www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-09-14

Qadak dan Qadar



salam semua follower cik en...
sihat semua?
kali ini cik en akan menaip dan menaip...
semalam cik en ada membaca majalah Al -Islam.
cik en tertarik kepada artikel yang bertajuk 
Adakah Allah tidak adil kepada manusia.
bagi korang la, Allah adil tak kepada kita?
mungkin ada yang kata adil dan ada yang kata tak adil.
pernah tak korang terfikir seseorang yang dilahirkan dalam keadaan bukan islam...contohnya yang beragama lain.
dan seseorang yang dilahirkan dalam beragama islam?
tak adil kan kalau kita lihat seseorang yang memang dilahirkan dalam keluarga bukan islam...dan akhirnya menjalani kehidupan bukan islam dan mati dalam keadaan bukan islam...
kenapa Allah tidak lahirkan semua orang dalam islam kan lebih baik..baru lah adil...
korang pendapat cam tu tak?

pe pun pendapat korang korang simpan dulu....bagi cik en cerita apa yang cik en dah baca.
ini ada kaitan dengan tajuk cik en entry ini..
cik en masih lagi mendalami ilmu islam walaupun cik en beragama islam.
mungkin sebelum ni cik en pernah belajar mengenai Qadak dan Qadar tapi tak masuk dalam otak pun..yela...kita belajar masa tu untuk exam..its me rite?hehehe
semalam baru cik en sedar mengenai jenis Qadak dan Qadar bila membaca artikel yang gempak jugak la tajuknya
Adakah Allah tidak adil kepada manusia
sebelum kita pergi kepada jenis-jenis Qadak dan Qadar ini, cik en akan terangkan apa itu Qadak dan Qadar

  • Qadak - pelaksanaan ketentuan atau ketetapan Allah S.W.T terhadap sesuatu perkara
  • Qadar - ketentuan atau ketetapan Allah S.W.T terhadap sesuatu perkara
Qadar sesuatu yang 'fix' tapi Qadak sesutu yang boleh berubah..betulkan cik en yek kalau cik en salah yek

Jenis Qadak
  • Qadak Mubram -Perlaksanaan ketentuan atau ketetapan yang azali dan tiddak boleh diubah seperti kelahiran, jantina, kematian dan kejadian siang dan malam
  • Qadak Muallaq - Perlaksanaan ketentuan atau ketetapan Allah sesuai dengan usaha dan  ikthiar manusia seperti pemberian rezeki, kejayaan atau kegagalan
jadi kita balik pada persoalan kita...adakah agama terletak dalam Qadak yang azali?
tidak bukan...
disini lah keadaan yang menyangkal dakwaan Allah tidak adil terhadap manusia...
setelah seseorang meningkat dewasa
walau apa jua agama 
seseorang boleh berfikir dan menentukan apa jalan yang patut dipilih.
itulah sebabnya kita disuruh belajar dan belajar...
kita tengok sekarang kan...ramai yang masuk islam...
disebabkan pencarian non muslim ini menemui agama yang indah iaitu
ISLAM
Alahamdullilah..
tapi kita jangan lupa plak yang dilahirkan beragama islam 
tapi ada yang agama tu hanya dipoket semata-mata...napa di poket?
korang check poket korang ada apa?
ada wallet kan?
dalam wallet terletak kad pengenalan...dan atas kad pengenalan ada tulis 
beragama islam
itu la namanya 
Islam hanya di poket.
jadi perkara yang utama cik en nak terangkan kat sini..
apa jua keadaan kita pada masa kini adalah hasil usaha kita..
bukan sebab qadak dan qadar...
tak perlu menunggu kejayaan datang tanpa usaha.
tak perlu menunggu kebahagian datang tanpa usaha
jadi mulai hari ini 
mari kita berusaha!!!
dan jangan sesekali mengatakan 
Allah Tidak Adil Kepada Aku!


Photobucket

1 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said... [Reply]

stiap yg berlaku psti ada hikmahnya..

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads