www.nurfuzie.com eintannurfuzie@gmail.com

2010-12-13

pembantu veteriner

salam semua...
msti korg tertanya2 asal la aku poeting tajuk cmni...
bukan per..smlm aku baru jer trima surat mengenai perlantikan tetap jawatan 2..posting kt epoh jer rsanya....
erm...aku no komen...mmg gorn..tp leh ker aku bawak..
msti mencabar kan...
so aku posting awal bulan depan...harap2 leh ngam ngan pale aku ni...

2010-07-12

panduan membeli tayar


Suatu hari pada 18 Mei 2008, saya dan isteri telah ke sebuah kedai di Jalan Kelang Lama untuk menukar tayar kereta (kereta kenari) yang sudah 3 tahun tidak bertukar.

Sebelum itu kami sempat singgah di beberapa kedai tayar di area Subang Perdana untuk bertanyakan ‘range’ harga yang ditawarkan di kedai mereka. Berikut ini saya senaraikan hasil soal-siasat saya.

Kedai 1Tayar DUNLOP : RM180/sebijiTayar Bridgestone : RM175/sebijiTayar Sylverstone : RM130/Sebiji

Kedai 2Tayar Continental : RM165/sebijiTayar Simex : RM125/sebijiTayar Sylverstone : RM135/sebiji

Kedai 3Tayar Michelin : RM175/sebijiTayar Bridgestone : RM180/sebiji

Kedai 4Tayar GoodYear : RM175/sebijiTayar Sylverstone : RM130/sebiji

Terus terang, saya dan isteri memang agak ‘jahil’ tentang harga dan kualiti tayar2 ni. Tapi mengikut kata tokey2 kedai kat Subang tu, mereka kata tayar yang bagus ialah DUNLOP dan Bridgestone. Lagi mahal tayar, lagi bagus kata mereka.

Tapi disebabkan budget kami agak kurang, maka kami telah membuat keputusan untuk membuat survey harga di kedai2 area Taman Datuk Harun, Jalan Kelang Lama. Maka kami pun pergi lah ke sana. Kami dapati bahawa harga yang ditawarkan agak sedikit murah berbanding harga di kawasan Subang.

Kedai 1Tayar Falcon : RM165/sebijiTayar Sylverstone : RM130/sebijiTayar Dunlop : RM170/sebiji

Kedai 2Tayar GoodYear : RM145/sebijiTayar Yokohama : RM145/sebijiTayar Sylverstone : RM125/sebiji

Setelah berbincang dengan isteri saya, maka kami membuat keputusan untuk menukar tayar di Kedai No2 di Jalan Kelang Lama. Kami mencapai kata sepakat untuk menukar tayar di sana kerana 3 sebab :
1. Harga yang ditawarkan murah berbanding kedai2 lain yang kami pergi2. Tokey nya yang ‘mesra pelanggan’3. Pekerjanya nampak professional dan berkemahiran tinggi ( tengok gaya kerja diorang )

Berkenaan dengan jenis tayar pula, kami telah memilih tayar jenis YOKOHAMA. Keputusan untuk memilih tayar jenis YOKOHAMA ini dicapai setelah mendapat nasihat daripada ‘consultant tak rasmi’ kereta kami iaitu Encik Azri Rusly dan Kapten Anuar Ehwal.

Kapten Anuar Ehwal juga telah memberitahu kepada kami satu rahsia bagaimana nak membezakan sebuah tayar itu tayar baru atau tayar lama. Saya kongsikan rahsia tersebut dengan anda.

Kalau anda perhatikan betul2, di setiap permukaan sisi tayar kereta, anda akan dapati 4 digit nombor. Haa di sinilah rahsianya. Kalau anda nak tukar tayar, sila periksa dulu 4 digit nombor ini.
2 digit yang permulaan menyatakan MINGGU KE BERAPA tayar tersebut dihasilkan.

Manakala 2 digit terakhir menunjukkan TAHUN BILA tayar itu dikeluarkan.

Contohnya kalau anda dapati 4 digit nombor di tayar kereta anda ialah 2006. Maka ini membawa maksud, tayar kereta anda itu telah dihasilkan pada minggu yang ke-20 pada tahun 2006.

Setelah diperiksa tayar YOKOHAMA yang baru kami tukar Ahad lepas, kami dapati nombornya ialah 1408. Daripada nombor ini, kami faham bahawa tayar YOKOHAMA kami itu telah dihasilkan dan dikeluarkan pada minggu ke-14 dalam tahun 2008 iaitu sekitar hujung bulan Mac atau awal bulan April tahun 2008 ini. Waaa sungguh baru kan tayar kami?

( ** Kalau tayar itu dikeluarkan pada tahun sebelum 2000 contohya tahun 1999, maka nombor itu hanya ada 3 digit, contohnya kalau nombor 209 maka maknanya tayar itu dikeluarkan pada minggu ke-20 tahun 1999 )

Tayar yang bagus semestinya tayar yang paling baru dikeluarkan. Maklumlah, barang baru la katakan. Dak gitu? Sekian!

2010-06-24

sebab hati tidak bahagia

SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah –

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam –

Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki –

Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.

4. Bakhil –

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.

5. Tamak –

Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yang diminum tetap tak habis juga...lagipun orang tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar –

Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja)

7. Ego –

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak –

Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yang kita ada...

9. Cinta dunia –

Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah. ..

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

**Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklah padahnya...

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi."

antara mak n pasanganku.....

Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SAPALA KITA...TUL TAK????

2010-06-08

konvokesyen aku


salam semua
dah lama sgt aku x update blog aku...
dekat 2 bulan rasanya
kan per, aku x sempat nk bukak..aku layan fb jer...ni aku nk update balik..aku mulakan dengan konvo aku...







konvokesyen puo yg ke 39 2010.....






ni gambar msa aku ambik dip aku...gambar aku kena puji sey...cun..tgk kamera,senyum..hahahah...erm...ni aku upload diantara gambar yg tbaik...huhu...dpt bunga 2...aku pernah dpt dri tut..tut aku dulu...2 pun sekuntum bunga ros merah..ni bpk aku bagi...de lagi sampai skrg...



anyway...congrat pada semua yg dah grad..wa....x sgka aku dh hbs..huhu...k,da,...nanti aku update lagi perkembangan aku...

2010-04-06

jgn jd gelas

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.


"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.


"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, " jawab sang murid muda.


Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.


"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.


"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.


"Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.


Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis keasinan.


"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau." Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.


"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.


Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"


"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.


"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"


"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."


Si murid terdiam, mendengarkan.


"Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."

motivation



Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :



"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." 
Jadi renungkan lah.... 

1.. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY. 

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS . 

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA . 

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?' 

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , 
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. 

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. 

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, 
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik." 

RAFIQIN DARWISY



salam semua..
klu sesaper yg slalu on9 facebook, msti dh kenal nama dak ni..
yg btul2 menaikkan kemarahan ramai org kerana kenyataannya menghina arwah din beramboi, mempermainkan perkataan al-fatihah kepada al-fuck dan memurtadkan siri sendri kerana mengaku beragama khadazan sdgkan khadazan merupakan bangsa n bukan agama...
pelbagai group ditubuhkan untuk meluahkan persaan yg mare...
n pada detik ni mybe si rafiqin darwisy(RD) x senang duduk..ramai yg memerhatikan dia n mare2 kt dia...pe2....lu pk la sndri RD...ko uat hal..ko tanggung...
klu nk dorg hentikan pe yg dikatakan sekarag agak mustahil...ms jer tentukan...so persaan ko 2 xkan tenang....



ini antara msg yg ditaip oleh RD


2010-03-30

M.A.S.A.L.A.H


salam semua...
ari ni aku edit blog aku bagi cantik2...
hehehe...ok la uat msa ni...jam pun dah dekat kul 5.30 dah..
masa keje dah hbs...
aku de masalah skrg ni...
aku dah dterima sebagai polis sukarelwan bagi kuala kangsar...masalahnyer aku kena berulang alik dri ipoh ke kuala....
bagi sukarelwan, msa latihan adlah petang ke malam...klu start kul 5 ptg..aku hbs keje pun dh kul 530...cmne 2...nk ulang alik jauh 2...ipoh ke kk..pastu kk ke ipoh...
aduhai...cmne ni...aku xnk duk kg...rimas...
nk duk jauh dri keluarga...cmne aku nk uat skrg yek....
surat latihan blum dpt lgi...so aku xdpt nk bajet masa 2....

2010-03-19

~salam~

salam 1 malaysia..
dh lama aku x menulia dlm blog aku ni...sbb agak bz(bz ker)heheheh....
erm..rini jumaat, cik din(driver dato tmpat aku keje) meninggal...dia kena serangan jantung n strok...
innalillahiwainalilahirojium....
alhamdullih sebab dia meninggal hari jumaat..lepas seksa kubur..orgnyer pun baik..aku x trasa kehilangan sgt sbb aku bru bekerja kat sni...erm...aku x dpt melawat dia...tp aku iringi dengn al- fatihah.

2010-02-03

tempoh pernikahan mempengaruhi kemesraan

HAPPY ALWAYS
Tempoh pernikahan mempengaruhi kemesraan???

Sebelum Tido:


6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach. 
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole
ker???!

Pakai Toilet:



6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nak
bertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:



6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan 
murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah 
6 tahun:k..

Dating process:



6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:



6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):



6 minggu :Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:



6 minggu:Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan :Eh...your call...
6 tahun :WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:



6 minggu:Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. .!!!
6 bulan:Kita makan apa malam ini??
6 tahun:HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:



6 minggu:Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan:Hati-hati! Nanti jatuh tuh. 
6 tahun:Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!! 

Baju baru:



6 minggu:Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahunAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu??? 

Merancangkan Holiday:



6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan:Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun:JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:



6 minggu:Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun: JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

2010-01-26

cara baru rompak kereta(awas)


AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA
Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..

Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya....!! !

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Novel Ramlee Awang Mursyid


salam semua...
ari ni topik aku adalah buku novel kegemaran aku...
penulisnnya Ramlee Awang Mursyid
Pertama kali aku baca novel hasil tulisan dia ialah bagaikan puteri...peh...mmg x sangka de juga penulis Malaysia atau Penulis melayu yg tulis ceter yg macam ni....
2 la,semenjak 2 aku minat btul2...
ni senarai buku yg aku dah baca:-

hasil karya RAM
#ADAM
#Rahsia Perindu
#Mandatori
#Bagaikan Puteri
#Cinta Sang Ratu
#HIjab Sang Pencipta
#Tomboriou
#Semangat Hutan
#Hatiku di Harajuku
#Tomboriou Terakhir
#Ungu Karmila
#Ranggau
#9 nyawa
#Mikhail

Semua buku aku dah uat koleksi kecuali trilogi Tomboriau jer xde...
YG best semestinyanya trilogi laksamana sunan la..hehehe...
so aku akan sokong RAM selagi dia masih menulis...ehheheeh
ni sebahagian dri novel beliau...

2010-01-21

Ashabul Kahfi

Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu. 

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.


2010-01-20

erm....

semalam aku dpt pon dri adik aku kat kampung...adik aku jd kerani doket bagi permit mak aku...dulu aku keja cm dia la...tp aku dah gado ngn salah sorang bos aku,aku xde mud keje ctu...xper la adik aku masuk trus dpt opis,aku dulu bawah pokok jer..kipas angin jer...adik aku dpt aircorn skrg..dulu pakai tangan tulis skrg dah de komputer...kira dah canggih...aku x kisah,....mmg niat aku kuar dri kg nk timba pengalaman...
tp de la 1 kes ni,salah sorang bos aku namanya sem..dia ambik sorg pekerja baru...tolong adik aku...namanya intan gak..dia awek pada pekerja kat ctu..dia aku xtau la...mmg xleh beranggang ngn pakwe dia..pakwe dia nama john..pernah dorg lari ke JB tau...aku pun xtau..yg john ni budaksabah..pernah 2x berkhwin..de anak 4..tp xleh pk tul la baik bruk..dak intan 2 umo 20 tahun..dorg pk seronok jer...2 xper la.2 hal dorang...tp libatkan keje,dak intan ni x uat pe2...dia leh suruh lak adik aku yg uat keje tuk dia...mmg angin aku dengar...nasib mak bpk aku dah tau..mmg tunggu masa kena buang jer...duk mleepak jer dia...org lawa...tp pk singkat jer pe nk diuat..depan org tua,leh lak peluk2...xde adat ker...nk uat cm2 jgn la depan org tua...malula sikt..geram aku tau...pe2,aku dah lps geram dengan luahkan kat sni..erm..sok2 klu de ceta baru aku postkan lagi k..

hola!!!

salam semua...arini dah masuk minggu ke3 aku keje...aku makin selesa...walaupun minggu pertama releks...minggu ke 2 aku kena mare,n minggu ke3 aku makin paham la pe yg patut aku uat bila bekerja...thanks a lot pada en firdaus..dia yg byk tolong aku..mcm 2 gak tn hj nazri n dak praktikal kat opis ni.namanya ejat...aku dah makin selesa la...alhamdulliah...aku harap ok la keje kt sni...byk benda aku blaja...kuari la,pe la..sdgkan pe aku tahu hanya pasir sungai sebelum ni...
pe2 pun aku doakan keje aku ok n tenteram...chewah!!!ehhehe

2010-01-19

yg lama berjumpa kembali

salam semua....
aku seronok sgt bila masuk jer tahun baru aku dpt blik jumpe kawan lama 2 aku kat melaka dulu...aku pernah duk melka dulu...masa s6 hingga f2....kawan yg paling aku best kat melaka la...aku sajer jer taip nama kawan baik aku kat melaka dulu dlm facebook...x sgka aku,de...2 aku suka dgn fb sbb kebanyakkan org guna nama sebenar..
alhamdullah..jumpe juga aku dengn dorang...ramai gak...de dlm 20 org...rindu kt dorang......
thanks fb...ko la link kan aku dengn kawan yg jauh2....ni la gambar sebahagian dri kwn yg aku jumper blik 2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

About

For Advertorial, Collaborations and Review. Please Contact eintannurfuzie@gmail.com.

Get widget

Blog Archive

Labels

Jom Buat Mobile App

 photo iklan_blog3_small.png

Shoplinks.Asia

Ads