www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2016-02-29

HARGA MINYAK MAC 2016

Jadual Harga Minyak Malaysia Terkini 2016

HARGA MINYAK MAC 2016 | Bermula 1 Mac 2016, harga runcit bagi petrol RON 95 dijual dengan harga baharu iaitu RM1.60 seliter menyaksikan penurunan sebanyak 15 sen berbanding Februari 2016 Manakala harga RON97 pula turun 10 sen kepada RM1.95 Sementara harga Diesel sama seperti Februari 2016 iaitu RM1.35 Penurunan itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus menjunam


RON95 (Seliter) MAC 2016
RM1.60

RON97 (Seliter) MAC 2016
RM1.95 

Diesel (Seliter) MAC 2016
RM1.35

Cara Buat Wet Food Untuk Kucing


Cara Buat Wet Food Untuk Kucing | Wet Food atau makanan basah untuk kucing boleh di dapati di pasaran dalam bentuk paket atau tin. Pelbagai jenama menawarkan pelbagai perasa untuk kucing anda dari kecil hingga dewasa. Tahukah anda yang sekarang ramai yang menghasilkan wet food sendiri yang diyakini halal dan bersih? Kali ini cik en kongsi membuat wet food dengan menggunakan bahan yang ada disekitar kita. 

Mula mula kita perlu tahu jenis makanan yang boleh diberi makan untuk kucing kita dan yang tidak boleh dimakan. Jadi cik en akan senaraikan dahulu 

Makanan yang baik untuk dijadikan makanan kucing
  1. Protein (Daging atau ikan)
  2. Asid Amino seperti tauria dan arginina (terdapat dalam daging dan ikan)
  3. Asid lemak
  4. Vitamin
  5. Mineral
  6. Air

Makanan yang JANGAN diberi kepada kucing
  1. Coklat
  2. Bawang
  3. Tomato dan kentang yang tidak dimasak
  4. Produk susu dan susu lembu(tidak sesuai untuk kucing yang akan mengakibatkan cirit birit)
  5. Yis
  6. Kismis dan Anggur
  7. Alkohol dan Kafein
  8. Bawang Putih dan Daun Bawang
  9. Xylitol (lebih kurang macam chewgum)
Cara Buat Wet Food Untuk Kucing Versi Nurfuzie.Com

Bahan - Bahan
  1. Ikan atau daging(ayam atau lembu)
  2. Labu ( Mineral)
  3. Lobak (Vitamin)
  4. Sedikit Hati Ayam ( Mineral -Ion, Bagus untuk pertumbuhan) Jika tiada boleh abaikan 
  5. Air
  6. Agar - Agar Tali (Boleh abaikan jika kucing anda tidak suka)
  7. Multivitamin atau asid folic (Jika Ada)
Cara Penyediaan
  1. Ikan / Ayam / Hati Ayam di rebus (sehingga betul betul masak)
  2. Lenyekkan
  3. Labu dan Lobak direbuskan sehingga empuk
  4. Lenyekkan
  5. Kisarkan sehingga halus bersama sama multivitain atau asid folic
  6. Panaskan agar agar tali sehingga mencair
  7. Masukkan bahan kisar kedalam agar agar dan gaulkan. 
  8. Sejukkan sebentar sehingga agar agar mengeras dan boleh beri kucing anda makan
  9. Baki boleh di simpan.
Senang bukan? Jika hendak ubah suai resepi diatas boleh tapi jangan berikan makanan yang boleh memudaratkan kucing anda. Dijamin Halal dan Bersih. Kalau rajin boleh dibuat jual.


Leonardo DiCaprio Menang Pelakon Terbaik di Oscar 2016


Leonardo DiCaprio Menang Pelakon Terbaik di Oscar 2016 | Ini merupakan kemenangan pertama setelah tercalon sebanyak 6 kali di Oscar. Ianya menjadi viral di media sosial dan nampaknya usaha Leonardo DiCarpio berjaya walaupun ianya menjadi kejutan ramai. Ia menang dalam The Revenant dan sekaligus menghapuskan sumpahan terhadapnya.

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Februari 2016)

Prestasi Blog Nurfuzie Dot Com (Februari 2016) | Nampaknya bagi Google Analytics blog nurfuzie.com menaik cuma di bahagian alexa ranking nampak menurun. Tapi masih mempunyai ranking itu pun sudah bersyukur,



November 2015
Global Rank : 703,349
Rank In Malaysia : 4,482


Disember 2015
Global Rank : 638,346
Rank In Malaysia : 5,771


Januari 2016 
Global Rank : 477,055
Rank In Malaysia :4,155

Februari 2016
Global Rank : 549,770
Rank In Malaysia :5,923

2016-02-24

Cara Buat Aiskrim Sumi

Cara Buat Aiskrim Sumi
Cara Buat Aiskrim Sumi | Ais krim Sumi menjadi viral di media sosial kerana ianya nampak menarik dan mengembalikan nostalgia zaman ais krim malaysia ini. Cara membuat aiskrim sumi ialah

  1. 1 Tin Susu Pekat
  2. 1 Tin Susu Cair
  3. 4 Tin Air 
  4. 2 Bungkus Sumi (Pelbagai warna)
  5. Sedikit Garam
  6. Plastik aiskrim

Cara-cara

  1. Sumi dipotong 4 atau lebih
  2. Susu Pekat, Susu Cair, Air dan garam dipanaskan sehingga mendidih
  3. Sejukkan
  4. Masukkan sumi kedalam plastik dan masukkan bahan yang didihkan tadi
  5. Ikat dan masukkan kedalam peti ais beku.
  6. Setelah beku boleh la makan
Cik en baru buat dan masih menunggu aiskrim sumi cik en membeku. 

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh | Movie Animation Park Studios Meru, Ipoh Malaysia atau MAPS adalah yang pertama di Asia. Dijangka akan di buka pada bulan Julai 2016 ini telah melancarkan pelbagai promosi. Dan sekarang ini, anda boleh dapatkan harga promosi untuk mendapatkan tiket masuk ke Movie Animation Park Studios Meru Ipoh ini. 

Harga Tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh yang dinyatakan ini adalah bermula 1 Mac 2016 

Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Pass Sehari (Daily Pass) Tanpa Mykad
Dewasa : RM 155
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 125

Pass Sehari (Daily Pass) Dengan Mykad
Dewasa : RM 133
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 103

Tempahan Atas Talian (On-Line)

Pass Sehari (Daily Pass)
Dewasa : RM 128
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 98

Pass Sehari (Daily Pass)
Tempahan untuk 10 orang keatas
Dewasa : RM 123
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 93

Pass Setahun (Annual Pass) 
Dewasa : RM 280
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 250

Keistimewaan bagi Perakain dengan menggunakan kad pengenalan perak (limited edition)

Perak Pass
Warga Perak (IC Perak)
Di beli di kaunter tiket Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Dewasa : RM 180
Kanak - Kanak / Warga Emas/OKU (dengan kad OKU) : RM 150

atau boleh dapatkan info di sini

Apa yang menarik di Movie Animation Park Studios Meru ini adalah

ANIMATION SQUARE
Visit the Home of BoBoiBoy, featuring BoBoiBoy 4D Adventure, BoBoiBoy Hero Academy, Tok Aba Kokotiam and more.



BLAST OFF ZONE
Enjoy the ultimate dining and retail experience designed for space enthusiasts.



DREAMWORKS ADVENTURE ZONE
Be dazzled by Mr. Peabody & Sherman’s Time Adventure, Megamind Megadrop, Casper‘s Birthday Blast and more.




FANTASY FOREST ZONE
Explore enchanted adventures in the realm of fantasyland.



STUNT LEGENDS SHOW
Experience thrilling moves and awe-inspiring performances in South-East Asia’s First Car & Bike LIVE Stunt Show.



THE SMURFS
Watch Smurftastic LIVE show with special CGI effects and more.


Untuk maklumat lanjut boleh didapati di bawah ini

Movie Animation Park Studios Meru Ipoh
Persiaran Meru Raya 3,Bandar Meru Raya 3,30020 Ipoh, Perak,Malaysia
4.665471 N , 101.082866 E
IPOH OFFICE
Level 8, Perak Techno-Trade CentreBandar Meru Raya,Off Jalan Jelapang,30020 Ipoh, Perak,Malaysia
T: +605 529 1301 or +605 527 2141

KL OFFICE
D-16-02 Menara MitralandNo. 13A, Jalan PJU 5/1,Kota Damansara PJU 5, Petaling Jaya,47810, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
T: +603 7499 0092

Cara ke Movie Animation Park Studios Meru Ipoh

Kereta
2-hour drive from Kuala Lumpur or Penang. Take the Jelapang Toll Exit on North-South Expressway.

Bas
Stop at Ipoh Amanjaya Bus Terminal. Take a 2-minute ride to MAPS.

Kereta Api
Arrive at Ipoh Railway Station via ETS Train. Take a 15-minute ride to MAPS.

Betul ke Vaksin Menyebabkan Kucing Mati?


Betul ke Vaksin Menyebabkan Kucing Mati? | Vaksinasi kucing adalah pemberian vaksin kepada kucing dengan tujuan  mendapatkan kekebalan tubuh yang tinggi dan dilindungi dari pelbagai serangan penyakit. Selalunya kucing boleh divaksinasi pada umur sekitar 8-9 minggu. Kekebalan kucing yang diterima dari ibunya melalui susu akan mulai berkurang ketika berumur 8-9 minggu, sehingga kucing perlu divaksinasi. Selain itu, kucing juga perlu diulang vaksin, agar kekebalan tubuh yang dimiliki oleh kucing tetap tinggi dan kucing tidak akan mudah terserang penyakit. Jika tidak, hal ianya dapat menyebabkan kekebalan kucing menurun dan kucing jadi mudah terserang penyakit. Rujuk entri Kenapa Vaksin Perlu Diberi 3 kali Pertama Untuk Anak Kucing

Tapi ada beberapa kes berlaku kematian selepas di vaksin. Termasuklah kerisauan blogger Tengkubutang Miaw untuk memvaksinkan kucing mereka kerana ada kucing mati selepas di vaksin. Jadi untuk mengelakkan salah faham cik en menerangkan secara ringkas untuk senang di fahami oleh pemilik kucing dan anjing. 

Syarat sebelum pemberian vaksin adalah sihat walfiat dan aktif. Dan selepas pemberian vaksin, elakkan untuk memandikan, membawa mereka 'travel' atau perjalanan jauh dan groming. Ini untuk mengelakkan kucing stress dan akhirnya memberi kesan kepada kucing tersebut. Sebelum vaksin diberi, pastikan anak kucing benar benar sihat iaitu tiada demam, tidak selsema, tidak cirit birit, tidak muntah, tidak kelesuan atau perkara yang melibatkan kesihatan. Sebab itu setiap kali bawa ke klinik veterinar, sila pastikan history diceritakan sepenuhnya kepada vet yang bertugas. Kegagalan pemilik kucing atau anjing menceritakan history ianya sebenarnya menjadi PUNCA utama kucing mati selepas di vaksin.

Penerangan di bawah cik en gunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh masyarakat kita. 

Vaksin ini wujud dari virus itu sendiri, ianya dijinakkan dan dimasukkan kedalam tubuh kucing atau anjing untuk memberi perlindungan apabila virus tersebut menyerang satu hari nanti. Jika kucing tidak sihat, ianya memberi kesan kepada kucing dan akhirnya kucing tersebut boleh mati. Tidak boleh salahkan vet yang memberi rawatan kerana kucing tersebut adalah dibawah pemantauan pemilik dan bukanlah vet. sebab itu history sangat penting untuk vet. 



Jika anda tiada history kucing yang hendak di vaksin kerana baru jumpa kucing, diberi oleh orang atau baru dibeli boleh baca entri ini Panduan Untuk Kucing Yang Baru Jumpa. Diharap dengan entri ini, pemilik haiwan yang rasa risau mengenai vaksin akan boleh fahami kenapa ada kucing mati selepas divaksin. Kalau dirasakan penerangan ini kurang menyakinkan boleh rujuk vet yang berhampiran. 

2016-02-23

Kategori Pendaftaran Produk Farmaseutikal


Kategori Pendaftaran Produk Farmaseutikal | Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan panduan kepada orang awam mengenai pengkelasan ubat ubat yang ada di Malaysia. 

Ubat Terkawal  
Ditanda huruf "A" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Antibiotik
MAL 20022544A

Ubat Bukan Racun (OTC)
Ditanda huruf "X" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Ubat Demam
MAL 20022544X

Ubat Tradisional 
Ditanda huruf "T" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : Jamu, Herba
MAL 20022544T

Suplemen Kesihatan 
Ditanda huruf "N" di hujung nombor pendaftaran
Contoh  : vitamin
MAL 20022544N

Atau boleh semak status pendaftaran produk di laman web www.pharmacy.gov.my sebelum membeli produk kesihatan

2016-02-22

Komen Netizen Pada Music Video Estranged Ft Fazura Menjadi Perhatian



Komen Netizen Pada Music Video Estranged Ft Fazura Menjadi Perhatian | Estranged pertama kali berkolaborasi bersama Fazura untuk lagu terbaru mereka iaitu Hancur Aku. Official Music Video mereka di Youtube mendapat 1,376,445 view. Tetapi ada satu yang menarik ramai netizen iaitu komen seorang yang bernama Haziq Khairul. 

Lirik  Estranged Ft Fazura - Hancur Aku

Apa khabar teman
Ku perlu bicara
Kerna aku hilang
Tanpa kamu

Apakah ertinya
Ketemuan ini
Ku merindukan kehadiranmu

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku


Apa khabar teman
Ku tunggu bicara
Harap engkau cari
Diri aku

Apakah ertinya
Kesudahan ini
Patutnya kau rindu
Kehadiranku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Hancur.. hancur aku
Bila-bila saja
Hancur, hancur aku

Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri


Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri | Sebagai seorang pembantu veterinar yang bertugas di klinik veterinar, kerap kali cik en melihat sikap dan perangai pemilik pemilik kucing atau anjing. Ada yang sangat menyayangi dan ada yang datang hanya kerana tanggungjawab atau simpati. Sebagai seorang manusia yang berhasrat ingin mengambil tanggungjawab terhadap kucing atau anjing, anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan masa. Boleh rujuk entri info haiwan kesayangan 

Tapi maaf cik en menegur segelintir daripada pemilik bulus ini sebenarnya menjadi penyebab kematian kucing atau anjing mereka. Ini kerana 

  1. Kurangnya ilmu pengetahuan penjagaan
  2. Mengambil mudah jika kucing sakit
  3. Lewat membawa kucing sakit ke klinik veterinar
  4. Mengabaikan tanggungjawab seperti makanan, minuman dan tempat tinggal
  5. Jangan abaikan hairball. 
  6. Tidak menjaga rutin tahunan kesihatan seperti pemberian vaksin dan ubat cacing
  7. Tidak semua yang digoogle atau dicadangkan oleh rakan di media sosial sahih. Mungkin berjaya kepada kucing pemberi cadang tapi tidak bersesuaian kepada kucing kita
  8. Program Pemandulan. Boleh rujuk entri Kenapa Perlu Memandulkan Kucing?
  9. Meninggalkan kucing di dalam kereta. Rujuk entri Jangan Tinggalkan Kucing Di dalam Kereta
  10. Atau rujuk entri ini Jangan Buat 8 Perkara Ini Pada Kucing
Ini antara penyebab kenapa cik en kata Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri. Tapi bukan sepenuhnya. Ada juga disebabkan wabak, kemalangan yang tidak diduga dan perkara perkara yang di luar jangkaan. ILMU itu penting. Tanpa ILMU, kita mungkin akan menjadi sebahagian punca kucing kita mati. Dan juga history setiap kucing itu perlu ada. Dan jangan suruh orang lain hantar kucing sakit kita ke vet, kerana orang lain tidak tahu history kucing kita seperti muntah, cirit dan sebagainya



2016-02-19

Eina Azman Selamat Melahirkan Anak Kembar


Eina Azman Selamat Melahirkan Anak Kembar | Alhamdulillah, penantian Eina Azman dan suaminya Dato Paduka Kaiser berakhir apabila Eina Azman selamat melahirkan anak kembar  lebih kurang pukul 7 malam 19 Februari 2016. Eina Azman dan bayi bayinya selamat dan dalam keadaan sihat. Info daripada Instagram Dato Paduka Kaiser sendiri. Tahniah diucapkan



Umur Sebenar Kucing Dalam Kiraan Umur Manusia


Umur Sebenar Kucing Dalam Kiraan Umur Manusia | Sebenarnya penentuan umur kucing tidak sama seperti manusia kerana kadar penuaan lebih cepat berbanding manusia. Kiraan yang cik en nyatakan di bawah adalah pengiraan tidak tetap sepenuhnya tapi boleh menjadi tanda aras atau gambaran kepada semua

Kucing VS Manusia

1 Tahun | 15 Tahun
2 Tahun | 24 Tahun
3 Tahun | 28 Tahun
4 Tahun | 32 Tahun
5 Tahun | 36 Tahun
6 Tahun | 40 Tahun
7 Tahun | 44 Tahun
8 Tahun | 48 Tahun
9 Tahun | 52 Tahun
10 Tahun | 56 Tahun
11 Tahun | 60 Tahun
12 Tahun | 64 Tahun
13 Tahun | 68 Tahun
14 Tahun | 72 Tahun
15 Tahun | 76 Tahun
16 Tahun | 80 Tahun
17 Tahun | 84 Tahun
18 Tahun | 88 Tahun
19 Tahun | 92 Tahun
20 Tahun | 96 Tahun

Diharap ianya menjadi "guide line" untuk pemilik kucing

2016-02-18

BMW Mydin Viral Di Facebook


BMW Mydin Viral Di Facebook | Bermula pada seorang lelaki yang upload gambar resit MYDIN dengan stereng BMW, ianya menjadi viral di facebook dengan masing masing memuat naik stereng kereta masing masing dan caption mydin. Jom tengok gambar di bawah 










Dan juga ada gambar yang dimuat naik menjadi bahan lawak dan jenaka seperti di bawah ini 




Dan cik en pun hendak sertai dengan caption mydin dan gambar stereng kereta cik en. 



Tidak sangka ianya menjadi viral dalam sehari dua ini. 





Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan


Tips Tanggalkan Road Tax Tanpa Kesan | Entri ini wujud kerana ianya menjadi trending di Facebook. Selepas JPJ memperkenalkan roadtax atau cukai jalan yang ada tanda hologram ini, ianya menjadi satu masalah kepada pemilik kereta kerana ianya akan meninggalkan kesan apabila ingin menanggal dan menampal roadtax kereta yang baru. Ini antara langkah untuk tanggalkan roadtax tanpa kesan di cermin depan kereta

  1. Rendam kain dengan air panas.
  2. Letakkan kain diluar cermin kereta, betul-betul di hadapan road tax yang nak ditanggalkan.
  3. Biarkan 5-10 minit sehingga gam cair.
  4. Selepas 5-10 minit, tanggalkan road tax perlahan-lahan.
Atau anda boleh liminate roadtax anda di kedai tinted seperti ini


Jangan pula hantar di kedai liminate buku pula iye, di kawasan cik en, cik en memang akan hantar ke kedai tinted kereta kerana mereka akan membuka dan liminate dengan kemas seperti diatas. Hologram JPJ pun tidak terkoyak atau tercalar. Semenjak pakai kereta, cik en akan liminate sahaja dan tiada masalah roadtax melekat dan menjadi comot di cermin depan kereta. Cik en baru sahaja menukar roadtax 13 Februari yang lalu. Jadi setiap tahun akan sambut hari Valentine dengan Mr Barney cik en ini la. 

Kelebihan Tingkatan 6 (STPM)


Kelebihan Tingkatan 6 (STPM) | Jika disebut tingkatan 6, mesti ada yang kata "tak mau la, tak best!". Tapi tahukah korang yang STPM mempunyai kelebihan tersendiri. Tak percaya? boleh tengok kenyataan di atas.

  1. Tempoh pengajian yang singkat ( 2 tahun sahaja berbanding diploma 3 tahun)
  2. Tiada yuran pengajian yang membebankan
  3. Biasiswa ditawarkan berbanding diploma adalah pinjaman
  4. Boleh memilih sekolah 
  5. Guru lebih berpengalaman
  6. Jika tiada hala tuju lagi, tingkatan 6 sangat sesuai
  7. Taraf sama seperti diploma
  8. Boleh digunakan untuk memohon kerja di luar negara
  9. Diiktiraf seluruh universiti terkemuka di dunia.
Jadi jangan pandang rendah kepada Tingkatan 6!


2016-02-17

Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional Cik EN


Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional | Sudah lama cik en berhasrat untuk memilik SSP. Tapi kekangan masa menyebabkan cik en menunda. Tibalah sau hari cik en ingin membuat kad ATM yang baru kerana kad lama hilang semasa kes pecah kereta 4 tahun dahulu. Kebetulan BRIM pun baru masuk. Apa lagi sementara buat kada ATM yang baru teruslah cik en beli SSP ini untuk simpanan dan kalau ada rezeki memiliki pelbagai hadiah dari BSN. 


Apa itu SSP? Boleh rujuk entri Sijil Simpanan Premeium BSN. Untuk makluman jadual cabutan SSP boleh rujuk Jadual Cabutan Sijil Simpanan Premium. Untuk tarik matang adalah 14 hari dari tarikh daftar. Jika tiada rezeki untuk mendapat cabutan, semestinya ianya mendatangkan pulangan pada kita.

2016-02-16

Yeop Tapah Si Harimau Malaya


Yeop Tapah Si Harimau Malaya | Tertumpu kepada penemuan seekor harimau belang jantan yang cedera di kaki kerana terkena perangka khinzir di Ladang Eden Batu Sepuluh, Jalan Pahang Tapah dikhabarkan telah stabil setelah menerima rawatan di Sungkai. Harimau Jantan ini diberi naa YEOP TAPAH bersempena panggilan untuk lelaki di dala loghat Negeri Perak adalah Yeop. Manakala Tapah pula tempat terjumpai harimau ini. 


Cabutan Kedua Pemenang Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

Cabutan Kedua Pemenang Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Nampaknya ada beberapa pemenang tidak hantar butiran sehingga 15 Februari 2016, jadi cik en buat undian semula dan sila beri butiran di bawah ini ke eintannurfuzie@gmail.com. Jadi keputusan pemenang sebelum ini di sini terbatal bagi yang belum memberi butiran.

Tajuk/Subject : Pemenang Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink ( Nama Sponsar )
Nama :
Alamat / No Acc / Topup (Nama Rangkaian):
No Telefon :
Url Penyertaan :
Nama Sponsar :

Dan pemenangnya adalah.... Kita tengok siapa yang kena...
Voucher AEON RM20 x 10 Pemenang
  1. http://nrjan.blogspot.my/2016/01/give-away-bernilai-rm500-by-nurfuzie.html
  2. http://www.cekgunorazimah.com/2016/01/give-away-bernilai-rm500-by-nurfuzie.html
  3. http://www.yatizul.com/2016/01/give-away-bernilai-rm500-by-nurfuzie.html
Shaklee Vit C x 1 Pemenang
  1. http://azlanbahar.com/give-away-bernilai-rm500-by-nurfuzie-mamalink/
Keychain x 3 Pemenang
  1. http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/01/give-away-bernilai-rm500-by-nurfuzie.html
Keychain x 6 Pemenang
  1. http://subhakimfaiz.blogspot.my/2016/01/give-away-bernilai-rm500-by-nurfuzie.html
Pemenang di atas perlu beri butiran sebelum 20 Februari 2016 atau hadiah yang berkenaan akan terbatal terus. 

2016-02-15

Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan


Tiada Lesen Bagi Kucing Hutan | Jabatan Perhilitan Malaysia telah mengeluarkan senarai haiwan sebagai haiwan terlindung dibawah Akta 716. Antara yang popular kucing hutan, kucing batu, kucing dahan(terdapat di hutan sumatera dan kalimantan) dan kucing tulap. Mungkin ada yang diwar warkan menyatakan memiliki kucing hutan memerlukan lesen tapi sebenarnya tiada pengeluaran lesen bagi haiwan tersebut. Kucing hutan, kucing batu adalah haiwan yang diperlindungi sepenuhnya. Sesiapa yang memiliki perlu diserahkan terus ke Jabatan Perhilitan Negeri yang berhampiran.




Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pejabat perhilitan yang berhampiran dengan anda

rupa asal kucing hutan pure
p/s: gamabr pertama bukan rupa kucing hutan pure

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads