www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2012-02-27

bloglist pencarian cik en dan blog - warna tema blog 1

*****ENTRY MELEKAT*****






salam semua follower cik en...
jom join bloglist cik en untuk kali kedua..sebelum ini di entry ini
masih guna listing warna yang sama seperti dibawah ini


red

pink

purple

white

black

orange

yellow

green

blue

rojak-selain warna diatas

selepas dilistkan cik en akan pilih yang terbaik sx mengikut tema2 tersebut...
kriteria pemilihan merangkumi 
warna asas blog
keserasian warna untuk tulisan
widget yang tidak serabut
loding masuk ke blog x lama
dan yang penting sekali mesti sedap mata memandang..baru besh kan??
diakhir bloglist ini cik en akan pilih satu pemenang untuk setiap warna tema dan akan menerima banner khas dan di promote di blog cik en

SYARAT2NYER:
1. Follow blog cik en yang ni dan like pages cik en ni
2.Buat satu entry khas yang bertajuk "PENCARIAN CIK EN DAN BLOG 1"
3. Masukkan letak banner kat atas tu dan linkkan ke contest ni
4. Nyatakan kategori warna tema yang mana korang semua pilih 
5. Nyatakan apa yang besh kat blog korang-ni untuk cik en jalan2 ..ehhehe
pastu linkkan kat comment entry ini jer...
6. tak perlu tag sape2..nk tag pun boley
letak sekali tema apa masa letak komen tu

so untuk permulaan cik en nk tag

tarikh tutup:

27 FEBRUARI 2012

2012-02-20

nini!bersabarlah...



Salam semua follower cik en
sihat semua..
cik en dah lama tak mengupdate blog ini
cik en bz dengan kerja kerja cik en dan cik en susah hati dengan keadaan kucing cik en
nape yek cik en susah hati...
macamni ceritanya...
kucing cik en ada 2 ekor...
yang seekor memang ramai yang dah kenal...
iaitu oren a.k.a rain..
sebab cik en pernah buat contest
yang seekor lagi ini...kucing adik cik en..
namanya nini...

kadang kadang cik en suka panggil dia ceolpetra..
sebab matanya memang cantik...
hari rabu lepas merupakan hari paling malang buat nini...
cik en tak pasti nini dilanggar oleh apa..
tapi tengok dari kondisi nini..cik en pk..tayar motosikal..
mak cik en jumpa bawah kereta dia...
dia dah menjerit sakit...rupenye ia berjalan menyensot yensot...
cik en memang vet tapi macam terkejut...tak tahu buat apa apa..cik en hantar ke vet kuala kangsar...
mengikut kondisi nini patah tulang belakang dan kaki sebelah..sebelah lagi masih lagi xleh nak bergerak..mybe effect pada pinggang...






disebabkan nini makan sebelum pergi ke vet..nini xleh di simenkan kaki..
so tunggu hari jumaat...cik en bawak terus ke vet manjung...
cik en dan en amir(staf lama) buat pembedahan terhadap nini..




kaki nini hancur dan terpaksa di potong...
hari ini nini semakin pulih...tapi masih degil x mahu makan n minum..kami sekeluarga memaksa nini makan ubat, makan ikan dan minum...
ini semasa nini sihat





dan ini sekarang





cik en berharap nini cepat baik...




Photobucket

2012-02-13

Yeah!! Cik En dah pakai domain sendiri



salam semua!hai hai hai
apa khabar?
chat?
dah alma gak cik en tak mengupdate blog cik en ini...
sape yang selalu masuk blog cik en mesti ada yang perasaan adress blog cik en...
ke tak ada sape yang masuk dan perasan?
hehehe...
untuk pengetahuan semua...cik en secara rasminya menukarkan
www.nurfuzie.blogspot.com 
kepada
www.nurfuzie.com
pada 10 Februari 2012
cik en cume tukar domain...tapi masih pakai hosting blogspot lagi...
hanya pada nama ditukar...
setelah menilik pelbgai syarikat..cik en menggunkan NetKl...
tanpa di ajar sesiapa...cik en berjaya mendaftarkan sendiri blog cik en ini...

2012-02-10

Rahsia Nombor Yang Cukup Menarik

Salam semua, dah lama cik en tak mengupdate blog cik en dalam seminggu ini cik en bz dengan permohonan lembu pawah di daerah cik en.. tapisan demi tapisan dibuat... tapi cik en bukan nak cerita mengenai permohonan pawah tersebut tapi nak share satu info yang jarang kaum2 muda mudi nak ambik tahu..terutama kaum melayu benda ini pun cik en terfikir semalam... so cik en research kat internet mengenai 

Rahsia Nombor
Nombor apa ni cik en?nombor ekor yek? aduhoi...heheh..bukan la..semalam...cik en bz mencari no cantik untuk plate keta...




dalam kelam kelibut cik en mencari feng sui setiap nombor yang ada...
dari no 1 - 10

ini cik en ceduk sikit dari blog ini
Kaum Cina memang taksub dengan nombor...bagi kaum ini...nombor memainkan peranan penting dalam kehidupan...pemilihan nombor seperti no plate kereta kena tepat untuk membawa ong atau tuah yang baik untuk si pemakai kereta itu...bagi orang melayu khususnya yang beragama islam...kita di larang mempercayainya...ini kerana buruk baik ajal maut semua di tangan Allah SWT...kadang kala kebetulan telah dikaji diantara nombor dan kehidupan seharian kita. ada juga yang menyatakan peranan nombor ada hubung kait dengan manusia. Setiap orang yang di lahirkan mempunyai hubung kait dengan planet yang mempengaruhi tingkah laku dan nasib seseorang..kalau seseorang dapat mengenal pasti nombor sendiri dan pandai menggunakan "chemistry" tu, kehidupan seseorang itu akan lebih berjaya.cik en akan copy paste peranan setiap nombor dari blog berkenaan untuk tatapan pembaca setia blog cik en...boleh la usha usha k?hihi




1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 – Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 / 0 – Sepuluh atau Kosong
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

cik en masih ingat, cik en pernah di interview oleh syarikat swasta dan penemuduga ada kira nombor cik en melalui tarikh lahir cik en...tapi masa itu cik en tak pasti cara pengiraanya...tapi sekarang cik en dah tahu dan nak share dengan korang semua..
mula mula ambik tarikh lahir
contoh tarikh lahir cik en :
16/01/1987
tambahkan semua nombor di atas seperti dibawah
1+6+0+1+1+9+8+7 = 33
lepas itu jadikan 1 nombor 
3+3 = 6
itu nombor cik en...jom usha pe luck cik en

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

apa apa pun ini hanya ramalan.. seperti cik en kata awal awal tadi..semua ini hanya ramalan yang tidak tepat...
kita sebagai umat islam...kena yakin dengan kekuasaaan Allah...
ini hanya untuk hiburan...
apa yang kita lakukan adalah kehendak Allah...


Photobucket

2012-02-01

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Cerita Best Yang Lain

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Ads