Kerjaya Sebagai Pembantu Veterinar

Awang and Wife, Si Lembu Bali
Kerjaya Sebagai Pembantu Veterinar | Ringkasan Tugas Pembantu Veterinar yang ada di Malaysia adalah bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan dan penguatkuasaan di peringkat Kumpulan Sokongan dan melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT), pengurusan kesihatan haiwan, pengurusan kesuburan haiwan, pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan, pemeriksaan ante-mortem dan post-mortem di abatoir dan loji pemprosesan, memberi khidmat nasihat mengenai usaha ternakan, penguatkuasaan undang-undang veterinar, pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Terbahagi kepada Beberapa Gred iaitu Gred 26 dan 22 dan Gred 17. Gred Gred ini mempunyai bidang tugas yang lebih kurang sama di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu, Ladang Ternakan Jabatan, Kuarantin Haiwan, Pejabat Veterinar Daerah, Pusat Latihan Jabatan, Abatoir(rumah sembelih) Jabata, Abatoir dan Loji Pemprosesan Milik Swasta, Zon Pengeluaran Ternakan dan Penguatkuasaan Undang Undang Veterinar. 

Hubungan kerja luaran adalah dengan hubungan antara Orang awam, Penternak tradisional, Pengusaha ternakan komersial, Syarikat swasta, Jabatan/agensi kerajaan yang lain, Peniaga ternakan/hasil ternakan dan Pemilik loji/abatoir swasta.

Sifat yang perlu ada adalah Berminat dengan bidang haiwan, Kasih sayang terhadap haiwan, Tahan lasak untuk kerja lapangan, Bersih, cekap dan amanah, Jujur, Bertanggungjawab dan Kemahiran berkomunikasi.

Tetapi terdapat risiko risiko bahaya dan anacaman seperti Terdedah kepada bahaya penyakit berjangkit (zoonotik), Terdedah kepada kecederaan diri semasa mengendalikan haiwan, Penyelewengan semasa kerja, Kepentingan diri dan Terdedah pada unsur rasuah.
Sumber dari DVS

Itulah serba sedikit kerjaya veterinar apabila anda bekerja di bawah kerajaan. Jika di bawah swasta mungkin bidang tugas lebih kepada peranan pihak swasta tersebut. Contoh seperti Pembantu Veterinar di Klinik Veterinar Swasta, Pembantu Veterinar di Ladang Ladang ternakan swasta, Tempat Pemprosesan dan sebagainya. 

Dan untuk makluman pembaca cik en, cik en adalah pembantu veterinar di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dan bertugas di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah. Cik en dibawah bahagian kesihatan yang mana menjalankan aktiviti klinik veterinar, permit, kesihatan, Ambulatori dan Kesihatan Ternakan dan Gerompok, Skop cik en dikecilkan dengan bertanggungjawab dalam perkhidmatan klinik, Ambulatori, Kesihatan dan Kesihatan Ternakan dan Gerompok. Cik en bukanlah pemakai baju kurung ke pejabat tapi lebih selesa berseluar dan berbaju tshirt atau kemeja. Dan sesuai dengan diri cik en yang tidak sukakan kerja yang pasif, kerjaya ini adalah kerjaya yang menyeronokkan bagi cik en. Cik en seorang yang lasak dan sukakan cabaran. Jadi cik en tegaskan disini cik en bukanlah doktor veterinar tapi pembantu veterinar sahaja. Diberi kuasa merawat, dan kerja yang diperturunkan oleh Pengarah Jabatan Veterinar Negeri. Jadi kebanyakan info veterinar yang pernah dikeluarkan di dalam blog ini berdasarkan pengalaman, pembelajaran dan kursus yang telah cik en hadiri. Cik en suka kongsi masalah masalah yang ada disekeliling cik en terutama masalah masalah kesihatan di klinik cik en. Ini sebagai panduan kepada tuan haiwan kesayangan dan haiwan ternakan dalam memahami permasalahan haiwan haiwan terbabit. Cik en tidak mengharapkan pembayaran dari setiap info dan panduan diberikan, cukup ianya menjadikan sebagai salah satu penyelamat awal. Disini cik en kongsikan aktviti yang dibuat oleh cik en semenjak menjadi Pembantu Veterinar

Rawatan di klinik

Program di lapangan

Program kesihatan di ladang khinzir

rawatan di klinik

salah seekor pesakit. Namanya si Lutong Rama
Berpakaian selesa
Program Kesihatan Kerbau
Program Kesihatan Lembu
Aktiviti Survelen Pengambilan Darah Ternakan
Borang Penghantaran Ujian Serologi

Ini Neos, Anak Kak Top, Bini Kedua OH MY JEP
Rawatan Burung Hantu Comel

Mungkin banyak lagi gambar gambar yang cik en nak kongsi, tapi cukuplah pengenalan awal aktiviti di tempat kerja cik en kali ini.
*Boleh rujuk info veterinar di SINI



Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

10 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah macam menarik je kerjaya ini :-)

    ReplyDelete
  2. wa detail gitu cik en. tahniah. dengan kerjaya cik en sekarang, PG boleh kategorikan cik en seorang yang amat-amat penyabar :D

    nampak cik en tulis detail macam ni, teringat nak isi borang prestasi :D

    ReplyDelete
  3. wah!!! beraninya ciken...kalau sy mmg failed sbb semua haiwan blh dikatakan sy takut

    ReplyDelete
  4. Kalau cik en nak tahu..ni salah satu kerjaya yang kak yan nak masa lepasan spm dulu...tapi tak kesampaian..huhu

    ReplyDelete
  5. kepuasan merawat binatang itu sama je dgn merawat manusia sbb kedua-duanya insan bernyawa ... klu dekat blh pas my cats yg selsema dan batuk ni ... huhuhuu

    ReplyDelete
  6. Salam cik fuzie, saya nak tanya sikit je, komen cik fuzie, sepanjang kerja di veterinar, sekarang dah 2021, best tak kerja veterinar.. Huhuhuhu... Jujur tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jujur nya memang enjoy kerja ni.. cume bebanan kerja sahaja yang kadang2 kala penat.. tp klu bab kerja dan tmpt yg dii tempatkan sekarang memang enjoy dan sebab itu bila interview jawatan lain tak dapat2 sebab yg temuduga nampak lebih enjoy dengan kerja skrg.. hahahahah

      Delete
  7. Assalamualaikum. Saya nak tanya kalau untuk interview as pembantu veterinar swasta. Pakaian apa yang sesuai ya ?

    ReplyDelete
  8. sy ade iv 24/3/2022 ini as pembantu vet gred g 19..so nnt dia akn hntar jauh2 ke

    ReplyDelete
Previous Post Next Post