www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2013-05-30

Budak Dahulu VS Budak Sekarang


salam semua
semalam merupakan perjumpaan pertama Badminton Ladies Team Manjung
alhamdullah semua berjalan lancar. Seramai 6 orang yang hadir. boleh la mengeluarkan peluh bermain 2 jam
semalam cik en beramah mesra dengan ahli ahli team yang memang cik en tak pernah kenal langsung sebelum ini
ada cikgu, ada baru habis belajar.
tapi cik en amat tertarik cerita akak lin mengenai pelajar zaman sekarang
kak lin merupakan guru kemahiran hidup dan akaun di satu sekolah di Pantai Remis Perak
perbezaan budak zaman 70 an 80 an dan 90 an dengan budak zaman milenuim ni
perubahan yang paling banyak dikesan dari segi pakaian, percakapan, pembawa watak, idea, dan sebagainya
maaf kalau ada adik adik cik en yang lahir atau bersekolah pada zaman melinuem. anggap ini luahan hati seorang akak yang merasai kedua dua zaman ye

Perbezaan paling ketara adalah segi fesyen pakaian, style bertudung, style rambut dan semua yang berkaitan dengan fesyen
Boleh dikatakan kanak kanak sehingga sekolah menengah pandai berfesyen. pandai 'matching' kaler baju kain dan tudung
sedangkan cik en dulu dizaman 90 an pakai baju entah apa apa.. yela, famili cik en pun susah.. hanya baju yang ada di almari baju cik en hari hari
sampai ada yag kata cik en ni anak orang asli.. tragis kan.. huhuhu
cik en fikir pada masa itu, famili susah dan tak mahu beban parent cik en

Perbezaan percakapan, maaf sangat sangat kalau part ini ada yang terasa.. cik en tak tujuk kepada semua adik adik cuma sebahagian sahaja
zaman cik en dulu, kalau menyebut b**i, pu**ek dan bahasa yang kasar, siap la, mulut cik en  akan dilumatkan dengan cabai burung
tapi sekarang bahasa itu seperti bahasa biasa kepada budak budak zaman sekarang
f**k, Cib**, Pu**Mak adalah rutin harian dorang
mmm. kadang kadang budak sekolah rendah pun begitu
dimana bahasa melayu dan bahasa elok elok seperti zaman dahulu
kadang kadang malu cik en dengar. bahasa sebegini amat kasar. tak sesuai untuk orang timur seperti kita.
apakah kepuasan yang kita dapat bila menyebutnya.. 
siapa yang patut kita salah kan?

Pada zaman dahulu cikgu merupakan yang paling patt dihormati
dulu jumpa cikgu takut, selalu dirotan, didendam, diketuk ketampi bila kita lakukan kesalahan
nampak kejam tapi sebab tu la cik en tengok generasi cik en adalah lebih baik.
hasil rotan la kami jadi manusia berguna
tapi sekarang tak boeh dah.. baru angkat rotan dah datang ibu bapa marah marahkan cikgu
akhirnya anak anak mereka jadi 'lemak'. malas belajar, tak boleh ditegur akhirnya terlibat dengan gejala tidak sihat

IDEA, ya, di zaman kini kanak kanak lebih pandai dan mempunyai idea ang cukup bernas, sebab itu ada yang mewakili malaysia dalam pertandingan akrobatik dan sebagainya.
otak dan fikiran mereka memang tip top berbanding zaman cik en dulu. kemajuan berfikir memang terasa. kadang kadang dorang lagi bijak dari cik en
ump.. malu rasanya.. ehhehe

Kesimpulan yang cik en dapat rumuskan disini, setiap zaman ada kekuatan masing masing. zaman cik en masih kuat dengan tatasusila dan adat yang tinggi perasaan hormat masih menebal, perasaan malu pun sama tetapi zaman cik en kekurangan dari segi idea dan kreatif.
Berbanding zaman sekarang, idea dan kretif memang tip top tap tapi semakin lama semakin ramai yang hilang tatasusila dan adab sopan.
disini cik en tidak menyatakan semua budak zaman sekarang sebegitu, ada gak yang ok 
sebegitu jugak yang udak zaman cik en, bukan semua tak kretif, sebahagian sahaja..
bagi cik en, semua ini perlu seimbang baru negara luar memandang kita tinggi dan berbeza dengan negara maju yang hanya maju pada fizikal tapi moral...... faham faham sendiri la ye..

Photobucket

2013-05-29

Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO)


 Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO) 
salam semua
apa khabar?
sihat? ya cik en pun sihat.. masa yang terluang cik en update blog ini..
kalau dah bisa berhari hari tak log in
entry kali ini untuk info kesihatan 
kesihatan kali ini untuk wanita sahaja.. cik abg yang membaca boleh la diteruskan untuk ilmu, info dan pengetahuan untuk ibu, isteri atau anak perempuan abg2 ye

Kepentingan Evening Primrose Oil (EPO)





Evening Primrose Oil atau dipendekkan EPO ini mula cik en kenal bila cik en pergi ke watson dan tengok list suplement yang ada di situ. cik en sebenarnya teringin gak menambah suplement untuk badan cik en ni yang dah mencecah 26 tahun.
dah mula start amalkan pemakanan yang sihat dan makanan tambahan untuk hari tua.
oleh kerana masa itu tiada pembantu farmasi untuk cik en tanya cik en just ambik nama EPO dan search di internet untuk tahu kebaikannya.
walaupun di botol botol suplement ini ada diterangkan. tapi penerangan yang ringkas sahaja.
"baik untuk wanita"
hasil carian cik en, ya.. banyak kelebihan EPO ini
pengambilan pada umur 25 hingga ke atas amat baik untuk wanita
antara nya 
  1. Membantu mengawal atur kitaran haid. 
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut. 
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj. 
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit. 
  5. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal. 
  6. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 

ini adalah ringkasan kalau sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kandungan EPO ini boleh rujuk disini
dan ada yang bertanyakan adakah EPO yang menggunakan softgel oil halal dan boleh dimakan
hampir setengah softgel menggunakan gelatin babi
dan setengah lagi kulit lembu dan tulang
jadi sebelum memberli tengok duluisi kandungannya
kalau ada yang menggunakan nama porcine. ia adalah babi.. kalau bovine adalah lembu.. porcine dan bovine adalah nama saintik dalam veterinar
10 produk yang dah sah sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah seperti berikut

1. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: HALAGEL
PENGILANG -HALAGEL PLANT (M) SDN BHD

2.EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: DR. AISHAH SOLUTION
PENGILANG -AFDHAL SDN BHD

3. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL
JENAMA: HPA
PENGILANG -HPA INDUSTRIES SDN. BHD.

4. GYNITA NATURECARE EVENING PRIMROSE OIL 500MG
JENAMA: GYNITA
PENGILANG -LONNIX (M) SDN BHD

5. GYNITA NATURECARE ORGANIC EVENING PRIMROSE OIL 1000MG
JENAMA: GYNITA
PENGILANG -LONNIX (M) SDN BHD

6. HOVID EVENING PRIMROSE OIL + VITAMIN E SOFT GELATIN CAPSULE
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

7. HOVID EVENING PRIMROSE OIL 1000MG SOFTGEL
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

8. HOVID EVENING PRIMROSE OIL 500MG SOFT GELATIN CAPSULE
JENAMA: HOVID
PENGILANG -HOVID BERHAD

9. NATURALLE EVENING PRIMROSE OIL PLUS OMEGA 3 FISH OIL SOFTGEL CAPSULE
JENAMA: NATURALLE
PENGILANG -CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

10. NATURALLE EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL CAPSULE
JENAMA: NATURALLE
PENGILANG -CCM PHARMACEUTICALS SDN BHD

so harap ini boleh dijadikan info untuk semua pembaca blog cik en
p/s : baru lepas beli NATURALLE Evening Primrose Oil 1000mg untuk adik di WATSON AEON Sri Manjung Perak berharga 5
RM50++ untuk 2 kotak. Dia ada masalah kedatangan haid tidak menentu. Harap ia dapat menyelesaikan masalahya. 
amin...


2013-05-28

Cantik Terhormat VS Cantik Tontonan

salam semua pembaca cik en
apa khabar? sihat?
entry kali ini cik en ambil dari majalah Anis bil 190
cik en suka membaca dan bila cik en membaca artikel itu membawa manfaat kepada semua cik  en cuma terjemahkan sinopsis versi cik en dalam blog cik en ini.
sesiapa yang tiada masa nak membeli buku, boleh la selalu melawat blog cik en ni ye..
Artikel yang cik en rasa menarik untuk dikongsi adalah dari kolum imej muslimah

Cantik? satu benda yang semua orang suka.
Bunga cantik, pemandangan cantik, lautan cantik dan juga WANITA cantik.
apa maksud WANITA cantik kepada korang?
bagi cik en cantik bukan hanya pada zahir atau lahiriah tapi termasuk cantik batin atau dinamakan dalaman
bak kata orang kalau dalaman kita cantik, tidak sakit hati, iri hati, dengki otomatik zahir kita pun cantik kan?
tapi cik en bukan nak tekankan kes dalaman atau luaran tapi kepada 
PAKAIAN
maaf dihulurkan dahulu kalau apa yang cik en ber pendapat di dalam entry menguris hati sesiapa.
Kalau kita tengok sekarang pelbagai fesyen dan baju yang diciptakan khas untuk kaum muslimin yang berhijab/bertudung.
Cik en ambik satu contoh fesyen Peplum


adakah ia sesuai untuk golongan yang bertudung ini?
berbalik kepada etika berpakaian dalam islam.
dan korang boleh jawab persoalan itu sendiri
tak perlu cik en kata boleh atau tidak sebab dalam islam dah dijelaskan 
dan perkara yang di larangkan dalam islam membawa banyak kebaikan.
setelah bersuami harus kita nampak cantik depan suami.. hanya di depan suami bukan untuk tonton umum

Walau bagaimanapun wanita perlu faham dan memilih antara cantik terhormat atau cantik  tontonan
kedua-duanya menjadikan wanita lebih yakin dan 'cantik' sewaktu berdepan dengan orang ramai. Namun persepsi pandangan umum terhadap kita yang lebih penting. adakah memberi kesan buruk atau kesan baik

TEMA CANTIK TONTONAN
(KEBURUKAN)


  • Pakaian yang tidak menutup aurat, bersolek dengan gaya glamor
  • Mempromosilan maruah diri
  • Kecantikan diri sengaja dipertontonkan
  • Menyerlah kecantikan untuk dipuji dan disanjung
  • Untuk memanipulasikan bagi tujuan tertentu seperti melariskan produk
  • Sibuk melawa akibatnya diri dipandang remeh dan kurang daya berfikir
  • Jika bersuami, membebankan suami dengan dosa
  • Jika belum bersuami, ibu bapa dilihat tidak pandai mendidik anak
  • Pencarian jodoh selalu keliru dan sering putus cinta kerana lelaki hanya memandang pada kecantikan luaran semata mata
  • Kalau mempunyai anak, akan memberi role model yang tidak menepati syariat
TEMA CANTIK TERHORMAT
(KEBAIKAN)

  • Pakaian menepati syariah, solek dengan cara yang dibenarkan
  • Cantik yang melindungi maruah diri
  • Kecantikan ditutup daripada pandangan umum 
  • Kecantikan yang mendapat keredhaan Allah dan membahagiakan suami
  • Pakaian yang sopan dan berakhlak menaikkan maruah agama
  • Tampil profesional di tempat kerja
  • Mendukung maruah suami jika sudah berkahwin
  • Jika belum menaikan maruah ibu bapa
  • Jodoh lebih mudah keran didampingi lelaki yang soleh
  • Anak anak akan menjadikan kita sebagai idola yang baik dunia dan akhirat
Perbandingan ini harap dijadikan muhasabah untuk wanita agar tidak salah berhias hingga mendapat kemurkaan Allah. 
Pakailah fesyen apa pun asalkan korang bijak memilih TEMA CANTIK di atas tu. 
dan pastikan mengikut lindungan syariat yang ditetapkan dalam agama.

p/s : semenjak menemui Hidayah Allah, alhamdullah cik en semakin menitik beratkan cara berpakaian. dan "abg" cik en yang sekarang pun menitik beratkan semua itu. dia ada berpesan " biar tak cantik di hadapan orang tapi cantik disisi Allah" <3 class="more" hr="">

Photobucket

2013-05-27

Nasabkan Nama Suami Pada Nama Isteri


salam semua sahabat cik en, apa khabar? sihat? entry kali ini adalah salah satu kolum soal jawab di majalah ANIS edisi 190 faham kah korang dengan tajuk cik en tu?tak faham? ok cik en bagi contoh ye.korang kenal tak AIDA RADZWILL




ia, nama aida adalah nama beliau dan Radzwill nama suami beliau pada masa itu. itulah namanya nasab nama suami kepada nama isteri untuk makluman sekarang nama beliau adalah AIDA KHALIDA tahukah korang apa hukum nasabkan nama suami pada nama isteri ini?

jawapanya:

menasabkan maknanya mendakwakan isteri itu anak kepada suami, iaitu meletakkan binti yang bermaksud anak perempuan. contohnya Qaseh nama isteri dan Mikhail nama suami dan dinasabkan menjadi Qaseh Binti Mikhail. Ini adalah haram begitu jugak meletakkan nama anak angkat berbinti atau berbinkan nama ayah angkatnya. 

Tapi kalau untuk menerangkan suami kepada isteri itu seperti Qasih Mikhail tidak salah. Hal ini berlaku bila orang lebih kenal suami daripada ayahnya ( Rizal).. 

Qaseh Rizal orang tidak kenal tapi disebut Qaseh Mikhail orang kenal tapi dengan syarat orang tahu Mikhail adalah suami kepada Qaseh




2013-05-26

Header Tiba Tiba Tak Boleh Jadi Transparent

salam semua
isk.. buntu cik en bila nak mengedit header cik en.
dah cun cun siapkan header tiba tiba bila upload manual pakai blogger header cik en takjadi transparent
why? why?
adakah cik en salah save ke?
tidak, cik en 3x try save balik menggunakan "save for web and device"
isk.. tersangatlah rungsing sebab background header cik en jadi HITAM
owh.. buruknya..
jenuh cik en surf internet cari jalan penyelesaian
tak jumpa tapi ada satu blog mengalami masalah yang sama. klik sini
buntunya sangat-sangat..
try tengok coding HTML tengok tak ada apa perubahan.. kenapa yek? ke ada perubahan baru dalam setting blogger?
elok kerana cik en tak mahu blog cik en buruk terpaksalah cik en menggunakan khidmat 
"PHOTOBUCKET"
upload seperti biasa dan paste url dalam setting header layout cik en..
alhamdullah.. boleh jugak mengtranspaerentkan dia
kalau sesiapa yang ada masalah tersebut dan nak tahu cara-cara nya leh pm cik en
kalau sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah cik en boleh gak dropkan comment korang kat entry ini..
susah kalau pakai url ni sebenarnya..
so untuk tatapan korang ini header cik en yang baru


cik en pilih kaler putih hitam sebab nak senang matchingkan dengan pelbagai kaler background

p/s : dah lama tak stress menyelesaikan masalah blog ni.. asah balik otak ini berfikir

Photobucket

2013-05-25

Rumpai Laut Sebenarnya tiada KOLAGEN

salam semua
tengok pic atas itu kan?
itu cik en snap sendiri di salah salah satu majalah yang cik en beli
majalah AL-ISLAM
cik en bukan nak menutupkan periuk nasi sesiapa yang ada menjual rumpai laut ini just info yang cik en patut beritahu kepada sesiapa di luar sana itu
Menurut Pensyarah di Jabatan Kimia Fakulti Sains dan Matematik UPSI, Prof. Dr. Ismail Zainol rumpai laut yang berasa di perairan Sabah dan Sarawak sebenarnya hanyalah mengandungi protein semata mata dan bukanlah kolagen yang di gempar gemburkan. 
Setakat hari ini, tiada kajian sains atau info yang diyakini sahihnya rumpai laut ini ada kolagen. 
Kolagen sebenarnya hanya pada 
haiwan bertulang belakang dan manusia sahaja dan tidak terdapat pada tumbuhan tumbuhan even rumpai laut pun. Tetapi diyakini memberi khasiat melembabkan kulit dan sifatnya sama seperti kita ambik buah-buahan dan sayur sayuran.
Walaupun rumpai laut ada protein tapi kalogen tiada dalam protein rumpai laut itu.
Rumpai laut jenis Eucheuma Gelidium sebenarnya telah digunakan dalam msakan telah lama dulu untuk dibuat agar-agar. Bagi masyarakat Jepun pula, rumpai laut ini hanyalah dijadikan sebagai salad penganti sayur sahaja dan bukan untuk kecantikan
Harga kalogen yang sebenarnya adalah sangat mahal dan tidak mudah didapati serta sukar dikenal pasti manakala rumpai laut yang dijual sekitar RM15 hingga RM 30 dan dapat dimana mana sahaja.
Ada juga rumpai laut ini dijadikan ubat merawat kanser tapi prosesnya agak rumit dan bukan hanya merebuskannya sahaja
Untuk pengetahuan pembaca cik en, kita sendiri sebenarnya ada kalogen tau?
Sebanyak 30 % protein dalam badan adalah kolagen. Pada umur 25 tahun (cik en dah 26 tahun) boleh la ambik kalogen kerana pada usia ini kalogen semulajadi atau asli dalam badan akan hilang 1.5 % setiap tahun dan akan memberi kesan pada umur 35 tahun. 
Tapi kolagen yang di ambil secara berlebihan akan menyebabkan 
sembelit, sakit tulang, letih, loya, muntah dan degupan jantung tak normal
Untuk memastikan tubuh mampu merembeskan kalogen sendiri, korang dinasihatkan ambik banyak buah-buahan citrus yang ada vitamin semulajadi, sayur sayuran, tomato, keju,soya, asid amino, ikan dan telur. Lebih mudah sebenarnya kan? its mire better dari ambik kalogen yang kita tak tahu cara pemprosesannya

p/s : cik en sebenarnya tak pernah sikit pun try rumpai laut ini. sebab tak ada masa untuk memasaknya. hehehhe
Photobucket

2013-05-23

Aromaterapi Pilihan Cik EN



asslamualaikum
hari ini cik en nak kongsi satu info untuk pembaca setia cik en
satu info yang cik en rasa akan disukai oleh wanita dan mungkin lelaki juga
mengenai AROMATERAPI
sesiapa yang tahu apa itu aromaterapi?
cik en rasa hampir 98% mesti tahu kan?
sebelum cik en cerita panjang panjang. apa kata cik en beri maksud apa itu aromaterapi


APA ITU AROMATERAPI
  • versi cik en - merupakan rawatan tubuh, minda dan rohani yang menyenangkan. Ia bukanlah sekdar wangian semata mata tapi lebih kepada rawatan stress. Pengubatan holistik yang menggunakan sari pati tumbuhan tumbuhan seperti lavender, ros, jasmine atau dinamakan minyak esensial. Untuk rawatan yang baik adalah daripada original flavour daripada bahan wangian kimia. 
  • versi kamus dewan - Aromaterapi adalah sejenis perubatan atau pencegahan alternatif yang menggunakan bahan volatil tumbuh-tumbuhan atau hasil sulingan ekstrak tumbuh-tumbuhan asli yang beraroma, dikenali sebagai 'essential oils' atau 'therapeutic oil' dan sebatian aromatik lain untuk merubah mood seseorang, fungsi kognitif atau merangsang kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan manusia.
JENIS AROMATERAPI

  • '''Essential Oil Aroma Therapy / Minyak Essensial Aroma Terapi'''
Sesuai dengan namanya, aroma terapi jenis ini berbentuk cairan/minyak. Penggunaannya bermacam-macam, dipanaskan pada tungku (tungku listrik aroma terapi atau tungku lilin aroma terapi), dioleskan pada kain, dioleskan pada bola lampu dan dioleskan pada saluran udara.
  • '''Dupa Aroma Terapi / Stick Incense Aromatherapy'''
Dupa tidak hanya digunakan untuk kegiataan keagamaan tertentu, kini bentuk dupa pun menjadi salah satu bentuk aroma terapi. Dengan bentuk yang padat, sehingga anda tidak perlu takut tumpah. Hanya saja karena jenis aroma terapi ini berasap, aroma terapi jenis dupa lebih tepat digunakan untuk ruangan yang besar atau di ruangan terbuka. Jenis dupa aroma terapi sendiri saat ini ada 3 jenis, yaitu berupa dupa aroma terapi panjang, dupa aroma terapi pendek dan dupa aroma terapi berbentuk kerucut.

  • '''Lilin Aroma Terapi / Candle Aroma Therapy'''
Berkaitan dengan aroma terapi ada 2 jenis lilin yang digunakan, lilin untuk pemanas tungku dan lilin aroma terapi. Lilin yang digunakan untuk memanaskan tungku aroma terapi tidak memiliki wangi aroma terapi karena fungsinya adalah memanaskan tungku yang berisi aroma terapi essential oil. Sedangkan lilin aroma terapi adalah lilin yang jika dibakar akan mengeluarkan wangi aroma terapi.


  • '''Message Oil Aroma Therapy / Minyak Pijat Aroma Terapi'''
Bosan bukan jika dipijat dengan minyak yang baunya aneh-aneh. Nah, variasi baru dari aroma terapi yaitu berbentuk minyak pijat. Wanginya sama saja seperti aroma terapi bentuk lainnya hanya saja bentuk dan cara penggunaannya yang berbeda.
  • '''Garam Aroma Terapi / Bath Salt Aromatherapy'''
Mandi menggunakan air garam hangat dipercaya mampu mengeluarkan toksin/racun yang ada di dalam tubuh. Dengan garam aroma terapi ini suasana mandi air garam anda akan lebih menyenangkan. Untuk menggunakan garam aroma terapi ini sebaiknya anda mandi dengan cara berendam atau bisa juga digunakan untuk merendam bagian tubuh tertentu seperti telapak kaki untuk mengurangi rasa lelah anda.


  • '''Sabun Aroma Terapi / Soap Aroma Therapy'''
Sabun dengan aroma terapi, bentuknya yang saat ini beredar adalah berupa sabun padat namun dengan berbagai wangi aroma terapi, tidak hanya wangi saja namun berbagai kandungan/ekstrak dari tumbuh-tumbuhan dibenamkan di dalam sabun ini sehingga sabun ini juga baik untuk kesehatan tubuh, seperti menghaluskan kulit, menjauhkan serangga dan lainnya.

KEBAIKAN AROMATERAPI

Dengan gaya hidup masa kini yang semakin sibuk dan terbatasnya waktu bersantai, terapi dengan aroma kini dianggap sebagai salah satu cara efektif untuk relaksasi, menghilangkan stres dan menenangkan pikiran.

"Salah satu manfaat aromaterapi adalah to please. Membuat perasaan menyenangkan, tenang, damai," ujar Pakar Aromaterapi Evita Zoraya saat acara Molto Aromatherapy Lounge di Senayan City, Jakarta Selatan, Minggu (13/01/2013).

Aromaterapi umumnya berbentuk minyak essensial, dan biasa digunakan di tempat spa atau klinik kecantikan & kesehatan holistik untuk membuat pengunjungnya lebih relaks dan betah. Tapi Anda tidak harus selalu pergi ke spa atau klinik setiap hari untuk mengatasi stres. Rumah Anda pun bisa dijadikan tempat untuk melepas penat dan menenangkan pikiran dengan manfaat aromaterapi.



WANGIAN DICADANGKAN

1. Kamar Tidur
Kamar tidur adalah tempat di mana kita beristirahat setelah sibuk beraktivitas seharian. Oleh karena itu, Anda memerlukan mood yang tenang dan relaks. Aromaterapi berbasis floral seperti mawar dan Lavender cocok untuk ruangan ini karena efeknya yang menenangkan.

2. Ruang Tamu
Ruang tamu sebaiknya memberi aura yang bersahabat, agar orang yang berkunjung ke rumah Anda merasa nyaman dan disambut dengan baik. Untuk menciptakan mood tersebut, Evita menyarankan untuk menggunakan aromaterapi yang punya efek 'warm' seperti campuran kayu manis, oranye dan sedikit Rosemary.

3. Ruang Keluarga/ TV
"Pilih aroma yang membuat betah, ngobrol lebih terbuka, suasana lebih enak dan nggak ingin buru-buru pergi. Contohnya Grapefruit, Geranium dan Rosemary," tutur Evita, yang memegang sertifikasi sebagai aromatherapist ini.

4. Dapur & Ruang Makan
Sebagai tempat 'berkumpulnya' berbagai macam aroma, mulai dari aroma masakan, bumbu dapur, asap makanan sampai kompor gas, Anda memerlukan aromaterapi yang punya efek deodorizer. Yaitu aroma yang berfungsi 'menyerap' dan menghilangkan bebauan kurang sedap. "Pilih aroma Spearmint dan Maychang (berbentuk seperti batang sereh/lemongrass)," ujar wanita yang bekerja di Aromatherapy & Life Coach Center Scentsibility ini.


JENIS JENIS WANGIAN DAN FUNGSI

Aroma Terapi memiliki berbagai jenis aroma. Masing-masing aroma dalam aroma terapi tersebut memiliki berbagai fungsi yang tidak hanya berguna untuk mengharumkan ruangan atau wewangian namun juga memiliki berbagai fungsi luar biasa bagi kesehatan anda.

  • '''Aroma terapi Basil''': Mengatasi sakit perut, kejang otot dan pegal linu, masalah pernapasan, flu dan demam, lelah mental, sakit kepala, sulit konsentrasi dan mudah gugup
  • '''Aroma terapi Cedarwood''': Untuk infeksi pernapasan dan saluran kencing, penyegar bagi kulit berminyak dan pori-pori tersumbat, ketombe dan gatal-gatal.
  • '''Aroma terapi Chammomile Roman''': Cocok untuk semua permasalahan kulit seperti jerawat, alergi, luka bakar, eksim dan peradangan kulit.
  • '''Aroma terapi Clove''': Mengurangi sakit gigi, diare, kudis, kurap dan kadas.
  • '''Aroma terapi Cubeb''': Untuk penyakit anorexia, selulit dan kurang nafsu makan.
  • '''Aroma terapi Cypress''': Mengatasi tekanan darah rendah, system sirkulasi, wasir, selulit serta mengurangi keringat yang berlebihan dari dalam tubuh.
  • '''Aroma terapi Ginger''': Melindungi tubuh dari rasa kedinginan, demam, mual-mual, pencernaan, anti peradangan, infeksi saluran kencing, kandung kemih, menghancurkan segala jenis parasit usus dan menormalkan tekanan darah.
  • '''Aroma terapi Geranium''': Berkhasiat mengencangkan payudara, menopause, eksim jerawat, pendarahan, tanda melahirkan sekaligus mencerahkan kulit.
  • '''Aroma terapi Grapefruit''': Mengatasi pegal linu, menggigil, sakit kepala, flu dan demam serta membuang racun-racun dalam tubuh.
  • '''Aroma terapi Lavender''': Merawat infeksi paru-paru, sinus, vaginal termasuk jamur, radang tenggorokan, asma, kista dan peradangan lain. Meningkatkan daya tahan tubuh, regenerasi sel, luka terbuka, infeksi kulit dan sangat nyaman untuk kulit bayi.
  • '''Aroma terapi Lemon''': Selain baik untuk kulit berminyak, berguna pula sebagai zat antioksidan, antiseptik, melawan virus dan infeksi bakteri, mencegah hipertensi, kelenjar hati dan limpa yang tersumbat, memperbaiki metabolisme, menunjang system kekebalan tubuh serta memperlambat kenaikan berat badan.
  • '''Aroma terapi Jasmine''': Pembangkit gairah cinta, baik untuk kesuburan wanita, mengobati impotensi, anti-depresi, pegal linu, sakit menstruasi dan radang selaput lendir.
  • '''Aroma terapi Juniper''': Khusus perawatan penyempitan pembuluh arteri dan masalah-masalah yang berhubungan dengan penyumbatan seperti peregangan pembuluh darah, wasir dan selulit.
  • '''Aroma terapi Orange''': Baik untuk kulit berminyak, kelenjar getah bening tak lancar, debar jantung tak teratur dan tekanan darah tinggi.
  • '''Aroma terapi Peppermint''': Membasmi bakteri, virus dan parasit yang bersarang di pencernaan. Melancarkan penyumbatan sinus dan paru, mengaktifkan produksi minyak dikulit, menyembuhkan gatal-gatal karena kadas/kurap, herpes, kudis karena tumbuhan beracun.
  • '''Aroma terapi Rosemary''': Salah satu aroma yang manjur memperlancar peredaran darah, menurunkan kolesterol, mengendorkan otot, reumatik, menghilangkan ketombe, kerontokan rambut, membantu mengatasi kulit kusam sampai di lapisan terbawah. Mencegah kulit kering, berkerut yang menampakkan urat-urat kemerahan.
  • '''Aroma terapi Sandalwood''': Menyembuhkan infeksi saluran kencing dan alat kelamin, mengobati radang dan luka bakar, masalah tenggorokan, membantu mengatasi sulit tidur dan menciptakan ketenangan hati.
  • '''Aroma terapi Tea tree''': Berperan sebagai tonik kekebalan yang baik mengobati penyakit paru-paru, alat kelamin, vagina, sinus, infeksi mulutinfeksi jamur, cacar air, ruam saraf serta melindungi kulit karena radiasi bakar selama terapi kanker.
  • '''Aroma terapi Thyme''': Menyembuhkan gangguan pencernaan dan jamur, menghancurkan cacing gelang dan cacing pita.
  • '''Aroma terapi Ylang-ylang/Kenanga''': Bersifat menenangkan, melegakan sesak napas, berfungsi sebagai tonik rambut sekaligus sebagai pembangkit rasa cinta.

RUMUSAN

Walaupun keberkesanan aromaterapi perlu pembuktian secara saintifik, tetapi telah ada bukti bahawa 'essential oil' memiliki potensi therapeutik yang hebat. Dua asas utama mekanisma tentang keberkesanannya adalah, pertama pengaruh aroma terhadap otak, terutamanya 'limbic system' melalui 'olfactory system'. Kedua adalah kesan terus farmakologi 'essential oils' berkenaan.

Rumusan 'essential oil ' yang digunakan dalam aroma terapi adalah benar-benar bersifat holistik, yang mana ia sangat berkesan serta memberikan tindakbalas positif terhadap minda, tubuh dan jiwa seseorang. Juga didapati sebahagian kajian klinikal aromaterapi apabila digabungkan dengan teknik-teknik perawatan lainnya, menunjukkan kesan yang sangat memberangsangkan.

p/s : sekarang cik en tengah gila menyalakan aromaterapi kat bilik sewa cik en. sampai ke opis cik en bakarkan. ehhhe smpai mengantuk la staf yang lain. tapi perlu diingatkan minyak essental yang original mahal sikit. kalau nampak ang murah tu adalah bahan kimia. yang original adalah sari pati tumbuh tumbuhan. Cik en lebih meminati lavender dan ocean..
insyallah t cik en akan post koleksi cik en.. :)

2013-05-21

Ekspo JOM GEGAR di Menara Alor Setar

salam semua follower cik en
cik en nak uat iklan sikit
yang mana de duk kat alor setar atau kawasa yang berdekatan yang berminat nak join ekspo
jom join ekspo di bawah ini


marilah kita memeriahkan ekspo ini

Photobucket

2013-05-17

TIPS : Jawatan Penolong Pengawai Tadbir N27



assalmualaikum dan salam sejahtera
lama cik en x update blog cik en.. baru removekan anon yg x berkaitan dan jenguh sekejap2 blog kawan2 cik en..
sebelum cik en nak terjah sorang demi sorg yg tinggal jejak di blog cik en ni, cik en de terbaca satu artikel dari blog yui comel mengenai Penolong Pengawai Tadbir N 27 atau singkatanya EO
ok la straight to point.. cik en baru sahaja ditemuduga untuk jawatan ini..so kat sini cik en share sikit tips yang cik en tahu..
persedian ini terbahagi kepada 2 kotegari. cik en akan terangkan satu persatu 

Lirik dan Video lagu Kuterima Kau apa adanya - Pocket Band



lirik

Mencintaimu.. 

Setulus hatiku.. 
Tak pernah kuberharap lebih darimu 
Hatiku selalu inginkan kamu meski kau tak sempurna dimata lainnya 
Ku terima kekuranganmu 
Yang ku mahu hanya hatimu 

Ku terima kekuranganmu 
Ku syukuri kelebihanmu 
Kerana ku memang sayang kamu... 
Ku terima kekuranganmu 
Kusyukuri kelebihanmu 
Kerana ku memang sayang kamu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads