Gunung Irau 4 : Pendakian Yang Mencabar


Gunung Irau 4 : Pendakian Yang Mencabar | Mesti ada yang tidak sabar menunggu entri ini kerana inilah cabaran awal trip Gunung Irau ini. Masih ingat entry Gunung Irau 3 : Pintu Masuk Mossy Forest yang kami terlupa untuk stretching? Tahu kan tanpa stretching sebelum mendaki, kami boleh injured atau kejang kaki (kream). Jom kita layan trip ini seterusnya

Kerana excited untuk mendaki, masing masing seakan terlupa untuk warming up atau stretching. Itulah kesilapan awal kami. Masuk sahaja pintu masuk, kami jumpa dengan tangga kayu dan ada signboard Perak dan Pahang. Rupanya hutan ini bersempadan dengan Perak dan Pahang. Dan di sepanjang laluan, ada pondok pondok kecil. Jadi kami yang mulanya terlupa untuk stretching , kami double check barangan dan stretching. Haha... kami stretching juga sebenarnya.




Selesai semuanya, lebih kurang jam 8.52 pagi, kami meneruskan perjalanan. Tanpa kami (mungkin cik en sahaja kot) sedar , pendakian ini memerlukan kekuatan mental yang sangat kuat beserta stamina yang fit kerana Gunung Irau merupakan gunung dikedudukan di tangga ke 15 Gunung di Malaysia. Dipenghujung tangga kayu ini, kami memulakan cabaran pendakian. Memang kena la nama hutan ini Hutan Berlumut, semuanya berlumut, dari pokok, akar-akar, malah tanah pun berlumut juga. 








Perhatikan setiap gambar diatas, cik en tak tipukan yang kesemuanya berlumut. Nampak juga yang keadaan tanah lembab dan ianya memang keadaan asal kawasan ini. Walaupun tidak hujan, terlalu banyak "choclate moist" dan tidak sah kalau seluar, tangan baju dan tudung berlemuih dengan lumpur tanah ini. Dan dinasihatkan tolong lah pakai sarung tangan, jangan jadi seperti cik en, ada sarung tangan tapi malas nak pakai. Jadilah tangan comot dibawah ini


Pendakian walaupun 800 meter, sudah rasa letih juga kerana perjalanan kami bukannya mudah, kami perlu memanjat, menurun, menarik dan sebagainya. Keadaan muka bumi ini seperti beralun. Naik turun naik turun. Dan juga sebelum memaut sesuatu, pastikan apa yang dipaut seperti akar kayu atau batang kayu kukuh sebabnya ada yang tidak kuat. Salah tarik, boleh jatuh dan injured . 


Sebelum melangkah juga pastikan tempat dipijak kukuh sebabnya ada yang lembut tapi ditutupi oleh lumut. Kayu untuk kita panjat pun kena hati hati sebabnya kayu disini memang licin. Jadi penggunaan kasut perlu bersesuaian. Kasut untuk hiking atau kasut nyonya. Ingat tak entri sebelum ini cik en cerita yang seluar cik en terkoyak? sebelum sampai Anak Irau / Mini Irau, cik en memijak tanah lembut yang ditutupi lumut. Kebetulan ditepi ada tunggul kayu. Jalan jalan dan terbenamlah dan peha sebelah kanan telah terkena tunggul kayu, seluar cik en terkoyak sedikit tapi cik en dapat rasa yang peha cik en dah luka dan mula lebam. Nasib baik cik en bawa seluar ganti, apa lagi, sarung saja. Kalau tidak, rasanya cik en tidak dapat teruskan. Kebetulan cik en bersama rakan megat, Azman jadi dia membantu cik en. Dan sebenarnya, masa kami daki, memang ramai pendaki. Jadi suasana tidaklah sunyi dan bahaya. Sepanjang perjalanan juga ada batu sempadan Pahang Perak dan ianya adalah guide untuk kami selain tanda ikatan dan sighboard.

Rasanya panjang dah entri cik en yang ini, cik en rehatkan dulu la ye, dan terpaksalah kita sambung untuk entry yang seterusnya. Boleh tak? hihi. Entri seterusnya cik en akan bercerita mengenai Mini Irau atau sebelum ini dikenali Anak Irau. 

Entri sebelum ini 
Gunung Irau 4 : Pendakian Sangat Mencabar
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

9 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. MENCABAR SEKALI NAK MENDAKI GUNUNG NI KALAU XKUAT STAMINA MMG LEMBIK.

    ReplyDelete
  2. gunung 15 tertinggi..adoii..lagi mencabar ni!

    ReplyDelete
  3. Nasib baik cik en ambil alternatif bawak seluar extra..kalau idak, mesti tak selesa mendaki dengan seluar koyak..

    ReplyDelete
  4. sekarang dah selalu dengar tentang Gunung Irau. ramai dah post di IG. dan teruja juga siqah nak pergi tapi takde kawan lagi nak pergi. kalau nak pergi, kena pergi ramai2 kan.

    lawa sangat!!

    ReplyDelete
  5. Gunung irau ni trail dia mudah sesat x? kena ade guide ke?

    ReplyDelete
  6. @Amri Anis
    jangan risau sebabnya ramai orang dan nampak laluannya.. dan juga ada papan tanda

    ReplyDelete
  7. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    KHIDMAT GUIDE IRAU BERLESEN
    KHIDMAT KAMI MELIPUTI:

    -Pengurusan permit
    -Laporan Polis
    -Khidmat Guider
    -Kit Perubatan(asas)
    -walkie talkie
    -Khidmat 4x4 ke starting point

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/call

    ReplyDelete
  8. TEBING TINGGI BACKPACKER(FB)
    KHIDMAT GUIDE IRAU BERLESEN
    KHIDMAT KAMI MELIPUTI:

    -Pengurusan permit
    -Laporan Polis
    -Khidmat Guider
    -Kit Perubatan(asas)
    -walkie talkie
    -Khidmat 4x4 ke starting point

    ANDY
    017-9997790
    whataps/sms/call

    ReplyDelete
Previous Post Next Post