www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-04-29

Selamat Hari Veterinar Sedunia 2016

World Vetrinary Day selamat hari veterinar sedunia 2016

Selamat Hari Veterinar Sedunia 2016 | World Veterinary Day (WVD) di sambut setiap hari sabtu terakhir dalam bulan April setiap tahun. Pada 2014, WVD ini disambut pada 26 April 2014, manakala 2015 disambut pada 25 April 2015 dan tahun 2016 disambut pada 30 April 2016. Dikesempatan ini cik en mengucapkan Selamat Hari Veterinar kepada rakan blogger dan juga doktor veterinar, Doktor Rozita , Doktor, pengawai dan rakan rakan veterinar di Jabatan Perkhidmatan Negeri Perak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri negeri lain serta kesemua team veterinar di Malaysia tidak mengira doktor veterinar, pembantu veterinar atau teknikal veterinar yang bekerja di bawah kerajaan atau swasta. Tidak juga lupa kepada semua pelajar pelajar di dalam bidang ini. Jika di luar negera, OIE  (World Organisation For Animal Health) akan mengadakan World Veterinary Day Award 2016 yang bertemakan 2016: Continuing Education with a One Health focus.

Harapan cik en, penghargaan yang di buat untuk menjadikan satu hari sebagai Hari Veterinar Sedunia mampu menberi pemangkin semangat kepada semua veterinarian yang ada di seluruh dunia. Diharap pekerjaan yang mulia ini akan memberi kita closed di kalangan haiwan untuk kita membantu mereka dalam mereka memerlukan. Berbakti kepada makhluk Allah yang tidak diberi kelebihan berkata kata bagi cik en sangat sangat istimewa dan unik.

Selamat Hari Veterinar Sedunia

2016-04-27

Beratus Ulat Keluar Daripada Mata


Beratus Ulat Keluar Daripada Mata | Ulat atau dipanggil maggot adalah sejenis parasit yang memerlukan sumber makanan yang terdapat pada perumahnya. Maggot yang terjadi pada haiwan atau manusia akan menggunakan daging segar untuk terus hidup. Dan jangan terkejut, dalam masa 24 jam sahaja, maggot ini akan membesar 2 kali ganda. Sebabnya ada kes cik en handle , hari ini maggot dia kecil saja tapi esoknya ulatnya dan jadi besar dan boleh menyebabkan daging segar ini mati (rupanya kehitaman). 

Sesiapa yang mengikuti IG cik en, mesti ada melihat gambar dan video mengenai kes yang cik en hendak kongsi dalam entry kali ini. 



Anjing diatas adalah jenis Shih Zhu, dan kes seumpama ini biasa terjadi. Sebabnya bulunya yang panjang dan ada yang tidak menjaga kebersihan, menyebabkan kawasan mata akan luka. Bila luka, bau darah akan dapat dihidu oleh lalat yang membawa telur lalat. Luka anjing ini dibahagian kelopak mata dam alis mata. Nampak membengkak dan wound size dalam 1 cm lebih kurang. Jadi operasinya yang pertama, bulu bulu dipotong dan dicukur seterusnya ulat gemuk yang enak diulit daging segar akan ditarik keluar satu persatu








Yang mana Beratus Ulat Keluar Daripada Mata? Sebenarnya tidaklah di daripada mata betul betul tapi dalam kelopak mata dan kiralah sendiri kalau nak tahu berapa ekor di bawah ini. Ini hanyalah sebahagian sahaja, sebabnya semalam cik en dan menarik beberapa ekor ulat. Cuma apabila melibatkan mata, banyak ubatan dressing yang tidak dapat digunakan jadi hanya menggunakan normal saline sahaja untuk mencuci.



Kalau hendak ceritakan mengenai bau, memang tidak boleh diceritakan. Tapi tadi cik en berjaya juga selesaikan kes ini. Diharap pemilik anjing ini akan jaga lebih baik untuk mengelakkan kes ini berulang. Penat oooo.. 

2016-04-26

Maksud Penganiayaan Haiwan Mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015

Maksud Penganiayaan Haiwan Mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 | Bermula tahun 2015, Akta 772 Akta Kebajikan Haiwan 2015 telah dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kali ini cik en hendak kongsikan satu sub kecil di dalam akta ini iaitu Penganiayaan Terhadap Haiwan.


Kesalahan Penganiayaan 

  1. Dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera atau menakutkan mana mana haiwan
  2. Terlebih naik atau terlebih tunggang mana mana haiwan kecuali untuk aktiviti sukan berkuda 
  3. Menyebab, memperolehi atau sebagai penunya membenarkan mana mana haiwan dipergunakan sedemikian
  4. Tidak cuai untuk menyediakan makanan, minuman atau tempat perlindungan yang sempurna untuk haiwan yang dikurung
  5. Sengaja melakukan apa apa perbuatan menyakitkan dan menderitakan haiwan
  6. haiwan yang dikurung, diangkut, diangkat atau apa apa cara dalam keadaan yang menyebabkan haiwan kesakitan atau menderita
  7. Menggunakan haiwan yang tidak sihat untuk bekerja. Contoh kerbau tarik buah
  8. Mencacatkan apa apa anggota haiwan termasuklah potong ekor dan cabut kuku kecuali cara yang ditentukan oleh pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar bertauliah
  9. Melapah, memanggang atau membunuh haiwan yang masih hidup untuk kepercayaan karut yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap haiwan
  10. mengeluarkan mana mana bahagian haiwan yang masih hidup yang menyebabkan kesakitan dan penderitaan untuk dapatkan kulit, minyak atau produk haiwan
  11. Memasang dinamit, menggunakan kuasa elektrik, racun dimana mana anak sungai atau seumpama dengannya untuk membunuh, menuai atau menangkap haiwan
  12. Merantai haiwan dengan rantai yang pendek dan berat atau emmincangkan kaki haiwan
  13. Mengurung atau menyimpan haiwan di dalam kurungan yang sangat kecil sehingga haiwan tidak boleh bergerak langsung
  14. Menjual, membida atau tawaran pada haiwan yang menderita kesakitan disebabkan kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau penganiayaan
  15. Memiliki tanpa alasan munasabah haiwan yang menderita kesakitan disebabkan kecacatan, kebuluran, dahaga, kesesakan atau penganiayaan
  16. Membiarkan haiwan tinggal di dalam keadaan trauma. kesakitan atau penderitaan 
  17. Melepaskan haiwan yang dijangkiti haiwan berjangkit dan 
  18. Membiarkan haiwan yang sakit, tidak berupaya atau cedera mati dimana mana tempat
  19. Aktiviti melaga atau aktiviti yang mendapatkan wang
  20. Mengadakan pertandingan menembak (seeprti melepaskan burung dan menembak burung tersebut)
  21. Menganjur atau terlibatkan diri dalam acara yang menggunakan haiwan yang tertakluk kepada penganiayaan 
Walaubagaimana pun segala perbuatan penganiayaan diatas dikecualikan apabila
  1. Telah ditentukan oleh Lembaga sebagai attacara pengurusan veterinar 
  2. Haiwan haiwan perosak yang mendatang kemudaratan kepada manusia yang dilakukan oleh pihak berkuasa sahaja
  3. Memberi makan haiwan sebagai makanan haiwan lain menurut tabiat pemakanan semula jadi haiwan tersebut
Maafkan cik en jika bahasanya agak ke "akta" an sikit kerana bahasa undang undang ini tidak boleh diubah banyak banyak takut akan memberi maksud yang berbeza. Jadi untuk itu, cik en screen shot untuk lebih lanjut






Mungkin ada pembaca entry ini orang undang undang dan jika apa yang cik en terangkan dan yang ada didalam akta ini bercanggah sila komen ye.

Tapi cik en sudah simpulkan menggunakan bahasa ringkas apa yang biasa berlaku di persekitaraan kita.


Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi menggantikan Akta Binatang 1957 yang sebelum ini hanya memperuntukan denda tidak lebih RM50,000.00 bagi kesalahan menzalimi haiwan sahaja seperti membunuh atau mendera haiwan.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 boleh digunapakai untuk :-

1. Kesalahan membiarkan haiwan peliharaan kelaparan, dahaga dan sakit yang menyebabkan kematian tidak dirawat.
2. Kesalahan mengurung haiwan di tempat kecil, kotor, panas dan segala perlakuan yang difikirkan menzalimi haiwan.
3. Kesalahan mendera, menganiaya, melukakan dan mencederakan haiwan.
4. Membunuh haiwan tanpa sebab yang dibolehkan seperti ibadah dan tujuan pemakanan.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000.00 hingga maksimum RM100,000.00 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun pemandulan haiwan tidak dikira sebagai penganiayaan.

Tidak sangka kan, jika kita sendiri berikan rantai leher yang besar atau loceng yang besar sehinggakan ianya buat kucing tidak selesa boleh dikenakan di bawah akta ini. Meninggalkan kucing di dalam gerompok kucing yang selalu bergaduh sehingga mengakibatkan kucing trauma pun, kita boleh dikenakan tindakan.

SUMBER

2016-04-25

Keluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk



Keluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk | Retained Of Placenta (ROP) atau proses pengeluaran uri yang masih ada di dalam uterus. Sebenarnya banyak kali cik en keluarkan gambar yang kesnya sama, cuma tidaklah mendapat perhatian seperti gambar di atas di facebook peribadi cik en. Ada ramai yang bertanya dan cik en sendiri jenuh juga menerangkan. Sebabnya tidak ramai yang tahu proses ini sama seperti manusia. Cuma ianya terjadi terhadap haiwan. Sebelum cik en menceritakan lebih lanjut mengenai ROP ini, cik en akan kongsi gambar proses pengeluaran uri ini untuk memberi sedikit gambaran dan cik en selitkan video lengkap yang cik en ambil dari youtube. Gambar ini mulanya bukannya hendak menunjuk nunjuk tapi cukup untuk cik en kongsikan pengalaman menjadi seorang yang bekerjaya dalam veterinar. 



Kes seperti ini selalunya boleh diuruskan oleh peternak itu sendiri dan jika lembu beranak, uri akan keluar dalam masa beberapa hari. Tapi kes diatas, kes dah menjangkau 4 hari dan mula membusuk. Berlaku jangkitan dan memerlukan pembersihan uri tersebut. Ada sesetengah peternak akan sangkutkan sesuatu yang berat untuk keluarkan uri tersebut secara semulajadi. 

Dalam pukul 9 pagi,  penternak menelefon pejabat dan pada masa itu, cik en ingin keluar juga untuk selesaikan satu kes. Kebetulan keluar, cik en mengambil kes tersebut dan sebenarnya ada beberapa pengawai yang lain boleh buatkan rawatan cuma pada masa itu, peternak berharap datang lebih awal. Jadi cik en pun siapkan segala kelengkapan seperti glove panjang dan ubat ubatan yang perlu. Seperti biasa, lembu jenis integrasi ini dilepaskan di ladang kelapa sawit dan memerlukan masuk jauh ke dalam ladang. Dan juga semestinya tiada kandang atau celong (ramp)



Boleh tengok gambar tersebut, dibawah pokok kelapa sawit je lembu melepakkan diri mereka. Mereka akan bergerak secara berkumpulan dan nampaknya tiada cara lain, peternak hanya mengikat di batang pokok kelapa sawit sahaja. 


Lembu baru beranak dalam 4 hari dan anak sihat sepenuhnya cuma lembu ini mula demam kerana jangkitan kerana uri mula membusuk. Jadi keadaan nampak kurus. Leher di ikat longgar dan kaki diikat kedua duanya untuk mengelak dia bertindak agresif. 



Cik en mula memeriksa dan ada uri yang keluar dan cik cuba menarik kearah bawah. Percubaan beberapa kali, uri putus. Dan bila cik en cuba masukkan ke dalam vulva, lembu tidak boleh duduk diam. Dan akhirnya ia merebahkan diri dia 


Apabila masuk, didalam terasa hangat dan dari situ nampaknya sudah ada jangkitan. Peternak sendiri memaklumkan air kencing berdarah. Selesai membersihkan dan mengeluar lebihan uri yang ada, cik berikan 2 suntikan iaitu antibiotik dan ubat hormon untuk membersihkan jika ada lagi sisa sisa. 

Untuk memberi gambaran jelas, cik en berikan video yang diambil di youtube. Anggaplah ini ilmu baru bagi sesiapa yang baru tahu kes ini. 


Sebelum ini kebanyakan rakan rakan di facebook terdiri daripada orang jabatan dan yang berkait dengan veterinar. Jadi proses ini perkara biasa. Tapi semenjak cik en menyertai kelab blogger seperti KBBA9 dan Blogger Utara dan ramai yang berkawan di facebook peribadi itu yang buat gambar tersebut menjadi tumpuan. Ramai juga sebenarnya wanita di dalam kerjaya ini dan menjalankan rawatan seperti ini. Cik en ada seorang rakan facebook dan rakan sejabatan yang selalu turun padang dan klinik. Namanya kak Siti NurHidayah Kamalina. Dia pun selalu kongsi rutin harian dia. cuma rakan rakan dia kebanyakan orang jabatan jadi tidaklah seperti cik en. Cuma penglibatan wanita di lapangan kurang berbanding lelaki. Iyalah sebab keselamatan, kepanasan dan memerlukan lebih banyak tenaga. But i very enjoy my job. Cik en sangat mencintai bidang ini. Tidak kisahlah aneka haiwan (kucing, anjing arnab atau small animal), ruminan kecil, ruminan besar, babi, reptilia, esotik atau apa apa nama kumpulan haiwan, cik en akan terasa keseronokan bekerja. Tapi bila masuk pejabat menghadap laporan, cik en akan jadi malas pula.. hahaha.

2016-04-24

Kerana Mira Filzah Aku Jadi Baran


Kerana Mira Filzah Aku Jadi Baran | Ketuk ketuk Ramadan 2016 dihoskan oleh sis Sheila Rusly telah menjelajah seluruh negara untuk dibuat rakaman. 24 April 2016, Ketuk Ketuk Ramadan 2016 di jadual kan beradan di Tesco Seri Manjung Perak. Dan semestinya cik en tidak kisah pun sebabnya cik en bukannya fanatik pada artis artis. Tapi kerana seorang sahabat aka rakan sekerja Anis, cik en turutkan kemahuan dia untuk meneman. Cik en ni kalau ramai sangat cik en tidak berapa suka. Lebih baik shopping di Tesco. Tapi dah dipujuk oleh anis, cik en pun tunggu dan tengoklah rakaman tersebut. 


So rakaman diatas adalah dicelah celah rak dan jadilah. Ingatkan sudah selesailah tetapi Anis masih tidak puas hati selagi tak ada gambar dengan Mira Filzah. Nasib la kawan, cik en ikutkan dan beratur, berhempit dan menolak nolak menunggu giliran. Ada yang cuba memboloskan diri tapi cik en memang cekap, memang cik en tak bagi can langsung. Sampai sebaris dua giliran kami, ada satu side yang menyerbu dan ada satu mamat asyik nak menangkap gambar. Sedangkan dari awal, dijanjikan hanya side yang kami berbaris yang akan dipanggil. Tapi cik en releks lagi. Sebab dah nunggu lama, cik en mula la panas satu badan. Aku memang baran orangnya! Dengan panas hati, memang boo dan sound dari jauh la. Kecoh kejap la Tapi cik en di sebalik orang lain jadi dorang tak dapat nak tengok cik en. Selepas itu, barulah kumpulan tersebut beransur ansur. Dan kami dengan cepat dipanggil untuk bergambar. 


Abaikan kegemukan cik en ye. So hasilnya diatas la. Snap sekeping dua. Hahaha.. So kesimpulan "Aku Baran Orangnya"

p/s : Mira Filzah memang sangat cantik dan lembut orangnya. Tapi Sheila Rusly cik en puji, sangat putih dan sangat cantik.

2016-04-23

Burung Pungguk atau Burung Hantu


Burung Pungguk atau Burung Hantu | Sekali tengok, cik en ingatkan burung hantu, tetapi salah rupanya, burung ini di panggil burung pungguk. Jarang kami menerima kes burung lagi lagi burung sebegini. Dipercayai dijumpai di kawasan rumah pemilik tersebut. Burung pungguk ini seliuh dibahagian bahu dan cik en kongsi videonya di bawah ini


Kuku kaki dia melukakan sedikit kepak dia dan kami telah memberi rawatan. Diharap burung comel ini akan sihat dan boleh terbang semula. Burung pungguk ini adalah disenaraikan di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar dan diistihar haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya.

Apakah perbezaan burung pungguk dan burung hantu?


Daripada gambar di atas, burung hantu bermuka bulat dan tiada telinga seperti burung pungguk. Dan saiz Burung Pungguk lebih kecil dari Burung Hantu.

2016-04-22

Nasi dan Mee Konjac Untuk Kuruskan Badan


Nasi dan Mee Konjac Untuk Kuruskan Badan | Mungkin bagi pengamal diet terutama diet Atkeins, makanan ini telah dikenali tetapi orang biasa macam cik en masih belum mengenali makanan ini. Dikatakan makanan ini penganti nasi. Konjac ini adalah sejenis sayuran yang tumbuh di negara China, Korea dan Jepun dan masih baru di Malaysia. struktur selepas dimasak kenyal dan tiada rasa. Khasiat Nasi dan Mee Konjac adalah :


Persoalan yang kerap ditanya mengenai Khasiat Nasi dan Mee Konjac adalah :



Mungkin tiada dijual di pasaran tapi boleh semak di Mudah.my

2016-04-21

Apa itu Freeze Branding?


Apa itu Freeze Branding? | Nampak saja gambar di atas mesti pelbagai andaian dtafsirkan. Inilah Liquid Nitrogen untuk cik en atau pihak veterinar branding di haiwan ternakan. Branding yang bertanda dicop di bahagian punggung ternakan untuk memberi tanda pengenalan. Untuk kes diatas, cik en branding B+ ditanda pada kerbau kerana keputusan serologi darah yang positif bagi penyakit Brucellosis Abartos. Penyakit apa? Penyakit ini adalah penyakit zoonotik yang mana boleh berjangkit pada manusia. Jadi kerbau yang telah dibranding B+ perlulah di culling (sembelih) di rumah sembelih berhampiran untuk melayakkan mereka mendapat pampasan. Video dibawah hanyalah proses merendam besi sahaja kerana tiada proses selengkapnya cik en rakam


Selain freeze branding terdapat juga hot branding yang menggunakan besi panas. Freeze branding pula semestinya besi sejuk. hahahaha. Insyallah jika di beri kesempatan untuk merakam seluruh proses, cik en akan rakam ye. 

2016-04-20

Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat


Sabun Taharah Untuk Samak Najis Berat | Sabun Taharah yang mempunyai 90% tanah liat merupakan satu satunya cara moden yang memudahkan menyamak untuk najis berat (mughallazah). Dengan menggunakan kaedah samak yang biasa, 1 kali air tanah dan 6 kali air biasa. 1 kali menggunakan sabun taharah dan dibilas air biasa sebanyak 6 kali. 

Kenapa cik en keluarkan entri sabun Taharah ini kerana sabun ini wajib dimiliki oleh kesemua veterinar atau pekerja melibatkan bidang veterinar tidak kira dari seorang pekerja bawahan sehingga peringkat doktor veterinar. Veterinar bidang mengenai haiwan termasukklah haiwan yang haram disentuh seperti babi dan anjing. Tiada berkecuali. 

Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar dan setiap hari akan berhadapan dengan anjing di klinik. Ada anjing yang tidak banyak kerenah tetapi jika yang datang anjing yang bermsalah seperti cirit, air kencing, air liur, pembedahan dan lain lain, memakai sarung tangan kadang kadang tidak dapat mengelak di sentuh oleh bulu, air liur, darah atau sebagainya. Selalunya keadaan anjing yang sakit ini bulunya basah, air liur yang sememangnya basah. 


Program Ladang Khinzir 




Video dibawah adalah dari Ustaz Don mengenai hukum penggunaan Sabun Taharah



Selain itu terdapat banyak lagi kelebihan sabun ini

  1. Sesuai untuk semua jenis lapisan kulit dan sesuai untuk kulit bayi. 
  2. Kulit kering; dapat melembapkan kulit yang kering 
  3. Kulit berminyak; dapat membuang lebihan minyak dan menyeimbangkan sistem kulit. 
  4. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati 
  5. Menghilangkan bau badan 
  6. Mencerahkan, menghaluskan dan melembapkan badan. 
  7. Menghilangkan penyakit-penyakit kulit seperti panau, kurap, cacar air, kudis, ruam, gatal-gatal kulit, kelemumur serta rekahan tumit kaki. 
  8. Untuk menyamak atau bersertu najis berat mughallazah (kaedah samak seperti biasa 1 kali air sabun Taharah, 6 kali air biasa.) 
  9. Sebagai basuhan sayuran- rendam sayuran untuk menghilangkan toksin dan racun serangga. 
  10. Sebagai basuhan baju- menghilangan kesan kotoran seperti darah, minyak, karat besi dan Iain-lain. 
  11. Menurunkan suhu badan sekiranya demam panas.  
Sabun Taharah ini juga disahkan dan disokong oleh
  1. Majlis Fatwa Kedah
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia 
  3. Pejabat Mufti Negeri Sembilan 
  4. Pejabat Mufti Terengganu 
  5. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia 
Harga sabun ini antara RM8.00 sehingga RM10.00. Jadi sesiapa yang masih kurang yakin kerana tersentuh anjing yang berlainan keadaan (basah kering) boleh menyamak menggunakan sabun Taharah atau mencari tanah yang bersih dan suci. 

Sumber 

update : 28/7/2017 : Sesiapa yang nak mencari sabun taharah dalam bentuk cecair boleh hubungi talian ini melalui whatsap atau call 016-3549384 .


Sitiawan atau Setiawan?

setiawan sitiawan

Sitiawan atau Setiawan? | Sitiawan atau Setiawan adalah sebuah mukim di dalam daerah Manjung Negeri Perak Darul Ridzuan. Kisah ini bermula cik en melihat kes pembunuhan di kawasan Sitiawan disiarkan di Buletin Utama TV3. Ditulis tempat tersebut Setiawan. Sedangkan cik en lebih familiar dengan nama Sitiawan, Setiawan seakan akan Setia Awan yang mana merupakan nama syarikat pemaju di kawasan Sitiawan. Jadi cik en up status di facebook untuk sesiapa memberi pencerahan tersebut. Seorang orang lama iaitu Paklong Chat, pengerusi Komuniti I Love Manjung (KiLM) menerangkan dahulu memang kawasan ini dipanggil Setiawan.

Nama Setiawan adalah dipercayai berasal dari 2 perkataan iaitu "setia" dan "kawan" yang disingkatkan menjadi Setiawan dan bertukar ke Sitiawan. Kisahnya awalnya daripada sekumpula ngajah. Seekor gajah betina telah hilang dan tersangkut di dalam sungai dinding (salah satu nama tempat di Manjung sehingga kini). Seekor gajah jantan cuba menyelamatkan tetapi mati kelemasan. Kemudian kawasan tersebut dipanggil Kampung Gajah Mati, kemudian bertukar ke Setiawan kerana setia kawan antara gajah gajah tersebut dan akhirnya Sitiawan.

Jadi tidak salah Setiawan atau Sitiawan cuma didalam urusa rasmi dan media, sebaiknya gunakan nama yang terkini. Sitiawan. Sitiawanlah tempat cik en bekerja. Walaupun tidak semaju Seri Manjung, tetapi pekan ini mempunyai sejarah dan bangunan lamanya yang tersendiri. 

Sumber

2016-04-19

Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar


Ohsem Cafe di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar | Kuala Kangsar sudah maju berbanding zaman cik en masih bersekolah. Lagi lagi bila kemunculan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah di Chandan, Kuala Kangsar dipenuhi dengan pelajar pelajar yang datang dari pelbagai negeri. Walaupun cik en anak jati Kuala Kangsar, cik en jarang untuk menikmati makanan di cafe di sekitar Kuala Kangsar. Beberapa hari yang lepas, cik en luangkan masa bersama keluarga untuk mencuba cafe yang menyediakan nasi arab tetapi nasi mandy kehabisan kerana sudah lewat, jam 10 malam. Bersebelahan dengannya cik en mencuba makanan di Ohsem Cafe kepunyaan usahawan wanita, Nyna.


Suasana yang santai dan simple tidak ubah seperti cafe yang lain dan nampaknya walaupun hari beransur lewat malam, cafe ini masih dikunjungi ramai pelanggan. Mungkin malam minggu. zjadi seperti biasa cik en mencari chicken chop dan adik cik en spagetti carbonara. 


Chicken Chop diatas ini semestinya pilihan cik en. Ayam digoreng dan berkuah lada hitam, Ayam dia sedap dan seakan akan chicken chop di Thumb Cafe Ipoh. Cik beri rate 4.5/5


Diatas pula nasi goreng udang kepunyaan mak cik en. Biasalah tekak orang veteren ini lebih kepada nasi berbanding western . Nasi dia sedap. mungkin guna teknik nasi basi cik en kot! hahah.. dan cik en beri rate 5/5 .


Yang ini menu tambahan cik en. Salad la apa lagi. Salmon Salad ini cik en puji dengan salmon dan salad yang segar cuma serbuk keju yang ditabur tidak kena dengan tekak cik en. Dan lawaknya tertinggal cherry (cik en rasa tomato kecil) dan dihantar selang beberapa minit selepas itu. Tapi nampak lah jujur kan chef di sini. Cik en beri rate 4/5


Makanan ini kegemaran adik cik en, Spagetti Carbonara dan ada tambahan meatball. Meatball dia sangat sedap. Lembut dan sedap! Nyesal tidak order spagethi ini. Yang ini cik en beri 5/5. Puas Hati !!

Jadi sesiapa yang berada di Kuala Kangsar, selain Rambai Classic bolehlah mencuba di cafe ini. Cafe ini terletak berhampiran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar. Sebelah kiri sebelum sampai kolej. 

Ohsem Cafe
019-4755830 (Nyna)
niena_2511@yahoo.com
1173, Persiaran Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar Perak
Facebook : Ohsem Cafe

2016-04-18

Pandangan Veterinar Dari Eintan Nurfuzie Di Sinar Harian


Pandangan Veterinar Dari Eintan Nurfuzie Di Sinar Harian | Pada 13 April 2016, cik en telah menerima email dari Puan Lala wartawan Sinar Harian untuk ditemuramah untuk sisipan WOW (Wanita Oh Wanita) yang akan dikeluarkan pada 17 April 2016. Puan lala mendapat maklumat email cik en dari blog nurfuzie.com ini. Kebetulan topik pada masa itu adalah Wanita dan Haiwan Belaan. 

Pandangan veterinar dari cik en ini berkisar haiwan kesayangan. Topik yang diberi adalah pengetahuan asas mengenai haiwan kesayangan, tempat tinggal dan persekitaraan yang sesuai, pemakanan dan rutin kesihatan. Kesemua yang ditemuramah ada di dalam blog nurfuzie,com ini. Disini cik en berkongsi beberapa artikel yang disiarkan dalam Sinar Harian tersebut.


Jika sebelum ini Blog Nurfuzie.Com masuk Utusan Malaysia pada 12 Disember 2015, pandangan ini lebih kepada persendirian iaitu pandangan veterinar dari seorang pembantu veterinar dan cik en ada selitkan blog nurfuzie,com bagi memudahkan pembaca tetap engaged dengan pandangan cik en yang ada di dalam blog ini. Terima kasih Sinar Harian! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads