www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

 photo kkba copy.jpg

2011-06-24

Belanda haram sembelih ikut cara Islam





THE HAGUE 23 Jun – Ahli-ahli Parlimen Belanda sudah bersiap sedia
untuk meluluskan rang undang-undang bagi mengharamkan penyembelihan
haiwan cara Islam dan Yahudi.

Bagaimanapun dalam kompromi saat-saat akhir semalam, anggota dewan
bersetuju membuat pindaan bagi mengecualikan pertubuhan-pertubuhan
agama daripada pengharaman itu, jika mereka dapat membuktikan kaedah
penyembelihan mereka tanpa menggunakan kejutan elektrik, tidak
menyebabkan kesakitan tambahan.


Ahli-ahli Parlimen berhaluan tengah daripada beberapa parti mencapai
kompromi itu sejurus sebelum perbahasan terakhir mengenai rang
undang-undang tersebut, kerana khuatir sokongan mereka terhadap
pengharaman itu boleh menyebabkan mereka kehilangan sokongan daripada
pengundi Islam dan Yahudi.

Seperti di kebanyakan negara Barat, undang-undang Belanda menetapkan
penyembelih haiwan mesti menggunakan kejutan elektrik, bagi
memastikannya tidak sedar, sebelum binatang itu boleh disembelih,
untuk mengurangkan kesakitan dan rasa takut.

Namun pengecualian diberikan selama ini untuk haiwan yang disembelih
cara Islam dan Yahudi yang menghendaki haiwan itu berada dalam keadaan
sedar.

Pemimpin Parti bagi Haiwan, Marianne Thieme yang mengemukakan rang
undang-undang itu yakin pengharaman itu akan diluluskan.

Beliau tidak fikir penyembelih Yahudi dan Islam akan dapat membuktikan
kaedah penyembelihan mereka menyebabkan kurang kesakitan berbanding
jika haiwan dikenakan kejutan elektrik terlebih dahulu.

“Menjadi andaian semata-mata bahawa penyembelihan tanpa kejutan
elektrik boleh dibuktikan lebih mesra haiwan berbanding penyembelihan
dengan kejutan elektrik, tetapi pindaan ini memberi peluang kepada
pertubuhan-pertubuhan agama untuk mencari dan mengemukakan bukti itu,”
kata Thieme.

Bagaimanapun kompromi itu tidak meredakan kemarahan kumpulan-kumpulan
Islam dan Yahudi yang menyifatkan pengharaman yang diusulkan sebagai
serangan ke atas kebebasan beragama.

“Ini cara gila untuk menggubal undang-undang, bahawa kami perlu
membuktikan apa yang sudah lama kami yakini,” kata Ronnie Eisenmann
daripada Komuniti Yahudi Amsterdam.

Wakil-wakil pertubuhan Islam pula berkata, jika penyembelihan cara
Islam diharamkan oleh kerajaan Belanda, penduduk Islam akan terpaksa
membeli daging halal dari negara jiran seperti Belgium dan Jerman. –
Agensi

Photobucket

0 comments:

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Ads