www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2014-01-17

Pencuci kawasan intim wanita yang merbahaya


Pencuci kawasan intim wanita yang merbahaya | entry ini pun antara entry jawapan untuk pertanyaan kawan kawan blogger cikcik yui kita untuk kita memberi jenama produk pembersihan intim wanita akan menjadikan ia topik hangat



ada yang kata di sabotaj, ada yang kata letak pasir atas periuk nasi orang, cuma dari apa cik en pernah baca produk - produk yang menggunakan SLS atau nama penuhnya Sodium Lauryl Sulfate . Untuk sesiapa yang tidak pernah tahu ianya adalah salah satu penyebab kanser untuk jangka masa lama. SLS ini diletakkan dalam bahan kosmetik dan barangan harian kita adalah untuk menjadikan kosmetik terutama pencuci muka, pembersih vagina berbiuh..

Disebabkan sekarang kita kerap menggunakan pembersih wanita, kita dapat lihat penyakit serviks mesti ada dalam 1/10 wanita sekarang
memang ada bahan dalam pemberih vagina adalah manjakani dan sireh. memang baik tapi bila dicampurkan dengan SLS, benda ni menjadi bahaya, alhamdullah sekarang cik en akan tengok isi kandungan bahan kosmetik dan jika ada SLS cik en tidak akan membeli. Kalau terpaksa selalunya cik en akan jarang menggunakannya. Satu produk asli yang cik en pernah pakai dulu adalah FADARAJ yang original tiada SLS. sekarang tidak pasti sebab dah lama cik en tidak memakai
Allah menjadikan kita sebaik baiknya.

Difaraj dan vagina kita mempunyai bakteria baik yang akan membunuh bakteria jahat. cuma selalu menjaga kebersihan dan kering selalu, Penjagaan seluar dalam pun sama jangan nak pakai 2 3 kali. cukup sekali dan basuh tanpa membilasnya dengan pelembut kain. Itu aset seorang wanita, so pandai pandai lah menjaganyaitu pengetahuan korang, SLS ini digunakan dalam produk syampu, sabun dan bahan bahan yang terhasilnya buih. so be careful dalam pemilihan ye...

untuk menyakin korang yang SLS ni merbahaya boleh rujuk entry entry ini


p/s : pesan kepada semua wanita wanita yang kita kenal. diharap info ini dapat membantu .

2014-01-16

Happy Birthday Eintan Nurfuzie


Alhamdulliah.. jam menunjuk 12.30 pagi bertarikh 16 Januari 
Happy Birthday untuk diri sendiri
entry ini adalah entry auto publish
Dengan itu cik en dengan sedihnya mengumumkan yang cik en dah TUA
untuk kawan kawan blogger cik en

di entry ini cik en akan ceritakan sedikit sebanyak kisah cik en
ala, biodata cik en lebih kurang

Cik en dilahirkan di Hospital Daerah kuala kangsar pada 16/01/1987
Diberi nama _________________ atau nama online cik en 
EINTAN NURFUZIE
hanya sesiapa yang kenal cik en je yang tahu siapa nama cik en
sebab nama online cik en lebih pemes dari nama sebenar cik en
lagipun untuk menjaga keselamatan cik en
berbesar di merata tempat di semenanjung ni, cik en dan cik en sebenarnya berpindah 11 kali di 10 buah sekolah?
untuk penerangan lebih lanjut klik entry ini

Betul ke Cik En pernah pindah sekolah 11 kali di 10 buah sekolah?



dan untuk pengalaman kerja cik en 
kebanyakannya ramai yang dah tahu
pada yang tahu boleh tengok entry ringkas cik en disini
dan alhamdullilah.. dah confirm pun dalam kerajaan ini
masuk ni kali ke3 menyambut hari jadi dalam jabatan ini
so cik en tak nak mengomel panjang
cik en harap dengan usia bertambah ini
cik akan dapat

  • membaiki diri sendiri
  • membantu keluarga
  • buangkan sifat sifat yang akan merugikan diri cik en
  • dapat mematangkan diri
  • paling utama, kawal perasaan marah
  • kahwin
  • nak beli rumah 
  • nak settlekan hutang
  • bahagia
  • murah rezeki
  • panjang umur
  • dapat pelajari ilmu agama dengan lebih mendalam
insyallah

p/s : Cik En dah tua.. 27 tahun dah!!!!!



Photobucket

2014-01-15

2014-01-13

Adakah saya Menopause


salam semua
apa khabar?
harap semua sihat sihat
entry ini dipostkan untuk menjawab soalan seorang blogger kita Nancy Dar yang mana pertanyaan nya melalui entry 



Dilema Wanita : Menopause atau Putus Haid



seperti biasa pertanyaan yang diajukan perlulah jawapan yang berfakta
dan cik en perlu research dan ada jawapan cik en merujuk kepada entry blog tertentu yang mana cik en akan sumberkan

bila dicerita mengenai menopause sebenarnya semua wanita akan mengalami dan dari hasil  pembacaan cik en wanita seawal 50 an akan mengalami. Mengikut keawalan kita datang haid
pada saudari Nancy Dar dia katakan dia berumur 36 tahun dan haid berkurangan
amat jarang la sebab 36 tahun adalah umur yang masih muda
antara faktor faktor mempengaruhi kedatangan haid adalah


  1. Tekanan/stress
  2. pemakanan
  3. Masalah berat badan (berlebihan dan kekurangan)
  4. Hormon prolaktine yang berlebihan yang menyebabkan haid tidak dapat keluar
  5. Penyusuan
  6. Masalah kelenjar Tiroid
  7. Perubatan
  8. Ubat pencegah hamilan
  9. Senaman yang berat
dan selalunya kita di Malaysia masalah utama adalah tekanan dan masalah berat badan

antara cara mengatasinya adalah seperti berikut

  1. Amalkan EPO . Boleh rujuk entry ini
  2. Amalkan pemakanan yang sihat. Ikutlah piramid pemakanan
  3. Kurangkan stress dengan memanjakan diri. Jika masa terlalu suntuk, lebihkan semasa mandi dan belilah sabun beraromaterapi atau sebelum tido nyalakan lilin aromaterapi.
  4. Elakkan ubatan yang anda rasa kurang sesuai untuk anda. Diingatkan bahawa ubat ubatan lelaki dan perempuan yang semakin menggila kadang kala kita tidak pasti keaslian dan mungkin juga membawa kesan buruk kepada kita
  5. Carilah pencuci vagina yang tiada LSL -LSL akan menyebabkan kanser untuk jangka masa yang lama.
  6. Gunalah pad atau tuala wanita yang beherba untuk membersihkan bahagian rahim kita 
  7. Buatlah temujanji dengan doktor untuk lebih lanjut.

p/s : ini khas untuk wanita yang bukan pregny ok? :)

Photobucket

Giveaway Birthday Azhafizah




Salam semua dan AZHAFIZAH sendiri
hari ini baru masa terluang nak jalan jalan membalas kunjungan dan kunjung blog AZHAFIZAH
so cik en join la
so far cik en dah lama follow blog dan fanpage
dari sebelum tawen ooo cik en follow.. suka dengan kekretifan beliau
admirer. bukan sebab nak mengampu tapi ini kenyataan dan cik en salah seorang silent reader blog 
SIHATI SIMERAH JAMBU yang berkonsepkan PINK semua
so far untuk besday beliau cik en akan sediakan pantun birthday untuk beliau

Cantik ditayang ditenung lama
Raja melihat hatinya dipalu
Hari Lahir yang bakal menjelma
semoga sihat dan bahagia selalu



p/s : HAPPY BESTDAY!!!

Photobucket

Cara atasi STRESS bekerja


salam semua
apa khabar?
hari ini hari isnin dan selalunya ia merupakan monday blues tuk kita semua
ini satu cadangan cik en untuk kembalikan mood kita di pagi hari terutama hari isnin
cuba amalkan dan korang akan rasa releks
tak perlu membaca atau ngadap blog cik en ini
hanya perlukan spekar dan application yang membenarkan play youtube dibawah



dah play, minimize kan dan teruskan keje keje anda
kalau sesiapa yang tak boleh play
downlond kan dan mainkan saja selepas downloand
Downloand
Photobucket

2014-01-12

2014-01-11

2014-01-10

Pemenang Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary


Salam semua
di pagi jumaat ini cik en akan umumkan pemenang untuk pencarian cik en kali ini
data dirandom disini



2x pemenang

8 - tidak melapor diri no baru 6 no baru 7
3 - email done



1x pemenang

2 - email done



1x pemenang

12 tidak melapor diri no baru 10 no baru 4



1x pemenang

1- email done



3x pemenang

11 - email done
 5 - email done
 9- tidak melapor diri no baru 8 burn kerana tiada peserta dah

list peserta boleh rujuk di sini


  1. Yun Sing 
  2. Ifeerafeera 
  3. Karimah Zulkafali 
  4. MiMi 
  5. Mastura Aziz
  6. Yumida -
  7. Wanie Seuk
  8. Mohd Noor Shawal Bin Mohamad -
  9. Misya -
  10. Cik Tieka-
  11. Ezalya
  12. Damia -

Pemenang perlulah email cik en melalui email 
nurfuzie@gmail.com

tajuk : saya dah menang


  • nama penuh
  • alamat
  • no telefon
  • no peserta dan hadiah dimenangi
Cik en beri masa sehingga hari isnin (2 ptg) ini untuk email. jika tidak hadiah akan di random balik

p/s : happy dah settle semua!

UPDATE
jam dah menunjukkan jam 2 ptg 
3 pemenang tidak melaporkan diri 
maaf cik en akan random 3 pemenang lagi ye
random k2 akan tamat pukul 2 ptg ini

UPDATE 15/1
random ke 3 akan tamat 2 ptg 16/1

Photobucket

2014-01-09

Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary - Ditutup

Alhamdullah
semalam tamat sudah pencarian cik en
sebelum cik en randomkan keputusan sila check nama anda ye disini

NAMA PESERTA

Cik en akan umumkan keputusan secepat yang mungkin
tq semua
Photobucket

2014-01-08

Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary


***STICKY POST***

Assalamaualaikum dan salam sejahtera semua
Seperti yang dijanjikan cik en akan berikan hadiah hadiah untuk blogger bertuah cik en bersempena Bulan Januari 2014
Ada apa dengan cik en bulan Januari ini?

1. Anniversary Blog cik en - Januari 2010 (hakikat nya bermula okt 2007)
2. Anniversary ke 3 Geng VA Perak 2011 (2/1/2011)
3. Hari Ulang tahun Kelahiran cik en ke 27 (16/1/1987)
4. Anniversary Cik En dan Mr Z cik en (21/1/2012)
5. Hari Ulang tahun Abah Cik En (31/1/1963)

Sempena Anniversary terbanyak ini, cik en dengan murah hati nak share rezeki dengan blogger bertuah


Syarat untuk menjadi blogger bertuah pencarian cik en


1. Follow blog dan like 


2. Buat Entry bertajuk "Pencarian Cik EN dan Blog - Big Anniversary"
3. Tempek banner ini dan link ke entry ini




4. Just tinggalkan link di entry ini

Senang je kan?


Hadiah seperti berikut :



2 shawl - 2 pemenang


Beg Galas - 1 pemenang


Kemeja Paul Smith - 1 pemenang


Jubah - 1 Pemenang

tambahan hadiah dari pangkor

Keychain  - 3 atau 4 Pemenang

Pencarian ini bermula 23/12/2013 - 8/1/2014


Sesiapa yang nak sponsar masih boleh. 
boleh pm kt SINI
Sebarang perubahan akan di update di page cik en ye


UPDATE 25/12/2013

NAMA PESERTA

Photobucket

2014-01-07

Sharifah Aryana, Pelakon Mukshin Penampilan Terkini


salam semua..
korang mesti pernah tengok cerita Mukhsin
masih ingat pelakon cilik si Sharifah Aryana?
adik kepada Sharifah AmaniSharifah Aleya
dan anak kepada Fatimah Abu Bakar



dilahir pada 21 april 1995 berusia 18 tahun kini
muka yang sweet ini ramai yang akan ingati tetapi menjangkau usia 18 banyak cik en tengok banyak perubahan kepada beliau
semakin cantik dan mengancam
nak tengok wajah sekarang?





nak layan lagi pic dia korang klik SINI

apa apa pun dia tetap comel tapi rasa kalau dia berstyle macam mukhsin dulu berbaju kurung mesti sangat manis kan?

p/s : meh join pencarian cik en disini
Photobucket

2014-01-04

Lirik dan Video lagu Dewi Cinta - Adira




Apa yang perlu ku lakukan
Untuk menyatakan padamu
Yang cinta ini adalah tanpa batasan

Percayalah yang diri ini
Hanya untuk bersama mu
Ke mana pun jua
Andai hayat bersama ku

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Ohh… ohhh
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Wahai dewi dewi cinta
Katakanlah pada dia
Yang diri ku ini adalah ratu cinta
Yang sangat menyayangi mu

Ohh… ohhh
Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat

Maaflah wahai sayang
Andai dirimu terasa
Diriku yang jauh
Tapi percayalah aku tetap dekat
Tapi percayalah aku tetap dekat


Photobucket

2014-01-02

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU

assalamualaikum semua
pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2004
2013 banyak meninggalkan kita kenangan suka dan duka

 
di harap melangkah tahun baru ini akan beri azam baru kat kita 

masih boleh join 
Pencarian Cik EN dan ANNIVERSARY
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads