 300 keping. Sebenarnya tak habis lagi cuma cik en buat yang baru khas untuk pelanggan yang ingin masuk ke blog dan laman sosial cik en. Nampakkan tiada no telefon?. Yang name card lama ada no telefon dan khas untuk job sahaja.

Sebenarnya cik en grab name card ni sebab FREE. Tengah ada offer di Pixajoy . Design terhad dan terhad untuk 100 keping sahaja. Satu email untuk satu free sahaja. Kalau berminat, boleh la ke www.pixajoy.com.my. Cepat cepat sebelum mereka tutup tawaran ini. 

Happy Apabila Blog Nurfuzie.Com Jadi Rujukan Ramai

Nurfuzie.com

Happy Apabila Blog Nurfuzie.Com Jadi Rujukan Ramai | Seorang blogger akan rasa puas dan bangga apabila blog kesayangan yang dibina bertahun tahun menjadi sumber rujukan orang ramai. Perasaan itu tak boleh digambarkan dan hanya blogger sahaja yang faham perasaan itu. Alhamdulillah, setiap hari ada saja pertanyaan di page nurfuzie.com. Ada juga yang sanggup cari personal facebook untuk bertanya. Selalunya berkaitan rawatan dan tips kucing dan anjing. Pelbagai kaum akan private massanger di page. Ada yang sempat cik en balas ada yang terlepas pandang. Ada juga yang email dan direct massanger di instgram personal cik en. 

Ini antara cik en sempat capture. Yang bawah ini mengenai tempat menarik di kundasang. Sedangkan masa ini, cik en belum habis lagi buat keseluruhan entri di Sabah. Terima kasih kakak yang sudi add friends di facebook.


Yang ini pula, dijadikan sumber rujukan pelanggan di klinik. Akak ini satu jabatan tapi lain lain negeri


Yang ini melalui email dan email ini cik en terlepas pandang untuk balas. Mungkin sibuk atau cik en ter"read" dan terus lupa. 


Dan banyak lagi sebenarnya. Tak boleh nak capture semuanya. Diharap cik en berusaha untuk membantu orang lain dan tak pernah mengharapkan balasan apa apa. Bantuan yang ikhlas untuk membantu orang lain. Terima kasih menyokong cik en dan blog nurfuzie.com! Insyallah cik en akan bagi idea idea dan info yang fresh pada semua orang. Terima kasih sekali lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads