www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2012-08-29

Teman Pengganti


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Photobucket

entry selepas raya!



salam semua pembaca cik en..
lama cik en tak mengupdate blog kesayangan cik en ini..
seminggu cik en diberi cuti raya
alhamdullah.. semalam cik en dah mula bertugas di meja komputer ini..
jadi dalam minggu ini cik en perlu menguruskan pemberian hadiah kepada semua pemenang cik en..
tak terlambat cik en mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca cik en
ramai yang mengomen tapi cik en masih belum approved semua..sebab tak nak putus jejak blogger yang lain.. entry ini agak pendek gak.. 
cuma cik en nak sharing beberapa ayat yang cik en ambik pada diary adik cik en..
banyak sangat.. tapi cik en terpikat dengan beberapa ayat ini

mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya, 
oleh itu sayangkanlah diri kita daripada disakiti oleh cinta kerana cinta tak semestinya membahagiakan kita

Cinta itu seperti api
kita tak tahu apakah ia akan menghangatkan kita atau dia akan membakar kita

Belajarlah mencintai dirimu sendiri sehingga kamu menyedari bahawa kamu mempunyai peribadi yang berbeza sehingga dirimu begitu istimewa

p/s : Belajar mencari kesilapan diri bila sesuatu perhubungan berakhir.. Jangan salahkan dan ceritakan keburukan orang yang pernah kita cintai dan sayangi

Photobucket

2012-08-28

Belajar Kehilangan



Belajar bersendirian setelah lama hidup bersama bagaikan 
si tempang kehilangan tongkak,
si buta kehilangan anjing nya
si kaya kehilangan hartanya
si burung kehilangan sayapnya
tapi itulah dugaan namanya..
simple word..
jangan anggap itu masalah tapi tanda kasih Allah pada kita
Allah dah tentukan yang terbaik buat kita..
hanya hati kita perlu kuat untuk menempuh
andai kata hati kita merusuh, better dirikan tiang agama kita, solat
mengadulah pada yang Esa.. itu lebih baik untuk mendapat ketenangan berpanjangan :)

Photobucket

2012-08-09

Hebatnya manfaat solat berjemaah yang kita tidak tahu




SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat (AS) membuat satu kajian kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita berasa letih dan lesu selepas melakukan kegiatan seharian.
Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan dalam minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas dalam badan kita.
Ketika solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang dianjurkan ketika solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan.

2012-08-03

Sudah Jatuh Ditimpa Tanga


salam semua
hampir 2 minggu cik en tak update apa apa
bukan kerana bz sahaja... tapi macam macm masalah dah berlaku pada cik en..
ada sebahagian blogger tahu keadaan cik en..
entry last cik en cik en didenda rm20k merupakan entry sebelum kejadian malang bertimpa timpa terjadi kepada cik en
terlalu payah cik en bangun dari kekecewaan, frust,sedih..
dalam masa 2 minggu ni berat cik en jatuh 5 kg kerana memikirkan dugaan cik en ini..
cik en tak dapat ceritakan semua.. kerana ada yang bersifat peribadi..
dalam 2 minggu ini cik en dibelenggu dengan pelbagai masalah.. masalah kewangan, keluarga, cinta, tekanan di tempat kerja..
diakui cik en tersungkur bila dugaan ini bertimpa timpa.. 
2 minggu pada orang lain merupakan minggu kebzan, exam, menyambut bulan ramadhan..
tapi cik en , 2 minggu ini merupakan minggu begitu perit sehingga cik en kekeringan air mata untuk menitis..

dan saat entry ini ditaip air mata cik en laju mencurah curah...
pada 210712, selesai berbuka, cik en, abah dan adik cik en terus bersiap untuk ke kedah.. untuk ambik opah cik en untuk berpuasa di kampung cik en..
kami sampai di alor janggus alor setar kedah jam 11.45 malam.. pukul 2.30 pagi kami bergerak balik.. sampai di hentian R&R Juru, cik en dan yg len berhenti untuk bersahur.. 
Cik en park barney tak jauh dari tempat makan kami.. kami berenti lebih kurang jam 3.45 pagi.. dan kami kembali semula ke kereta jam 4.00 pagi..
tau apa terjadi.. kereta cik en dipecah pencuri.. dibahagian penumpang depan.. 
tau apa yang hilang... seluruh handbag cik en yang mengandungi Wang tunai 2.5 k, galxy tab, wallet, pendrive dan beberpa lagi benda penting..
terduduk cik en kat situ.. tingkap dipecahkan dan beg cik en lesap begitu sahaja.. 2 hari sebelum kejadian ituberlaku, cik en dah kehilangan 1k..
dalam masa 2 hari, cik en kehilangan 3.5k.. dengan galaxy tab kesayangan cik en.. nasib la.. henset cik en tak ada dalam beg tu...beg cik en dah disorokkan bawah kerusi tapi penyamun tu tahu je kan tempat kt mana kita letak barang beharga
semasa laporan dibuat, polis yang bertugas kata tempat tu mmg black area.. jadi sesiapa yang pernah singgah atau akan singgah kt situ, hati2 la.. dorang hanya menggunakan motosikal je..
kesannya dari kes tu, cik en terpaksa menanggung kerugian dimana duit tu merupakan duit orang lain..
cermin kereta dekat 2rts untuk diganti..
ditambah kisah peribadi cik en yang mana kecintaan cik en meninggalkan cik en.. 

2 perkara ini buat cik en down.. tersungkur..
dalam masa 2 minggu tu gak cik en menerima satu lagi masalah keluarga.. yang mana agak serius.. yang mana cik en simpan dalam hati.. x sesuai untuk dibicara umum kerana maruah keluarga..
kesempitan yang berlaku pada cik en kali ini betul betul mematangkan cik en..
4 perkara terpenting, keluarga, kecintaan, kewangan dan kerja merupakan semangat kita.. andai satu xde kita mampu lagi tersenyum..


tapi cik en terima dugaan keempat empat perkara terpenting ini..
dan cik en kena menanggung seorang.. sendirian...
buat cik en mencari ketenangan diri..
alhamdullah, cik en mula berhijrah..
niat bukan untuk riak tapi sekdar pengkongsian pada semua..
cik en mula bertudung pada 31/7/12
cik en pernah kata dalam entry dulu dulu.. cik en akan bertudung sepenuhnya..
dan sekrang Alhamdullah cik en dah tunaikan janji tu..
jadi kat sini cik en nak pesan yang mana bercinta, hargailah orang yang kita sayang.. 
dalam masa 2 minggu ini, cik en meninggalkan kawan blogger cik en kat sini untuk cik en cari semangat baru
dan pada hari ini cik en mula menaip entry setelah kekuatan mula ada pada cik en..



p/s : cik en dalam proses musahabah diri, mengawal amarah, baran dan benda yang tak baik.. cik en nak menjadi sebijak aisyah dan sebaik khadijah di sisi Nabi Muhammad..


Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads