www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-06-10

Seniwati Azean Irdawaty Mohon Diberikan Kerja!


KL, 7 JUN 2011: Susah Murai Batu nak ungkapkan betapa kasihannya mengenangkan nasib seniwati atau ratu air mata, Azean Irdawaty yang terpaksa meminta belas kasihan beberapa rakan terdekat bagi membantu keadaannya yang sangat memerlukan.

Lebih memilukan lagi apabila dia sanggup menawarkan diri untuk bekerja, walaupun keadaan kesihatannya ketika ini tidak mengizinkan. Semuanya itu dilakukan bagi menyara kos perubatan dirinya dan perbelanjaan turun naik mahkamah anak terunanya, Benjy.

Dalam kiriman SMS yang diberikan Azean Irdawaty kepada seorang teman, Murai Batu difahamkan dia meminta jasa baik individu berkenaan sekiranya sudi mengambilnya berlakon sebagai satu cara untuk dia meringankan beban hidupnya pada masa ini.

Dalam kiriman SMSnya itu, dia sememangnya sangat memerlukan bantuan wang ringgit dalam masa terdekat.

Memanglah bunyi SMS itu sangat terdesak, tapi sekiranya Murai Batu berada di dalam keadaan Azean Irdawaty sekalipun, pasti dia akan mencari jalan untuk menyelesaikan kesempitan yang dialami.


Apa yang membanggakan Murai Batu, pendekatan yang digunakan pelakon veteran berkenaan tidak ada salahnya.

Kerana dia sama sekali tidak meminta dengan tangan kosong, sebaliknya menawarkan kudrat dan kemampuan yang ada untuk bekerja dan mendapatkan gaji yang diberkati.

Terasa syahdu pula Murai Batu dibuatnya.

Manakan tidak, dalam keadaan kesihatan Azean Irdawaty yang tidak mengizinkan, dia sepatutnya berehat di rumah, tapi demi untuk membantu anak tersayang, dia sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.

Murai Batu difahamkan, kos rawatan perubatan Azean Irdawaty bukannya murah. Ditambah pula dengan bebanan kes perbicaraan Benjy yang masih belum selesai. Ia juga perlu dihadapi Azean Irdawaty sekeluarga.

Dalam hal ini, Azean Irdawaty bukannya meminta-minta, tetapi dia bertanyakan jasa baik teman terdekat untuk membantunya mendapatkan pekerjaan bagi membolehkan dia mendapatkan wang tambahan.

Jadi Murai Batu berharap sangat, sekiranya ada mana-mana pengarah atau produser drama di luar sana yang terbaca luahan rasa Murai Batu ini, janganlah kedekut untuk menawarkan apa juga watak untuk seniwati kita seorang ini.

Mungkin inilah masanya untuk kita membantu seseorang yang sangat memerlukan. Mungkin sekarang masa Azean Irdawaty dalam kesusahan, mana tahu suatu masa nanti masa kita pula memerlukan.

Begitu juga, jika ada yang sudi menghulurkan bantuan peribadi kepada Azean Idawaty sekeluarga. Nasihat Murai Batu Inilah masanya untuk kita berbuat demikian demi meringankan beban yang ditanggungnya.

Kepada yang bermurah hati, bolehlah menghubungi Azean Irdawaty di talian 012-3036298.
Photobucket

0 comments:

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads