www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2013-06-14

Najis MUGHALLAZAH Mengapa dengan Tanah


salam sahabat cik en semua!
sihat? di pagi jumaat ini cik en nak sharing lagi ilmu atau info yang cik en ambik dari majalah Solusi isu 56
Kita di ajar dari kecil yang kita mempunyai 3 jenis najis

  1. Najis Mukhaffafah - najis ringan
  2. Najis Mutawassitah - najis pertengahan
  3. Najis Mughallazah - najis berat
perlu ke cik en nak terangkan najis najis ini?
tak perlu kot sebab ini merupakan asas dalam pelajaran pendidikan agama dari sekolah rendah lagi tapi kalau ada sesiapa yang dah lupa boleh rujuk di SINI
Sekarang tumpukan fikiran anda kepada najis berat iaitu MUGHALLAZAH
najis berat melibatkan anjing, khinzir serta keturunan kedua duanya
Macam mana kita nak mengucikan najis ini?
semua kena ingat balik, sebab ia nya perlu ada dalam fikiran kita sentiasa..
ok2 cik en akan beritahu untuk memudahkan entry cik en ini
Cara menyucikan adalah 
7 kali basuhan = 1 air bercampur tanah + Air mutlak
Dan persoalan yang cik en nak tanya disini, mengapa digunakan air tanah, kenapa tidak tepung?kapur atau sabun sahaja?
kenapa dalam Islam perlu guna TANAH?
dan hasil bacaan cik en di majalah SOLUSI ni

Tanpa kita sedar, tanah merupakan bahan yang berguna kepada manusia
Komposisi tanah adalah 45% mineral, 25% udara, 25% air dan 5% bahan organik
kalau korang nak tahu, antibiotik yang ada dipasaran terhasil daripada TANAH
dan ada kajian mengatakan tanah mempunyai bakteria IVERMECTIN iaitu membunuh cacing dalam manusia dan ternakan
Jangan terkejut TANAH juga merupakan bahan ANTIKANSER (bakteria tertentu dalam tanah)
seperti kita tahu ANJING dan KHINZIR merupakan haiwan yang mempunyai bakteria yang mana tidak dapat dimatikan walaupun dengan memasakkannya sehingga 100 darjah celcius
dan hanya dengan tanah yang mempunyai komposisi yang sedia ada mampu membunuh bakteria bakteria "degil" ini
tapi bukan tanah yang ada tepi tepi jalan ini, dalam ISLAM sendiri diberitahu tanah tanah yang sesuai di ambil untuk dijadikan cucian najis ini


Photobucket

2013-06-13

Menghalau Kenangan Silam Pasangan

salam semua
lama cik en mendiamkan diri kan?
sampai x sempat nak membalas kunjungan sahabat2 blogger cik en
kali ini berpandukan majalah WANITA Jun 2013 cik en nak sharing satu cara yang cik en yakin semua pernah menempuhnya


Sebut "kenangan silam", pelbagai respon yang cik en akan dengar.
semua orang ada kenangan silam masing masing.. ada yang pahit dan ada yang manis
dan apabila berjumpa dengan pasangan yang kita rasa tebaik buat kita mesti ada kenangan silam masing masing sebelum berjumpa dengan korang
tapi bagaimana kita nak hadapi kenangan silam pasangan kita yang mana memberi impak kepada perhubungan korang?
walaupun ia tidak mudah diterima oleh akal atau mustahil kita nak meng"ignore"kan kerana setiap hari kita akan mengingatinya apabila melihat pasangan kita tu (jika kisah silam negatif)
tapi korang kena juga melupakan perlahan perlahan supaya hubungan korang akan lebih harmoni dan tanpa pendamkan perasaan masing masing setiap hari
ini adalah langkah-langkah yang boleh korang praktikkan


  1. Setelah mengetahui kisah silam pasangan, cuba bertindak positif dengan mengawal emosi dan keadaan
  2. Kuatkan hati dan kesabaran bila berhadapan dengan pasangan
  3. Tanamkan dalam hati yang pasangan korang itu boleh berubah jadi yang lebih baik sekaligus menjalani kehidupan bersama yang berbahagia
  4. Jangan sesekali sisihkan pasangan takut nanti dia akan kembali kepada tabiat kisah silamnya itu
  5. Kalau rasa tertekan, carilah sahabat atau saudara mara yang boleh dipercayai dan simpan rahsia untuk korang luahkan.
  6. Fikirkan yang kita pun ada kisah silam dan pasangan kita tu pun menerima kita seadaanya. Lain la kalau korang memang tak ada kisah silam.. so renungi diri sendiri
  7. Berhenti bersangka buruk
ini antaranya.. kalau ada cadangan atau cara yang lain boleh sahaja korang dropkan komen kat bawah ni
percayalah
setiap orang mempunyai kisah tersendri untuk mereka menjadi matang, anggaplah ia salah satu dugaan bagi kita


2013-06-12

Kalau Kita Mahu Jadi Baik



salam semua sahabat cik en?
harap korang ceria di hari ini
Kalau Kita Mahu Jadi Baik ...........
ya, itulah tajuk cik en kali ini
Percayalah setiap orang mahu menjadi lebih baik dari hari ini kan?
siapa tak mahu jadi baik dan disenangi oleh semua orang
bila semua orang senang pada kita, rezeki akan murah dan senang dapat pekerjaan lagi yang masih tercari cari pekerjaan

Suatu masa dulu, cik en bukanlah seperti sekarang
cik en tidak bertudung, bebas berkawan dengan siapa sahaja, jarang dengar cakap famili cik en, selalu bermasalah semasa belajar dahulu dan di tempat kerja.
dalam keadaan seperti itu, jauh dalam hati cik en, cik en mahu berubah
berubah menjadi baik supaya orang tengok cik en suka, selesa dan mudah mesra

sesiapa yang mengikuti blog cik en, banyak perubahan yang berlaku kepada cik en
segalanya berubah bila terjadi kisah ini
begitu payah untuk cik en bangun
dan belajar erti kehilangan

alhamdullah, akhirya cik en berjaya berdiri pelan pelan dan belajar menerima qadak dan qadar
selepas perhubungan berakhir cik en still lagi menyendiri
belajar menjadi lebih baik sendiri 
sehinggalah kehadiran
MOHD ZAIRUL MIKHAIL 
dalam hidup cik en
benarlah kata orang
kalau kita mahu jadi baik, Allah akan tolong kita
apa yang Allah tolong kita?


  • Bantu kita mencari jalan kebaikan
  • Mendekatkan kita dengan orang yang baik baik
  • Allah murahkan rezeki kita
  • Allah bagi kegembiraan dan keindahan dalam kita
  • Allah bagi KETENANGAN yang tak dapat diucapkan
  • Allah permudahkan masalah kita
Percayalah kalau kita mahu berubah jadi lebih baik, jangan takut, teruskan
jangan mudah mengalah
sebab akan ada orang bantu kita
akan kita jumpa orang yang boleh membimbingkan kita
dan bukti yang dapat cik en nyatakan adalah 
DIRI CIK EN 
sendiri
banyak benda positif yang cik en dapat bila cik en jumpa Mr Right cik en ni
siapa dia?
suatu hari semua akan tahu. Cik en takkan sembunyikan lama lama 
Cuma masa akan tentukannya

p/s : awak, terima kasih sudi terima saya seadanya dan sanggup membimbing saya
hanya Allah yang dapat membalaskan jasa awak. disaat saya jatuh, awak pendorong saya dalam diam. Awak sayang saya tanpa harap balasan dari saya. 



Photobucket

2013-06-03

2013-06-02

Rawatan Muka Mengikut Umur

salam sahabat cik en
sihat ke pada hari ini?
entry kali ini untuk rawatan muka? 
suka? ya, benda yang akan menarik ramai wanita membaca.
untuk kecantikan la katakan
entry ini pun diinspirasi dari majalah ANIS 190 mukasurat 108
entry ini terbahagi kepada 3


  • Rawatan muka untuk umur 15 tahun
  • Rawatan untuk umur 25- 40 tahun
  • Rawatan untuk atas 40 tahun
cik en akan meringkaskan sehabis boleh ya?

Umur 15 tahun

Pada umur ini lebih kepada minyak dan jerawat. Jika tidak dirawat atau suka pecah pecah jerawat , parut berlubang macam kawah di bulan. so penjagaan pada usia ini penting

  1. Pencuci muka
  2. Krim pelembap
  3. Krim UV untuk mengurangkan minyak
  4. Krim anti jerawat
  5. antibiotik jika perlu
25 tahun ke 40 tahun

Perubahan horman berlaku kerana umur ini adalah peringkat kehamilan, penyusuan bayi dan kitaran haid

  1. pencuci muka
  2. krim pelembap (siang malam)
  3. krim UV (siang hari)
  4. rawatan pencerahan kulit atau serum untuk keanjalan kulit seperti peeling, microdermabrasion, intense pulsed light atau radiofrequency sebulan sekali
40 tahun ke atas

Pada masa ini horman semakin berkurang kerana akan mengalami perimenopous dan menopous. pada masa ini adalah tertumpu pada tambahan kolagen

  1. Pencuci anti penuaan
  2. krim pelembab siang malam
  3. serum siang malam dan pilih untuk prnambahan kalogen seperti retinol, epidermal growth factor 
  4. Krim UV untuk siang
  5. Rawantan muka tertumpu pada tambahan kalogen seperti radiofrequency, intensed pulse light dan co2 laser untuk tegangkan mana yang kendur dan kedut
  6. Jika de tompok hitam atau jeragat akibat UV gunakan produk berumsurkan hodrouinon,kojik asid, arbutin atau vitamin C dan lakukan Q-switched lase
p/s : cik en yang 25 hingga 40 tu, rawatan pencegahan tak buat lagi ini.. huhu..

Photobucket

2013-06-01

Bacaan Wanita Sahaja : Gatal Di celah peha


salam sahabat cik en?
nampaknya makin banyak yang cik en nak update semenjak 2 menjak ni
masih dengan berkonsepkan masalah wanita
cik en nak share sedikit masalah wanita


Gatal di celah peha


ini bukan entry lucah ke atau apa apa pun tapi tolong baca dengan fikiran kesihatan wanita
cik en tau ramai yang malu nak sharing masalah ini, ada yang mendiamkan diri sahaja dan curi curi layari internet untuk tahu penyelesaian masalahnya
sama juga dengan cik en
curi curi search tapi semua tak menjadi
ada guna bedak sejuk, air suam bagi mati kuman, krim yang bukan untuk bahagian situ
disebabkan tak tahan sangat cik en ke klinik dan katakan gatal2 bahagian badan. malu kot nak cerita bahagian tu sebabnya doktornya lelaki
last last injection cik en dapat.
memang baik tapi sekejap je.
pastu gatal balik. sampai luka luka.. amatlah terseksa. amatlah merana.. nasib tak berkawen lagi, kalau tak malu dengan suami
akhirnya cik en mati akal. semua ubat yang cik en gunakan tak mujarab sebabnya ia tak sesuai untuk bahagian sentitif tersebut. mana nak baik kan?
satu hari cik en nekad ke farmasi, nasib lah yang layan cik en tu aunty yang ramah. awal cik en nak cari pembersih wanita seba med
demi kesihatan cik en, cik en perlu berani share.
akhirnya cik en gtau la aunty tu
alhamdullah aunty tu faham walaupun cik en just bagi hint hint sahaja
dia suggestkan sebamed femine wash
ubat makan iaitu anti fungas
tapi cik en amat cerewat. sebelum ni cik en makan ubat gatal akan menjadikan cik en ngatuk tahap dewa. waktu bekerja pun pun boleh tido
bayangkan. sebab cik en memang jarang makan ubat.. sekali makan ubat yang mengantukkan akan mengantuk macam tak tido sebulan
so cik en suggestkan ubat yang tak ngantuk langsung
argh, xde ubat sebegitu untuk cik en
akhirny aunty suggestkan ubat cuci darah
tak mengantuk
so cik en amalkan hari hari dan cik en berpantang makan ayam, seafod dan benda yang mengatalkan
sebulan makan ikan dan daging je
alhamdullah berjaya. dan tempat gatal seperti kaki cik en pun baik..
huhu

so kat sini cik en listkan apa yang korang perlu cari kalau ada masalah macamni ok?
  1. Sebamed Femine wash
  2. Ubat Anti Fungas (Boleh rujuk di Farmasi berhampiran)
  3. Ubat cuci darah (kalau tak nak mengantuk) (Jenama cik en guna NEEM TABLET)
  4. Puasa makan bergatal seperti ayam dan seafood
  5. Pastikan kawasan tu bersih dan kering selalu
  6. kalau ada pakai panty liner kerap tukar sebab kalau tak tukar panty liner tu sendiri menjadi fungas untuk kita
  7. 'underware' kalau boleh jangan dibilas dengan pelembut kain ok
  8. Setiap malam pakai pakaian yang selesa ya
sampai disini info untuk sahabat cik en
semua ini perlu di kongsi untuk kesihatan diri kita
andai kata malu,pergi ke farmasi cari jurujual wanita dan cerita masalahnya ok?


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads