www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2013-12-16

POLIGAMI ITU INDAH

salam semua
lama gak cik en tidak meng"update"
macam macam benda yang berlaku cuma kesempatan yang tiada
cik en akan update mana yang mejadi topik hangat
kali ini cik en nak share 1 kisah mengenai POLIGAMI
sebut sahaja poligami pelbagai reaksi kaum hawa dan kaum adam
ada yang bangkang dan ada yang seronok bercerita dan ada yang jenis atas pagar
kali ini kisah yang korang rasa jarang sangat berlaku
cik en tidak akan menggunakan nama sebenar
bukan kerana ia perkahwinan yang senyap senyap tapi untuk tidak terlalu open sangat


Kak A dan Abg Man dah bercinta dari sekolah dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Cik en kenal Kak A sejak tahun 2008 semasa latihan industri
Kak A pada awalnya tiada keistimewaan, hanyalah seorang kakitangan kerajaan yang biasa.
Beliau kemudian mempelajari ilmu mekap dan akhirnya menjadi jurumekap pengantin.
Semakin lama permintaan semakin tinggi dan akhirnya Kak A dan Abg M bergabung untuk membuat pelamin, buaian berendoi, dan sebagainya.. 
Mereka dari keluarga yang sederhana telah menambah pendapatan yang boleh dibanggakan
Sampai la suatu hari cik en dikejutkan status FB dari kak A yang mengatakan tahniah kepada Abg Man dan seorang sedara cik en Kak T 
Dengan keadaan terkejut cik en merisik risik dan ternyata Kak T dan Abg M akan bernikah?
memang susah untuk percaya Kak A sendiri yang pergi ke rumah Kak T untuk merisik
WOW! bukan senang seorang wanita tuk meminangkan seorang wanita untuk husben dia.
Teki teki berakhir pada
11.12.13
Kak T dan Abg M bernikah
pic dikeluarkan di acc FB kak A 2 hari selepas akad nikah
dan pelbagai komen dikeluarkan
Cik en say tahniah dan berharap dapat menjalani kehidupan ber3 dengan baik
so dari cerita ini apa komen yang korang rasa nak taip untuk ke3 watak dalam cerita ini?


Poligami satu perkataan yang sangat dibenci oleh wanita.
tapi dalam cerita Kak A dan Kak T ni mereka bermadu dalam keadaan yang bahagia
begitu juga kisah Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah dan sekarang mereka semakin bahagia
Untuk menolak Poligami tidak boleh tapi untuk kes Poligami ini pelbagai pihak mempunyai peranan.

1. Suami - perlu berlaku adil dari segala aspek. kewangan batin, perhatian, kasih sayang, hati,  dan semuanya
2. Isteri- isteri- Kawal emosi, bawa berbincang, Kawal rasa cemburu, dekatkan diri dengan Allah, Ingatkan suami tentang pantang larang Poligami, dan bersedia bahagi kasih sayang dan paling penting dengar cakap suami(selagi tidak ada pencanggahan)
3. Anak(yang paling penting kerana anak memainkan peranan mendamaikan - Kawal emosi jangan jadi batu api, Jangan pulaukan bapa, Jangan terbit rasa benci dan tegur secara baik jika ada berlaku ketidakadilan
4. Ibu Bapa/ Mentua - Memainkan peranan mejadi orang tengah. Jangan menyebelahi sesiapa
5. Masyarakat - Jangan jadi batu api dan beri nasihat yang terbaik untuk kedua kedua pihak. Setiap perkahwinan adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Allah

Yang paling penting Suami harus kuat dan harus melihat diri sendiri, Mampu atau Tidak. Kalau mampu POLIGAMI lah dan jaga lah hati isteri isteri anda
Jika Tidak, batal je niat nak mengatal.. :)

POLIGAMI itu INDAH jika masing masing tahu peranan disamping mendekatkan diri dengan ALLAH

Photobucket

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads