www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2015-11-30

Segmen Bloglist Encik Kidal 2.0

klik banner untuk join

Kenapa dan sejak bila korang jadi blogger?

Cik en jadi blogger 2007 tapi aktif dalam 2011

Macam mana korang boleh dapat banyak idea untuk di update?

Kebanyakan idea daripada pengalaman kerja, cerita semasa dan pertanyaan seharian dari kawan kawan atau customer

Berapa lama masa yang korang ambik nak tulis satu entry?

Tengok juga, selalunya kalau pengalaman dalam sejam, kalau info mungkin dalam sejam ke 2 jam. tengok ada ke yg mengganggu.. hihih

Cik en tag Cik Yui 

Instagram Boleh Access 2 Account Dalam Satu Masa


Instagram Boleh Access 2 Account Dalam Satu Masa | Merujuk kepada berita di Astro Awani 7.45 telah menyatakan Applicaton Instagram kini boleh mengakses 2 account (akaun) dalam satu satu masa. Tetapi terhad kepada pengguna Android sahaja. Tetapi cik en masih menunggu update dari Google Play untuk application Instagram. Dikatakan akan ada button Add Account untuk memasukkan lebih dari 1 akaun instagram. Kalau begitu, ianya harus disambut baik oleh pengguna yang menjalankan akaun atas talian ( Perniagaan online)

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak | Selalu sahaja kita mendapat duit kertas yang terkoyak, terbakar dan cacat. Kebanyakan peniaga kedai akan menolak duit tersebut dengan alasan tidak laku. Tapi pernah tidak kita ketahui yang kita boleh tukarkan duit tersebut dengan duit kertas yang baru! Tapi sebelum itu kena tahu tahap penilaian wang cacat dan rosak

Terdapat beberapa Garis Panduan kerosakan dan cacat yang telah digaris panduan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ianya adalah :-

WANG KERTAS CACAT 
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  2. Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  3. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal. 
WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja. 
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil. 
  2. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis). 
KES-KES YANG MERAGUKAN 
  1. Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian. 

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/

  1. Pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran bersama duit yang rosak
  2. Pengawai yang berkenanan akan menyemak duit berkenakan rosak di peringkat mana. Yang ada nilai atau tidak
  3. Jika boleh ditukar, kemungkinan perlu menampal kertas tersebut dengan kertas bagi memudahkan proses penilaian wang tersebut.
  4. Jika selesai, pelanggan perlu mengisi borang dan menunggu untuk dipanggil.
credit to http://menderas.blogspot.my/
Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/
Kredit di SINI dan SINI

Senarai Peserta Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3



Senarai Peserta Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3 | Alhamdullilah, selesai juga pencarian bloglist cik en kali ke 3 ini. Nampaknya ada 23 url blog cik en dapat. Mungkin agak berkurangan tapi cik en terima juga. Ini senarainya dan mungkin dalam sehari dua ini cik en akan umumkan siapa yang dapat masuk ke bloglist cik en untuk bulan Disember. 
  1. www.anakdenesor.blogspot.my
  2. http://rianalittlecuties.blogspot.my
  3. www.masitaeyta.blogspot.com
  4. www.aimisyahirah.com
  5. http://akukaudansesuatu.blogspot.my
  6. http://farahanasharif.blogpot.my
  7. http://blueasyraff.blogspot.com
  8. http://dyabunga.blogspot.my
  9. www.lorong-cinta.blogspot.com
  10. http://pinkvelvet-07.blogspot.com/
  11. www.providenetwork.com
  12. http://saniyunus.com
  13. http://adianiez.blogspot.com/
  14. http://tengkubutang.blogspot.my
  15. http://mrsablogstori.blogspot.com
  16. www.yanieyusuf.com
  17. www.zukidin.com
  18. http://cikna136.blogspot.com/
  19. http://solehahgirlz.blogspot.my
  20. http://prettyvrach.blogspot.my/
  21. http://starlavenderluna.blogspot.my
  22. http://jepunmari2.blogspot.my
  23. http://www.sheilainspire.com/
Terima kasih kepada yang sudi sertai. Syarat yang super duper mudah kan? Yang lain terlepas tidak mengapa, minggu terakhir Disember cik en akan buat Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #4 pula. 

Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Al - Fatihah | Yus Jambu Meninggal Dunia

Al - Fatihah | Yus Jambu Meninggal Dunia

Al - Fatihah | Yus Jambu Meninggal Dunia  | Melalui instagram Afdlin Shauki. Dikatakan sesak nafas. Al- Fatihah

Info Yus Jambu di wikipedia

Yus Raja Lawak atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, KangarPerlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.
Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa. Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

2015-11-29

Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3

Sticky Post
Hanya perlu  Follow 4 laman sosial cik en di bawah




dan komen url blog dan nama. Tak perlu buat entry ye.. 
Contoh seperti di bawah

Nama : Eintan Nurfuzie
Url Blog : www.nurfuzie.com

Berlangsung selama 14 hari
16 November 2015 ( Jam 09:00) - 29 November 2015 (Jam 23:59)
Bloglist akan dipaparkan di satu entry, pages Bloglist dan FanPage Cik EN selama mana sehingga selesai pencarian Bloglist #4. 10 Blogger bertuah akan dimasukkan ke dalam Bloglist Blog Nurfuzie.Com Disember 2015
Boleh rujuk bloglist sebelum ini di

Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 8

Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 8
Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 8 | Gegar vaganza 2015 menampilkan penyanyi Naseer Wahab, Ezylnn, Ezad Exist, Azian Mazuan Sapuwan, Nizam Laksamana, Haiza, Acong, Fardhiya, Sheeda, Amir Ukays, Siti Nordiana dan Zul Handy Black telah masuk minggu ke 7 . Tugasan mereka untuk minggu ke 8 (suku akhir)  bertemakan  Karok Tarik adalah :


Lagu GegarVaganza 2015 minggu ke 8


  1. Si Gadis Ayu (Black Dog Bones) - Nabil dan Jehan
  2. Kau Kunci Cintaku Didalam Hatimu (Ramlah Ram) - Farahdhiya
  3. Biar Putih Tulang (Dinamik) - Naseer Wahab
  4. Flora Cinta (Min Malik) - Haiza
  5. Mengapa (Nicky) - Siti Nordiana
  6. Tiada lagi Kidungmu (Lefthanded)- Ezad
  7. Sedalam Mana CIntamu (Safura) - Azian Mazuan Safuan
  8. Potret (Akim) - Acong
Penyingkiran :

  1. Zul Handy Black (Minggu ke 4)
  2. Ezylnn (Minggu ke 4)
  3. Sheeda (Minggu Ke 5)
  4. Amir Ukays ( Minggu ke 6)
  5. Nizam Laksamana (Minggu ke 7)
  6. Acong ( Minggu ke 8) - digunakan iluminiti untuk masuk balik 
Lagu GegarVaganza 2015 yang lain

Pencarian Blog Terkemas 2015!

Hi Guys! Om buat lagi segmen. Nak tahu Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join Tau!!

Pencarian Blog Terkemas 2015 aku adakan untuk mencari blog yang paling paling sangat kemas. Kemas dan cantik, sedap mata memandang bila jengah belog korang. Sambil sambil tu boleh promote belog korang dan juga blogwalking sesama blogger.


Haaa apa tunggu lagi, jom join. Hadiah adalah rahsia, Goodluck!

cik en tag
anak denasor

2015-11-27

Akhirnya Misteri Ayam Atau Telur Terjawab


Akhirnya Misteri Ayam Atau Telur Terjawab | Selama ini kita mendengar soalan 'antara ayam dan telur, yang mana wujud dahulu', dan selalunya akan ada pelbagai pendapat dan akhirnya tidak terjawab Mungkin dengan kata sepakat dari saintis ini akan menjawab soalan ini mengikut Sains

2015-11-26

Giveaway Disember 2015 Cash RM500 by Emas Putih


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Salasilah Kesultanan Negeri Perak

Salasilah Kesultanan Negeri Perak | Bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak 2015 , cik en ingin berkongsi salasilah Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan terkini. 

klik untuk paparan lebih jelas
Ini pula senarai sultan sultan perak dari bilangan yang pertama (1528) sehingga yang ke 35 (kini). Setiap Sultan mempunyai sejarah yang tersendiri. Diharap Tuanku dipanjangkan umur dan akan menjaga Negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan Saksama.

klik untuk paparan lebih jelas
sumber wikepedia

Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak 2015

Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak 2015 sultan perak 35, sultan nazrin sultan perak

Hari Keputeraan Sultan Negeri Perak 2015 | Pada 6 Mei 2015, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah menangkat sumpah mnejadi Sultan Perak Yang ke 35. Jika sebelum ini Hari Keputeraan Sultan Perak iaitu Almarhum Sultan Azlan pada bulan April tetapi tahun 2015 menyaksikan Hari Keputeraan Sultan Perak disambut pada 27 November 2015. Sebagai anak Perak lagi lagi anak jati Kuala Kangsar, cik en amat berbangga dengan pencapaian Baginda dalam kehidupan sebelum dan selepas menjadi Sultan. Disini cik en terangkan serba ringkas Profail Sultan Perak Ke 35 ini untuk pengetahuan semua yang diambil dari Wikepedia 

Nama : Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah 
Tarikh Lahir : 27 November 1956
Tempat Lahir : George Town Pulau Pinang
Anak ke : Pertama (Sulung)
Pendidikan :
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar
  • Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. 
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 
  • Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
Perkahwinan :
  • Isteri : Zara Salim Davidson (22 Mac 1973 di Ipoh)
  • Anakanda : 
    - Raja Azlan Muzzaffar Shah (dilahirkan pada 14 Mac 2008 (7 tahun) di Damansara Specialist Hospital, Damansara Jaya, Selangor.
    - Raja Nazira Safya (dilahirkan pada 2 Ogos 2011 (4 tahun) di Damansara Specialist Hospital, Damasara Jaya, Selangor.
Kurniaan Darjah Kebesaran :
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.)
  • Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A.)
  • Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.)
  • Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.)
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Selangor
  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) Kelantan
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
  • Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P.) Perlis
  • Ph.D (Harvard)
  • MPA (Harvard)
Raja Yang penuh dengan ilmu pengetahuan duniawi dan agama. Baginda juga mewajibkan pembacaan Al Quran di setiap Majlis Majlis Rasmi Kerajaan dan juga telah menitahkan kepada semua rakyat Perak untuk TIDAK menyediakan sebarang hadiah atau cenderahati jika baginda menghadiri satu satu majlis.
Dirgahayu Tuanku Sultan Perak

Antara aktiviti yang akan di adakan sempena Keputeraan Baginda adalah ( Diambil dari FB rakan Cik EN yang merupakan pengawai penerangan di Kuala Kangsar)
  1. Istiadat kawalan kehormatan sempena hari keputeraan dymm sultan perak
  2. Larian Hari Keputeraan Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Perak
  3. 9 disember -  perasmian bangunan baru galeri sultan azlan shah
  4. Tambahan (Kenyataan Rasmi akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan): Mulai Tahun depan, HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK pada 6 Mei 2015 (mengikut tarikh pertabalan)
  5. Jangan lupa esok jam 10 pagi waktu Malaysia di saluran Discovery Channel. First and exclusive “Revealed: The Throne of Perak, Malaysia”. Dokumentari Khas Istiadat Pertabalan Sultan Perak.
P/S : 27/11/2015 adalah hari cuti bagi rakyat negeri perak bermula tahun 2015.

2015-11-25

Kucing Untuk Dijual (Manjung & Ipoh)

Kucing Untuk Dijual (Manjung & Ipoh) | Sesiapa yang ingin mencari kucing berbaka yang berada di sekitar Perak terutama di sekitar Ipoh , Sri Iskandar dan Manjung. Terdapat 4 ekor kucing berbaka Mix Persian. Dibawah adalah maklumat kucing berkenaan dan no untuk dihubungi

Kucing Untuk Dijual (Manjung & Ipoh)
Code : 01
Kucing Untuk Dijual (Manjung & Ipoh)
Code : 01

kucing untuk di jual
Code : 01

Maklumat untuk gambar di atas

Baka : Mix Persian
Umur : 7 Bulan
Berat : 4Kg
Harga : RM1000 perekor (Negotible / Boleh runding)




jual kucing mix persian
Betina (Code : 02)

kucing mix persian
Jantan (Code : 02)
Maklumat untuk gambar di atas
Baka : Mix Persian
Umur : 3 Bulan
Berat : Bawah 1 Kg
Harga : RM 1500 (Jual Berpasangan) (Negotible / Boleh runding)

Segala Pertanyaan boleh Private Massange (PM) di Facebook

p/s: Cik en tidak menjual, hanya membantu kawan kawan, jadi sila pm terus ke fb berkenaan jika berminat atau pertanyaan (kot kot boleh mintak murah lagi)

Kenapa Kucing Obses Dengan Kotak

kucing dan kotak
Ute dan anak anaknya. Sekarang ute tak balik balik. Kemana ntah ia hilang

Kenapa Kucing Obses Dengan Kotak | Kotak dan Kucing tidak dapat dipisahkan. Kenapa? Ianya masih menjadi misteri sehinggalah ada sekumpulan penyelidik yang menjalankan satu ujian kepada 2 2 kumpulan kucing yang baru di bawa ke Perlindungan Haiwan Belanda dalam tempoh 14 hari. 1 kumpulan diberi kotak dan 1 lagi kumpulan tidak diberi kotak

Keputusannya menyatakan kumpulan kucing yang mempunyai kotak boleh menyesuaikan diri dengan cepat berbanding yang tidak diberi kotak. Ini membuktikan bahawa kotak adalah tempat yang terbaik untuk sesekor kucing bila berada dalam persekitaraan yang baru dan mengurangkan tekanan atau stress. Kotak sebenanrya adalah satu tempat yang ada aura 'sembunyi' yang mana sangat mententeramkan kucing. Dan juga, untuk ibu kucing yang sarat dan hendak beranak, ada vet yang mencadangkan kotak untuk ibu kucing ini rasa tenang untuk beranak.

Jadi terungkailah misteri kenapa kucing obses dengan kotak. Kotak juga dapat membantu kucing dalam keadaan sakit untuk 'recover'. Untuk pencinta kucing, apa kata, gunakan kotak yang banyak untuk dibuat DIY untuk kucing korang. Murah dan Senang kan?

Blog Vet Source

2015-11-24

Satu Hari Nanti, Buku Akan Pupus

klik banner ini

Satu Hari Nanti, Buku Akan Pupus | Semakin lama, semakin kurang penggunaan buku dalam kehidupan harian kita. Jika dulu, kedai buku dan perpustakaan mempunyai ramai pengunjung tapi kini cik en sudah nampak semakin berkurangan. Jika dulu, hobi membaca buku adalah hobi kebanyakan rakan rakan cik en di sekolah tapi kini sudah berkurang. Jika dulu rakan berbangsa cina ramai yang menjadi ulat buku. Buku sentiasa di tangan. Dalam bas, perhentian bas, kedai makan, mereka akan membaca buku atau novel. 

Tidak ke korang membayang, satu hari nanti, buku akan pupus dan digantikan dengan gadjet, komputer dan bahan elektronik yang lain? Jika dulu cik en mengimpikan perpustakaan mini di rumah tapi kini hanya mempunyai koleksi gadjet, pendrive, hard disc dan cd. Munculnya e-book, novel online dan aplikasi pembelajaran, Mungkin cik en menolak teknologi tapi cik en rindukan zaman sekolah cik en, ditangan kita sentiasa ada buku, majalah atau novel. 

klik sini

Sekarang, ada buku yang bernilai RM1 je. Ada juga buku yang bernilai RM3, RM5 dan banyak potongan potongan sehingga 70% untuk penjualan buku. Tapi semuanya tidak mendapat perhatian. Mereka lebih suka membeli gadjet bernilai ribuan ringgit, membeli novel online ataupun e-book yang kekadang bernilai ratusan ringit. 

Tidak kurang juga, banyak jualan buku, pesta buku dan Year End Sale 2015 tapi sambutan agak kurang berbanding pelancaran produk gadjet Seiringkanlah teknologi dengan "hardcopy". Sebabnya satu hari nanti, buku buku yang kita beli ini akan menjadi kenangan dan memori ataupun akan menjadi sesuatu yang berharga. 
klik sini

Rebutlah jualan murah yang tidak perlu korang berpeluh dan berpenat, hanya dengan Year End Sale 2015, korang boleh memilih buku apa yang menjadi pilihan korang secara online. Inilah baru seiring menggunakan teknologi dan buku.

2015-11-23

Pageviews Blog Cik EN

Pageviews Blog Cik EN | Pageview Blog Nurfuzie.com bagi bulan ini. Nampaknya semakin meningkat dan alhamdulillah. Pageviews today 23/11/2015 pun melangkui 2K. Dalam 1 bulan ini pageviews sehari untuk blog cik en dalam 1K hingga 2.5K. Nampak sedikit peningkatan, untuk Total Uniques pun sudah mula dapat lebih dari 1K. 
screen shot dari stat dalam blog sendiri

screen shot di Nuffnang
Screen Shot dari Google Analytics
Cik en baru membuat pendaftaran Google Analytic bulan september 2015. 

Top Channel masih dikuasi oleh Organic Search.

Google masih source yang paling utama dalam 2 bulan ini

Walaupun pageviews cik en tidak lah sebanyak pageviews Azhafizah, Hasrul Hassan, Lyssa Secret, Kisah Emas Putih dan blogger yang lebih popular yang lain, tapi ini satu semangat untuk cik en memperbaiki kualiti entri, kualiti blog, blog yang SEO dan yang lain lain lagi. Disini juga cik en ambik kesempatan untuk ucapkan TERIMA KASIH kepada sifu blogger yang banyak berkongsi tutorial, tips dan nasihat.

Kenapa Bulu Kucing Gugur?


Kenapa Bulu Kucing Gugur | Ada pelbagai baka kucing yang ada di Malaysia. Ada yang pure breed dan ada yang cross breed. Ada yang berbaka berbulu panjang, pendek dan tiada terus bulu. Bulu kalau cantik dan berseri menandakan kucing tersebut cukup makanan berkhasiat dan sihat. Tapi mesti ada sesuatu masa, bulu kucing korang selalu gugur dan kadang kala sampai botak. 

Disini cik en cuma nak kongsi kenapa bulu kucing gugur.
  1. Gizi Makanan yang tidak seimbang
  2. Kucing tidak sihat (demam, sakit,luka dan sebagainya)
  3. Stress ( pertukaran tempat, tuan baru, cuaca makanan dan sampai masa untuk biang)
  4. Masalah cacing di dalam perut (deworming)
Rawatan Bulu Kucing Gugur
  • Jangan skip shedule untuk deworming
  • Bagi masa untuk kucing kembali tenang dengan menyediakan tempat privasi apabila korang pindah rumah, korang adalah tuan baru atau cuaca yang tidak menentu
  • Jika ingin menukarkan makanan yang lama ke baru, sila berikan secara berperingkat. Cth : 
  1. Minggu pertama : 1/4 makanan baru 3/4 makanan lama
  2. Minggu kedua : 2/4 makanan baru 2/4 makanan lama
  3. Minggu ketiga : 3/4 makanan baru 1/4 makanan lama
  4. Minggu ke empat : 4/4 makanan baru 

2015-11-22

Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 7

Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 7

Lagu Gegar Vaganza 2015 minggu ke 7 | Gegar vaganza 2015 menampilkan penyanyi Naseer Wahab, Ezylnn, Ezad Exist, Azian Mazuan Sapuwan, Nizam Laksamana, Haiza, Acong, Fardhiya, Sheeda, Amir Ukays, Siti Nordiana dan Zul Handy Black telah masuk minggu ke 6 . Tugasan mereka untuk minggu ke 7 bertemakan  RockDag adalah :


Lagu GegarVaganza 2015 minggu ke 7


  1. Secangkir Madu Merah ( Amelina) - Siti Nordiana
  2. Enter Sandman (Mentalica) - FarahDhiya
  3. Nakal (Gigi) - Ezad Lazim
  4. Camelia 2 (Ebiet) - Nasier Wahab
  5. Kopi Dangdut (Fahmy) - Haiza
  6. Hilang Naluri (Once) - Acong
  7. Cinta Tak Keruan -  Nabil / Jehan
  8. Ini Rindu ( Farid Harja dan Lucky) - Azian Mazuan Sapuan
Penyingkiran :

  1. Zul Handy Black (Minggu ke 4)
  2. Ezylnn (Minggu ke 4)
  3. Sheeda (Minggu Ke 5)
  4. Amir Ukays ( Minggu ke 6)
  5. Nizam Laksamana (Minggu ke 7)
Lagu GegarVaganza 2015 yang lain

2015-11-20

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan | Kemalangan bagi haiwan kesayangan seperti anjing dan kucing biasa berlaku lebih lebih lagi, jika kucing yang berada di kawasan bandar, perumahan atau perindustrian, Kemalangan selalu berlaku kerana faktor luaran seperti kereta yang lalu lalang membawa secara laju walaupun kawasan perumahan, atau faktor dalaman seperti kucing anda duduk dibawah kereta semasa anda ingin keluar dari garaj kereta. Jika kucing atau anjing korang mati, mungkin ianya akan selesai begitu saja tapi jika kucing atau anjing korang masih berjaya, mungkin dengan rawatan awal boleh membantu haiwan berkenaan boleh di selamatkan.

Rawatan Awal Untuk Kucing Yang Kemalangan
  1. Apabila berlaku kemalangan, jika kucing atau anjing masih hidup, bawaklah haiwan berkenaan di tempat yang lebih lapang atau terus letakkan di dalam kotak/bekas yang lebih besar dari haiwan berkenaan.
  2. Kurangkan pergerakan haiwan berkenaan
  3. Perhatikan fizikal haiwan tersebut. Adakah berlaku pendarahan atau perubahan fizikal. Ini penting bagi pihak veterinar mengetahui history haiwan tersebut.
  4. Jika berlaku pendarahan, bersihkan mengunakan kain yang bersih. 
  5. Elakkan memandikan haiwan tersebut walaupun berbau busuk
  6. Jika berlaku pada malam hari, tempatkan haiwan di tempat yang bersuhu bilik. 
  7. Pegang telingan haiwan berkenaan, jika sejuk balutkan haiwan dengan kain untuk memanaskan badannya.
  8. Terus bawa ke klinik yang mempunyai kemudahan x-ray, jika tiada bolehlah di bawa ke klinik veterinar berdekatan untuk di berikan rawatan dan nasihat selanjutnya.
Ini antara rawatan awal untuk kucing yang kemalangan. Tapi jika kucing dalam keadaan nazak ( kaki dan badan kucing mula menarik), di nasihati untuk lebih sabar dan tenang dengan apa juga kemungkinan yang berlaku.

Korang Buat GA Sebab Apa Ha?


Korang Buat GA Sebab Apa Ha? | GA adalah singkatan bagi Give Away yang selalu di buat oleh blogger otai dan juga blogger baru. Tapi sedarkah korang, bila korang anjurkan sesuatu GA, Segmen, Kontest dan segalanya memerlukan penyertaan dari blogger lain perlulah korang komitmen dengan GA tersebut sehinggalah ke penghantaran hadiah. Cik en bukannya hendak marah tapi menegur kepada blogger blogger yang sudah, tengah dan bakal menjalankan GA ini. Teguran cik en ini untuk kebaikan bukanlah untuk menjatuhkan aib atau blog sesiapa.
  1. Jika buat entri GA, pastikan semak balik ejaan, link, syarat, tarikh tutup dan kalau boleh, janganlah ubah sebarang butiran details tanpa di ketahui oleh peserta
  2. Semasa entri berlangsung, pastikan penganjur memberi sepenuh perhatian terhadap pertanyaan, dan sila buat entri jika berlaku perubahan terhadap GA atau apa apa yang berkaitan
  3. List Peserta pula selitkan tarikh dan masa update peserta untuk mengelakkan peserta yang sudah hantar penyertaan tertunggu- tunggu
  4. Permudahkan peserta untuk menaikkan jumlah peserta. Mungkin buat entri yang senang di copy paste oleh peserta. 
  5. Selepas sahaja tarikh tamat GA, sila la buat entri yang GA dah tamat. Sesibuk mana pun, sila la buat entri awal dan shedulekan sahaja. Bukan ke ada kemudahan macamtu dalam blog ini. 
  6. Jangan lah ambik masa terlalu lama untuk buat entry penguguman pemenang, kesian kepada peserta yang ternanti nanti keputusan. Kadang kala sampai berbulan untuk menunggu. Jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan, sila buat entri pendek untuk pengetahuan peserta peserta
  7. Selepas entri pemenang dikeluarkan, kalau boleh, komen la pada pemenang. itu lebih baik dari berharap semua peserta menyemak pemenang di blog korang dan mempercepatkan urusan pemberian hadiah
  8. Penghantaran hadiah pula, janganlah delaykan terlalu lama, kalau delay pun, buatlah satu entri dan nyatakan masalah masalah yang di hadapi. Kesemua peserta boleh faham sebenarnya
  9. Dan ada juga penganjur lari terus, hilang tanpa di kesan. Blog tidak berupdate, bila peserta mencari di facebook atau insta, pelbagai janji tapi tiada juga keputusan GA tersebut.
Jadi disini, cik en nak bertanya sekali lagi, Korang Buat GA Sebab Apa Ha? adakah untuk naikkan follower semata mata? naikkan pageview semata mata atau nak naikkan pendapatan iklan korang semata mata. Bila korang buat GA atau sponsar mana mana GA, ini bermakna korang dah berjanji dan dan berhutang. Manusia berpegang pada JANJI, jadi kotakan. Hutang pula boleh buat jasad kita tidak diterima langit dan bumi, jadi langsaikan lah. Kes begini bukan terjadi kepada cik en sahaja, tapi cik en yakin, ramai lagi blogger yang jadi begini. Cik en pernah terbaca di salah satu entri blog Azhafizah mengenai kes sebegini. Kami peserta bukannya mengharapkan kemenangan, kalau tiada rezeki kami akur, tapi jadilah blogger yang JUJUR. Kalau hendak berjaya dalam dunia blog ini, pastikan perkara utama adalah JUJUR, jujur dengan entri, jujur dengan blogger lain, dan jujur dengan diri sendiri. 

Dikesempatan ini, cik en hendak bertanya, adakah kesemua pemenang Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000 sudah mendapatkan hadiah hadiah yang dijanjikan atau belum. Jika belum sila pm cik en di SINI dan nyatakan details apa yang dimenangi untuk cik en langsaikan atau informkan kepada sponsar. Dan juga kalau ada cik en masih berhutang dengan blogger untuk apa apa yang telah cik en janji boleh pm juga cik en. Kecuali cik en janjikan kasih sayang dan cinta.. hihi 

p/s Cik en tengah buat pencarian bloglist blog cik en yang ke 3, hanya masukkan nama dan url blog sahaja tanpa buat entry. super duper senang kan syaratnya.tapi bukan komen di entry ini tapi di entry Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3

2015-11-19

Rawatan Kes Sporo Kucing

Rawatan Kes Sporo Kucing | Definasi sporotrichosis atau sporo cik en pernah terangkan di entry sporotrichosis. Sporo ini adalah penyakit zoonotik yang mana akan berjangkit dengan manusia. Klinik cik en juga tidak terlepas untuk kes kes sporo, ada yang masih diperingkat awal dan ada juga yang sudah tidak dapat diselamatkan. Mungkin pada entri sebelum ini, cik en lebih menceritakan secara formal tapi kali ini cik en ingin berkongsi rawatan penyakit merbahaya ini kepada pembaca entri ini.

Rawatan Kes Sporo Kucing
Kucing comel ini telah di PTS kan dengan kebenaran bertulis dari tuannya. Ianya untuk kebaikan anak kucing yang lain di rumahnya.

Selalunya penyakit sporo ini bermula dengan haiwan. Berjangkit antara kucing dan kucing yang lain melalui luka. Kita sedia maklum, kucing jantan suka bergaduh untuk mendapatkan pasangan atau kawasan. Disinilah bermulanya jangkitan. Jadi, jangan lah ambik lewa terhadap luka yang ada di badan kucing korang. Dan perlulah beri perhatian jika luka tersebut tidak sembuh sembuh dalam masa sehari dua. Untuk rawatan awal, korang boleh berikan antibiotik dan mencuci bahagian luka tersebut. Tanda yang paling senang untuk mengetahui kucing korang ada sporo atau tidak hanya dengan melihat luka yang tidak sembuh atau kering, hidung kucing mula membengkak, celah jari kucing luka tanpa sebab dan telinga kucing korang mula luka berair. Tapi perlu juga disahkan melalui ujian darah yang boleh korang buat di klinik klinik veterinar swasta.

Disini cik en akan share cara rawatan yang boleh korang praktikkan di rumah mengikut tahap penyakit. DAN di tegaskan, pengkongsian ini adalah perkongsian melalui PENGALAMAN cik en di klinik. Dan ianya adalah alternatif dan tidak dijamin boleh sembuh sepenuhnya. 

Rawatan Tahap Awal Sporo
  1. Jika ada luka yang kecil, cuci luka dengan dettol atau iodin
  2. Sapu krim luka (boleh beli di klinik veterinar atau petshop
  3. Digalakkan beli wound spray (selalunya berwarna biru atau hijau) untuk mengelakkan lalat
  4. Jangan sesekali membalut luka 
  5. Berikan antibiotik (boleh dapatkan di klinik veterinar, ada juga klinik yang tidak menjual antibiotik tanpa membawa kucing, jadi gantikan dengan multivitamin)
  6. Jika tidak baik dalam tempoh sehari 2 hari, jangan tunggu lagi, bawa sahaja ke klinik.
  7. Ataupun terus sahaja ke klinik setelah melihat luka.
Rawatan Tahap Sederhana Sporo
  1. Pastikan menggunakan sarung tangan
  2. Cuci luka dengan iodin
  3. Setelah itu, cuci dengan Hydrogen perixode( dijual di farmasi)
  4. Cuci dengan Pottasium ( cuba dapatkan di klinik veterinar kerajaan. Bagi klinik veterinar di Perak, stok pottasium selalunya ada)
  5. Lakukan dressing ini 2  kali sehari
  6. Berikan antibiotik ( tiada cadangan lain)
  7. Berikan ubat sporo yang mengandungi Hraconazole ( spronox caps) mengikut cadangan doktor vet ( ubat ini kosnya sangat mahal)
  8. Kucing di asingkan dengan kucing lain (kuarantinkan)
  9. Segala peralatan kucing berkenanan seperti sangkar atau tempat bekas makanan di cuci menggunakan dettol, lysol atau apa apa bahan distenfik.
  10. Buat ujian darah untuk pengesahan penyakit
Rawatan Tahap Kritikal Sporo
  1. Gunakan kaedah 1 - 9 Rawatan Tahap Sederhana
  2. Cuma lakukan dressing 3 - 4  kali sehari.
  3. Antibiotik dan ubat sporo tidak boleh skip sekurang kurangnya 6 bulan
  4. Jika keadaan lebih teruk, dan disahkan sporo melalui ujian darah, dinasihatkan untuk PTS untuk mengelakkan jangkitan kepada kucing yang lain
PTS adalah singaktan bagi Put To Sleep. Mungkin ada pencinta kucing atau haiwan akan marah bila di cadangkan untuk PTS, tapi ini adalah satu satunya cara dari merebak ke kucing yang lebih sihat. Jadi PENTING, di peringkat awal jangan ambik mudah atau "tak apa, sikit je". Kerana dengan sikap sebegitu, kucing anda mungkin berada dalam tahap kritikal. 

Cara Kucing dan Anjing Minum Air

video

Cara Kucing dan Anjing Minum Air | Entry kali ini cik en hidangkan dengan video. Begitu Indah ciptaan Allah S.W.T. Selama ini kita hanya melihat kucing atau anjing meminum air, tapi pernah tidak kita berfikir, bagaimana lidah mereka berfungsi. Video ini adalah gerakan perlahan yang mana korang akan melihat keajaiban. Cik en ingatkan lidahnya ke depa tapi kebelakag rupanya.

Menang Dari Blog Aryshafayyadh

Menang Dari Blog Aryshafayyadh |  Rezekinya sepatutnya adalah pada bulan lepas dari blog aryshafayyadh kerana cik en menyertai GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com. Dan cik en memenangi Keychain dari Taiwan. Sesepos yang sama, cik en terima kad yang menyatakan im so sorry, ini kerana cik en rasa hampir sebulan baru dapat hadiah ini. Its ok, sebabnya cik en faham kekengan masa yang bila bekerja ini.

Alhamdulillah, semakin banyak koleksi keychain cik en ini. Keychain Ireland pun dari blogger tapi lupa dari blog mana, Istanbul dari pelanggan klinik cik en aunty Rozie dan New York dari seorang doktor di jabatan cik en iaitu Dr. Yusniza. Masih mencari rezeki untuk dapatkan koleksi keychain dari negara negara lain.


Tapi misi pencarian globe salji masih belum selesai. Tiada lagi GA yang menawarkan globe salji itu. 
Terima kasih kepada aryshafayyadh kerana buat GA yang ohsem ini. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads